Wednesday, February 16, 2005

gunung senyum..

hamdulillah..syukur pada Yang Esa krn dgn nikmat kasih sayangNya dpt lagi comrade mengadakan program yg boleh dikatakan agak mencabar..DRIC..

4/2/05
DRIC kali ni diadakan di gunung senyum,pahang pada 4-6 febuari 2005..program ini disertai oleh 99 pelajar termasuk peserta,komiti dan fasi.Jam 6.30 ptg, kami memulakan perjalanan yg memakan masa hampir 3jam lebih dgn menaiki 2 bas dan 2 trak jheoa..

jam 9mlm berhenti di temerloh utk makan dan solat..malangnya sebuah drpd bas yg kami naiki rosak menyebabkan perjalanan kami tertunda hampir sejam..akhirnya kami selamat juga sampai ke destinasi bilamana jam menunjukkan angka 11mlm..

Kemudian,kami diberikan sedikit taklimat tntg gunung senyum oleh pegawai yg bertugas iaitu en roslan..hampir 1 jam barulah taklimat berakhir diikuti dgn pengenalan komiti dan tentative program utk program keesokan harinya..jam 2 lebih barulah dapat melelapkan mata..

5/2/05
seawal jam 5.30pg aku bangun dan bersiap ala kadar..kami beriadah jam 7 pg mengelilingi kawasan gunung senyum..subhanallah,alangkah indahnya tempat ini! terasa damai dihati melihat alam ciptaan tuhan..

jam 8.30pg opening ceremony dimulakan dan dirasmikan oleh en wan yusmi wakil dari jheoa..kemudian talk 1 dimulakan oleh bro. anas x-comrade..jam 12 pg aku dan tikah diringi oleh en azhar keluar ke temerloh membeli barangan keperluan..hmm,shopping sakanla! hampir 2-3 supermarket kami redah..hehe,biasala banyak benor barangnya..

kami sampai di gunung senyum semula jam 2ptg, ketika itu talk 2 sdg bermula..aku terasa begitu lapar,penat dan mengantuk..wah bestnya kalau dpt makan dan tidur..

selepas solat asar,semua peserta telah siap berpakaian sukan..maklumlah ada permainan..kami bermain treasure hunt..hmm,seronok betul sampai tapak kasut pun boleh tercabut..isshhh,xtau nak kato eh..

malamnya,komiti dan fasi telah bersepakat utk mengadakan permainan burung hantu..kami berbincang dgn renjer gunung senyum tntg aktiviti tersebut..keputusan telah dicapai dan permainan akan dimulakan tepat jam 12.30 mlm..

tepat jam 12.30mlm,semua lampu ditutup dan peserta dikehendaki berkumpul di parking lot yg telah ditetapkan.. lepas beberapa minit taklimat, aktiviti pun bermula..aku dikehendaki menjaga 10 org peserta bersama dgn 3 komiti lain..aktiviti ni mmg mencabar dan menguji ketahanan,kesabaran dan keberanian diri..setiap peserta akan ditinggalkan bersendirian selama 1@2 jam di suatu tempat dlm keadaan malam yg kelam..tak ketinggalan juga komiti..hehe!aku ditempatkan di padang berhampiran challet..uihh,lama juga rasanya dok bersila atas rumput tu..sampaikan hampir tertidur..

permainan burung hantu habis jam 2pg..semua peserta dah masuk tidur..tapi aku tak dapat lelapkan mata lagi sbb terpaksa ambil giliran hirasah..emm,jawabnya berjaga sampai jam 6 pg..aduii,penatnya mata tahan ngantuk..emm..jam 6 lbh apa lg masuk tidurla!!

6/2/05
tepat jam 8.30pg semua peserta berkumpul di parking lot dan mendengar sedikit taklimat mengenai program yg akan dijalankan sebentar lagi..program apa ya?? ha..program ni yg paling best,masuk gua menjelajahi gunung senyum..oleh sebab kesuntukan masa, kami hanya sempat melawat 4@5 gua sahaja..namun,aku begitu gembira..masakan tidak,,terasa betapa agungnya ALLAH yg berkuasa mencipta sesuatu yg tidak mampu manusia lakukan..berbagai2 keajaiban aku temui semasa lawatan ke gua tersebut membuatkan aku terpesona dan mengakui betapa hebatnya kuasa Maha Pencipta..seterusnya muhasabah dan merenung diri betapa kerdilnya aku yg bernama insan..SUBHANALLAH.. HAMDULILLAH..ALLAHU AKBAR..

jam 2ptg..makan tengahari dan solat zuhur..kemudian ldk terakhir iaitu presentation setiap kumpulan..lepas tu nyanyi lagu comrade ramai2..sedar tak sedar program dah pun berakhir dan kami akan berangkat pulang sebentar lagi..betapa cepatnya masa berlalu..

jam 6 lbh kami bersiap untuk pulang ke kampus...selamat tinggal gunung senyum..datangku membawa harapan..pergiku meninggalkan kenangan..moga ada kesempatan lagi untukku ke sana..INSYA ALLAH..