Friday, August 25, 2006

pesan abah..

tika kami semua berada di rumah..kadang2 abah buat family meeting untuk berbincang dan meminta pendapat untuk menyelesaikan masalah antara kami..ketika inilah abah selalu bermadah dan memberi kata2 membina buat kami adik-beradik..

teringat suatu malam ketika kami berkumpul bersama, abah berkata: "abah dan mama takde harta berupa wang ringgit, tapi abah bersyukur dikurniakan anak2 yang ramai..inilah harta abah dan mama..jika anak2 abah semua berjaya dalam hidup, abahlah orang yang paling kaya di dunia ni".

pernah juga abah berpesan suatu hari: "kalau abah dan mama pergi dulu, takde apa yang ditinggalkan untuk anak2, cuma rumah yang sebuah inilah saja yang ada, hanya ilmu yang abah dan mama mampu bagi, sebab tu abah suruh anak2 belajar rajin2, jadi orang yang berjaya dan dapat hidup sendiri".

pada satu ketika yang lain, abah berkata: "abah tak hairan kalau seseorang tu senang kerana jasa mak ayah, tapi abah kagum bila orang tu berjaya hidup senang setelah bersusah-payah".

begitulah pesan abah, setiap kata2nya memberi inspirasi buat diri, moga ALLAH memberkati kehidupan abah dan mamaku, tiap masa dan ketika...aaaamiiinn..

Thursday, August 17, 2006

luah

terlalu banyak yang ingin dibicarakan sehingga tak mampu ku coret, entah mengapa kotak fikir ini beku dan kaku tatkala mata menatap skrin yang berwarna ini..sementelah habis kelas COM aku bergegas ke lab, sengaja melengahkan masa yang ada untuk melawati laman2 yang sudah beberapa hari kutinggalkan...

kemudahan internet yang ada kugunakan semaksimum mungkin, setelah beberapa ketika melayari halaman2 yang biasa kukunjungi, baru kuteringat kerja yang diamanahkan ustaz wijdan..mm, alang2 aku dah mengadap ni baik aku siapkan..teringatlah aku pada kata2 itu lagi:" LA TU'AJJIL AMALAL YAUM ILAL GHAD"..ya, aku perlu bersegera, kerana masa mengejar tanpa belas..

baru beberapa hari aku merasakan kembali ketenangan itu hadir membelai jiwa,menyemai semangat yang kian pudar, menguatkan semula ayunan langkah yang goyah..kerana itu aku teringatkan satu kata: "FA TAMATTA' BIS SUBHI MA DUMTA FIHII, LA TAKHOF AN YAZULA HATTA YAZULA". Kata2 ini membuatkan aku memandang dunia seluas saujana, membuka minda selebar angkasa dan melihat kehidupan melalui mata hati..akan kuteruskan perjuangan selagi nadi belum berhenti..insyaALLAH!

Monday, August 07, 2006

antraxx'06

hari ini
kita bertemu bersama
mengeratkan ukhwah yang lama
kisah dulu biarkan
biar jadi kenangan
buanglah yang keruh
ambillah yang jernih

buat temanku semua
kita bertemu
erat silaturrahim
ukhwah dijaga
kenangan hari ini
tak akan dilupa
yang pasti kita
ingati sesama kita

yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama
ukhwah akan terjalin
jika kita menghayatinya

ingat-ingatlah temanku
pertemuan ini
membawa 1000 erti


kukira bait2 kata ini memang sesuai untuk menggambarkan keutuhan ukhwah yang terbina antara comradean.ANTRAXX '06 (4-6/8/06) merupakan program yang ke-3 bagiku, dan antraxx kali ini memberiku seuntai kenangan untuk kusimpan sebagai ingatan yang berpanjangan..tugasku selaku biro modul membuatkan aku tak betah berdiam diri, sentiasa ligat otakku memikirkan modul2 yang sesuai buat sahabat2 tercinta..kerana aku pasti antraxx kali ini merupakan programku yang terakhir,mungkin tiada lagi peluang untukku di kemudian hari..=)sepanjang 2 hari program berlangsung, aku dapat melihat penerimaan positif sahabat2ku terhadap modul yang aku fikirkan..aku bernasib baik kerana dibantu oleh teman2 yang memahami (naim,lin,fatin&jimin), terima kasih sahabat, tanpa kalian tak mampu kulakukan semua itu..

walaupun aku menjadi committee, tapi aku begitu gembira dan komited dengan tugas yang diberikan sehinggakan aku tak sempat nak tidur sepanjang program berlangsung.Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ketika kami berlima masuk sungai servey for river tracking, aku siap masuk sungai dengan lengkap berbaju kurung, mana taknya, diorang tak cakap pun nak masuk sungai, aku ingatkan nak tengok kawasan explorace kat tempat program tu je, mmm...nasibla..jalan menyusuri sungai begitu menyeronokkan, walaupun cuaca panas waktu tengahari (12pm) tapi nyaman dan damai meresapi jiwa..kadang2 aku hampir tergelincir dek terpijak batu licin, sesekali sakit juga rasa kaki bila terpijak batu tajam, namun ketenangan yang hadir membuatkan aku lupa pada semua itu..dipertengahan jalan sempat juga kami merakam kenangan dengan bergambar ditempat yang menarik..heheheh, akhirnya aku terjatuh juga dihujung sungai itu, habislah handset masuk air, rosakla jawabnya..tapi aku takde pulak perasaan sedih..pasrah segalanya..kikik..bila dah sampai tempat program aku jemur handset, alhamdulillah..nasib baik masih boleh digunakan lagi..panjang umur betul dia..=)


