Sunday, December 04, 2005

kenangan aidilfitri di pelantok
































KERANA CINTA..

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat luka damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
"cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi..demi meraih cinta sejati insan berbudi untuk berbakti.."
"kerana cintakan saudara...bakti ditabur budi disemai...,
kerana cintakan agama...pejuang tak betah mengharung badai...,
kerana cintakan PENCIPTA...hati setulus suci tetap setia mendamba cinta sejati..."
...kenangan COMRADE di kg Pelantok,sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga angkat tersayang..moga kasih yang bersemi kan tetap utuh di sanubari..agar sayang yang tersemai sentiasa harum mewangi bak haruman kasturi di kala fajar menyinsing...

No comments: