Wednesday, February 21, 2007

hari itu yang telah pergi

6/2/07 (18 Muharram 1428)

Talk- Purpose of life: Dare to change??

Dialog yang mengupas tajuk berkaitan dengan hijrah oleh panel-panel yang sangat berpengalaman.

xifu:
- untuk berhijrah kita perlu tetapkan niat di dalam hati. niat bukan hanya satu tapi juga merangkumi niat-niat yang membawa diri ke arah kebaikan. Niat yang paling utama ialah al-ikhlas. Ikhlas merupakan tunjang utama dalam setiap perlakuan dan amal perbuatan kerana melalui ikhlaslah tersandarnya akidah. dan, apabila akidah telah kukuh berdiri maka setiap yang dilakukan di dunia hanyalah berpaksikan keredhaan Yang Satu.

- Allah telah berfirman: "serulah kamu ke arah kebaikan dan cegahlah kemungkaran serta berimanlah kepada ALLAH". Namun, bagaimanakah caranya untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar ini?? Allah berfirman lagi: "serulah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan kata-kata nasihat yang baik serta berbicaralah dengan sebaik-sebaik cara". Ramai insan yang ingin melakukan ibadah ini tapi caranya tidak kena. Dakwah itu luas ertinya dan banyak caranya. Gunakanlah cara yang paling baik dan berkesan bersesuaian dengan orang yang ingin didakwah. Cara cepat menuding jari mencari kesalahan insan lain sebelum kita mengetahui kebenaran hakikat itu. Maka, (fastabiqul khairat!!) berlumba-lumbalah melakukan kebaikan moga di sana ada keredhaan.

bro shah kirit:

- tujuan utama kewujudan manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri, tunduk dan patuh pada Pencipta alam sebagaimana firman ALLAH yang berbunyi: "tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU". Dan ALLAH jua telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada manusia selaku khalifah di bumiNYA. Maka tiada di antara manusia yang mampu berkata bahawa dia tidak tahu tujuannya hidup di dunia.

- saya seorang Islam. Dan saya tahu bilakah saya Islam. Soalan saya, bilakah anda benar-benar menjadi seorang Islam?? err..soalan ini membuatkan semua hadirin terpaku.. ya, bilakah aku benar-benar menjadi seorang Islam?? walaupun pada hakikatnya kita telah Islam sejak dilahirkan, tapi persoalannya...bilakah kita betul-betul tahu dan mengerti segala ajaran Islam itu dan melaksanakannya dengan segala kemampuan yang ada?? Tanya diri...selami sanubari...

ustz Hasrizal:

- tamadun..manusia akan bertamadun dan membangun jika agama menjadi dasarnya. agama memelihara umatnya dari penyakit mazmumahnya akhlak dan sifat-sifat yang membelakangi kebenaran hakikat Pencipta.

- tujuan agama itu, memberi petunjuk kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. jauh dari agama, terpesonglah tujuan hidup. penyakit sosial yang melata pada zaman ini, sebabnya kerana membuang agama dari kehidupan.




9/2/07 (21 muharram 1428)

PWTC - Criminal War Exhibiton

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk berkunjung ke pwtc melihat pameran jenayah perang bersama teman seperjuangan ( jah, tikah, shariyah, k.yati, lin dan max). Saat-saat berada dalam bilik pameran itu sangat menyentuh hati dan menginsafkan diri. Melihat kesan-kesan kekejaman yang dialami oleh penduduk Palestin, Iraq, Lubnan, Vietnam, Hiroshima dan Nagasaki, jiwa bergetar dan hati memanjatkan doa agar umat Islam di seluruh dunia dilindungi dari kekejaman insan-insan yang tiada belas bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia.





15/2/07 (27 Muharram 1428)

exam: method of Dakwah
10 a.m - 11.30 a.m

huhuhuhu...pertamanya aku nak meraung..hmm, takleh nak buat apa dah, nasi pun dah basi..lupakanlah yang lalu..=) sebenarnya bukan xleh nak jawab, tapi salah teknik menggoreng..so, jadilah kesempitan masa dan tak sempat nak jawab kesemuanya dengan baik. Natijahnya??? Wallahu 'alam..


Iftar Jamaie dan Usrah Comrade
Masjid level !
6.30 p.m - 7.40 p.m

berkumpul ramai-ramai dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru..juga makcik. Dapat mendengar sedikit santapan untuk rohani yang sudah lama kosong. Iftar bersama makan sedulang betapa eratnya ukhwah sesama saudara. Moga kasih kita bertaut bersama ikatan cintaNYA.



16-18/2/07 (28-30 Muharram 1428)

Arabic debate Camp 07
Seri Malaysia Hotel, PD

Penyertaan yang ke-2, sangat bermakna bagiku. Banyak perkara baru yang dipelajari selain membina keyakinan diri. Dan, ukhwah itu sentiasa berbunga mekar pabila disirami kasih bersahabat. Salam ukhwah buat ahli kumpulanku yang sentiasa bersemangat jitu: ikhwan (johor) kelahiran London, Ahmad Fauzi (saudi arabia), Zakir Husain (Bangladesh), Syakirah (Kelantan) kelahiran Mesir, dan aku, anak jati Malaysia =). Mumarasah Lughah Arabiyah yang telah menjadi kecintaanku, sangat membantu semasa program. Terima kasih pada asatizah yang tidak jemu memberi kata-kata semangat padaku agar bangkit semula. Jasamu pasti kukenang hingga ke akhir hayat. Jazakumullahu khairan jaza'!!

dan, detik yang pasti takkan kulupa, saat-saat mengapungkan diri di atas hamparan laut luas terbentang. Bagaikan berbaring di atas tilam yang empuk sambil menatap langit membiru, hati tak putus mengukir zikrullah, pujian di atas kekuasan dan keagungan yang Maha Kuasa. Di situ ada kedamaian, ketenangan dan kelapangan. Kusyukuri anugerah nikmat yang DIKAU kurniakan itu. Subhanallah...ALhamdulilah....Allahu akbar.....