malam isnin postmortem diadakan untuk membincangkan kejayaan program dan hal2 yang berkaitan..di sini, berlaku tragedi air mata buat kesekian kalinya apabila perbincangan menyentuh isu board dan pc diutarakan..aku yang mengerti keadaan dan hal kedua2 belah pihak turut tampil membetulkan keadaan..kerana aku yakin semuanya berlaku kerana salah faham..dikala bibir melafaz kalimah basmalah dan ucapan salam..aku sebak, kelu dan sukar untuk meneruskan bicara..serasa bagai ada jurang yang memisahkan antara 2 belah pihak, dan aku tak sanggup lagi mendengar mereka merintih dan meluahkan rasa..sungguh aku tak mampu lagi..tatkala itu, tanpa kusedari mutiara dari kolam air mataku berguguran jua, hati ini diruntun sedih dan pilu, entah mengapa aku begitu lemah pada malam itu, mungkin kepenatan yang amat..sahabat2ku juga tidak menyangka aku akan bertindak sedemikian.ya, bukan senang untukku mengalirkan mutiara berharga..tapi untuk mereka...kerana sayangku...masakan tidak, sahabat2 yang amat rapat seperti adik-beradik yang berada dalam keluarga yang bahagia tiba2 bertelagah dan saling salah-menyalahkan..semuanya kerana satu perkara yang kecil..aku tak sanggup melihat mereka bermasam muka,perli-memerli dan tak bertegur sapa..ukhwah yang selama ini terbina kejap dan kukuh dengan sokongan iman, hampir roboh dan musnah dilanda ombak dugaan..namun, kuasa ILAHI, jalinan ikatan itu masih belum terlerai kerana kasih dan sayang sesama kami diteguhkan dengan cintaNYA..DIAlah yang MAHA MENGERTI..

selamat pengantin baru..


















tahniah buat kak ju & abang haniff kerana selamat diijabkabulkan pada 28/7/06, moga masjid yang dibina akan tersergam kukuh selamannya, isnyaALLAH.. ;-)

bila 2 hati dah terjalin
selamatlah pengantin kami doakan
moga redha ALLAH bersinar selalu
tanda bermula bahtera hidup
dalam melayari bahtera rumah tangga
ada masa tenang dan masa gelisah
jangan nafsu diikut melulu
sabar dan bermaafan itu perlu
beginilah resam manusia
tak lari dari ketentuan ILAHI
suami ketua isteri pembantu
menongkah hidup saling berpadu
susah dan senang hadapi bersama
moga kekal hingga ke syurga





Wednesday, August 02, 2006

senario hidupku

syukur ku panjatkan buat Yang Esa masih memberiku peluang melihat wajah dunia dengan hiasan bermakna, nikmat iman dan islam..

dari dulu kubermula, menapak berdikit-dikit menuju ke puncak, kini kukira jauh sudah aku melangkah, menuju satu pintu yang sedia menunggu untuk kubuka..

hanya tinggal 1 semester lagi, namun kumengerti hidupku kini banyak bezanya..aku banyak bersendirian daripada berteman,di bilik, kelas, semuanya sendirian..cuma sesekali ku biarkan masa berlalu bersama sahabat2 secomrade di hs cafe..

permulaan semester ini begitu berbeza dengan yang lalu..dari awal lagi sudah terasa bahangnya..dalam kelas selalu kena present..habis kelas ada sahaja kerja yang perlu disiapkan..memang perlu bersedia,kena banyak membaca..tiada masa lapang seperti selalu..dan aku selalu ulangi satu kata2 hikmah: "LA Tu'AJJIL AMALAL YAUM ILAL GHAD"..agar diri tidak berlengah dan lupa pada tugas dan tanggunggjawab..

aktiviti pula..rasa macam nak join semua..sport, comrade, debate, kompang..segalanya..lebih2 lagi sport dan kompang..rindunya..dah lama tak beriadah dan bermain alat yang menyedapkan halwa telinga..mm,lepas ni, tak tau bila lagi ada kesempatan..

dan study, nampaknya perlu lebik baik daripada dulu..aku perlu lebih berusaha..sekarang kena fikir jauh ke hadapan..merenung masa depan mendatang,di manakah aku nanti, lepas grade, aku perlu bekerja, mencari sesuap rezeki untuk meringankan beban ayah dan ibu..mereka dah banyak berkorban,,kini tiba masa untukku membalas segala..malu aku untuk menadah tangan untuk mencapai impian..jangan aku lupa, aku masih punya ramai adik yang memerlukan perhatian ayah dan ibu..biarlah aku berdikari,mencari arah menongkah arus..hanya padaNYA aku memohon..moga dipermudahkan segala..