Friday, January 28, 2005

jalan2..timba pengalaman..

sabtu (15/1/05)

hamdulillah..cuti mid-sem telah bermula,ringan sikit kepala ni..dapatlah merehatkan diri dr memikirkan hal2 di campus..pagi ni awal2 lagi aku telah bangun dan bersiap..maklumlah nak pergi ziarah keluarga angkat di kg husin,sungai siput,perak..siapa yg tak gembira ye tak! lebih2 lagi abah ikut sama, rasa macam x percaya je abah nak ikut..tapi itulah kenyataannya..hehe

tepat jam 11 pagi 2 buah unser mula bertolak dari uia, diiringi oleh 8 orang student..aku,shariah,k.zura,k.midah,abg zul,abg naz,abg nasif dan shukri..termasuklah uncle sham (driver uia,abah dan adik aku,dayah).

perjalanan yg memakan masa selama lebih 5 jam cukup memenatkan..tapi kepenatan itu hilang setelah melihat suasana yg damai dan pemandangan indah di kg husin..SUBHANALLAH..BETAPA HEBATNYA CIPTAAN ILAHI..pokok2 bunga segar menghiasi halaman kg dgn dikelilingi gunung-ganang cukup memukau pandangan..

kami sampai di destinasi lebih kurang jam 5 petang..orang kg menyambut kedatangan kami dengan senyuman yg tak lekang dibibir..inilah sifat penduduk kg yg amat aku senangi..mereka begitu memuliakan tetamu walaupun dalam serba kekurangan.

shukri, abg zul,shariah dan k.zura begitu sibuk berbincang dengan ustaz halim tentang program korban.manakala aku dan yg lain ziarah dari rumah ke rumah untuk memberi sedikit buah tangan yg kami bawa..

tanpa kusedari senja telah melabuhkan tirainya, dan kini menjelmalah malam mengambil tempatnya..kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan tok penghulu dan orang kg..setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai hamba,kami bersiap2 bertolak untuk pulang..

Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan kami..permudahkan segala urusan kami..moga selamat tiba di destinasi..aamiinn..




ahad (16/1/05)

jam 3 petang aku bertolak ke uia ambil shariah dan abg zul..kemudian bertolak ke melaka..dalam perjalanan aku call ayah di sebab nak singgah rumah dia sebelum pergi ke rumah nenek shariah..tepat jam 5 petang kami sampai di rumah ayah di..seronok betul dapat jumpa irfan,nina dan alimi..terubat rasa rindu bermain dgn kanak2 yg comel tu..

tak sampai setengah jam di rumah ayah di, kami mohon untuk pulang kerana masih ada satu lagi destinasi yg hendak dituju..lebih kurang 10 minit kami tiba di rumah nenek shariah..sambutan yg kami terima amat meriah..hidangan jua sudah tersedia di depan mata..hamdulillah..syukur atas rezeki yg dikurniakan..

shariah dan nenek sdg sibuk mencari barang2 yg diperlukan..wah,banyak betul! muat ke nak masukkan dalam keta? moga2 muatlah..aku,abang dan abg zul khusyuk melantak..maklumlah tengah kebulur..hehe

selepas solat maghrib, kami ke beberapa tempat membeli barang2 yg belum terbeli..banyak juga barangnya..hampir sejam berjalan barulah selesai membeli keperluan untuk program korban..kemudian, shariah dan adik2nya sibuk mengangkat barang2 memasak yg dipinjam drpd nenek shariah..jam 9 lbh barulah bertolak pulang ke kuala lumpur...
Ya ALLAH..moga program yg akan berlangsung ini berjalan dengan lancar..aaamiiinnn..





No comments: