Thursday, December 30, 2004

Peringatan!!

Allah tlh menjelaskan di dalam kitabNya yg mulia bahawa Rasul diutuskan sbg pembawa berita gembira bg org yg beriman dan memberi amaran serta peringatan buat mereka yg ingkar..
Namun, walau tlh didatangkan peringatan dan amaran betapa azabnya seksa Allah pd org yg ingkar n berpaling dr agamanya..masih ramai lg insan yg tidak sedar akan hakikat ini..Malah dewasa ini,dapat kita lihat perkara yg halal diharamkan dan yg haram menjadi halal..insan yg berbuat baik akan dipandang serong manakala yg jahat pula dipuji dan disanjung..mengapa perkara ini terjadi wahai sahabat?
Marilah kita renungi kembali kisah nabi2 dan umat2 yg terdahulu bagaimana Allah mendatangkan azab pd kaum 'ad dan thamud..juga pd firaun yg sombong dan Qarun yg lupa diri..Allah itu Maha Agung dan Maha Kuasa..dan Dia berkuasa ke atas segalanya..Jika Allah kata "kun..fa yakun!" Tiada siapa dpt menolong dan membantu..
Jadi, mengenai kejadian ombak Tsunami yg melanda beberapa kawasan di Asia beberapa hari lalu, yg tlh mengorbankan beribu2 jiwa..bukanlah suatu tragedi..ini juga merupakan satu peringatan drpd Yang Esa..kerana tiada suatu pun yg terjadi di muka bumi ini melainkan dgn kehendakNya..Peringatan yg membawa berita bahawa hari yg dijanjikan itu akan tiba..bersedialah untuk menghadapinya...
Oleh itu wahai sahabat...marilah kita muhasabah diri..sedarlah bahawa kita adalah milikNya..dariNya kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali..Justeru, perbaiki diri dan tingkatkan iman..moga kita pergi dalam husnul khatimah dan mendapat tempat yg diredhai..AAMMIIN!

Wednesday, December 22, 2004

Bayangan Seorang Sahabat...

Alam ini telah Allah jadikan bersama-makhluk2nya. Allah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan untuk sama-sama ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Agar sama-sama boleh bersyukur dengan nikmat Allah yang terbesar iaitu Islam. Alam yang Allah jadikan ini terasa sunyi tanpa seorang sahabat yang boleh dijadikan panduan, yang dapat membantu hidup sepanjang perjalanan. Sahabat yang kami cari adalah mereka yang tahu diri mereka adalah hambaNya, kami tahu dunia ini amat buas menerkam sesiapa sahaja yang tiada pendinding diri, kami sedar nafsu di dalam diri selalu meronta-ronta untuk membuat maksiat, syaitan pula berlumba-lumba ingin memesongkan kami dari Jalan agama. Tapi kami tiada kekuatan untuk melawannya tanpa panduan, benar panduan hidup adalah al Quran dan Sunnah, Allah itu sebaik-baik teman seperjalanan hingga ke alam sana. Tetapi setiap yang Allah jadikan ada tujuannya bukan? Kerana kami tahu zaman ini bukan seperti zaman gemilangnya Islam, zaman ini bukanlah zaman yang mudah memberi dan menerima nasihat, zaman ini banyak benar fitnahnya, sedikit hati yang marah atau terguris melihat maksiat bahkan merelakannya. Sedikit mata yang menitiskan airnya kerana takutkan azab Allah. Ramai pula yang gembira bangga dengan pencapaian dosanya.

Wahai sahabat, bantulah diri ini untuk memperbaiki diri. Sedari dulu lagi kami menyedari bahawa mencari seorang yang bernama sahabat bukan semudah yang disangka, banyak benar yang mengajak ke arah kerosakan dari kebaikan, ramai benar yang menarik ke arah lembah dosa dari taman pahala. Wahai sahabat, kami rindu benar dengan nasihat yang baik-baik, kami teringin mencontohi sifat mahmudah, akhlak Rasulullah dan mengingati alam akhirat. Sahabat, kami lihat maut itu tidak mengenal usia, bangsa, keturunan, sanggupkah engkau lihat kami mati di dalam kesesatan yang dimurkai Tuhan, sanggupkah engkau melihat kami bergelumang di dalam peluh, nanah dan api yang membaham diri ini. Kasihanilah diri kami sahabat, kami juga ingin berubah, kami juga ingin mendapat naungan dari Allah di alam akhirat kelak. Jangan biarkan kami bersendirian dan dibawa bersama oleh musuh Allah yang selalu menggoda diri kami. Sahabat tidakkah engkau tahu, Allah memandang tinggi orang yang selalu ingin membuat kebaikan? Tidakkah engkau pernah membaca hadith yang bermaksud tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri. Alangkah mulianya dirimu sahabat sekiranya engkau menyambut tangan-tangan orang yang memerlukan pertolongan seperti kami. Maka kerana itu, pandulah kami ke jalanNya, agar dapat kami didik hati ini dengan kemuliaan Islam dan iman.
Adakah sama sebenarnya antara sahabat dunia dan sahabat akhirat? Sahabat dunia tentunya mengambil dunia secara keseluruhan dan meninggalkan alam sana. Sahabat ini terlalu banyak tidak terkira, merekah inilah yang akan meninggalkan kami sekiranya kami kesusahan, dan tangisan keseorangan. Sahabat akhirat, mengambil dunia sekadar keperluan, sahabat ini susah dicari, hilangnya sukar dicari ganti, ketawanya, tangisannya melambangkan akhlak dan adab-adab agama, kehidupannya adalah persiapan untuk kembali menghadap Tuhan. Sahabat seperti ini masih ada tetapi sudah semakin mengecil kerana kebanyakannya sudah hilang ditelan dunia. Sahabat akhirat inilah yang kami cari selama ini….

Sahabat..moga kitakan bertemu di suatu masa..

hasil nukilan: anak_pejuang

Tuesday, December 21, 2004

Dunia yg Sepi

alangkah susah mensari kawan
bukan kenalan di zaman ini
berpunca dari hati yg rosak
kerana dunia memautnya
alangkah susah mendapat kawan
kebaikan kita disoroknya
bahkan didengkinya pula
kejahatan dicanang merata
salah yg sikit dibesarkan
yg besar apatah lagi
alangkah sepi dunia ini
walaupun hidup ditengah ramai

Friday, December 17, 2004

perjuangan

hamdulillah...syukur ku panjatkan pd yg maha kuasa..kerana kasih-nya kita bertemu..pd sayang-nya kita bersatu..aku sungguh gembira krn berjaya juga akhirnya memiliki webblog sendiri stlh beberapa kali mencuba..hari ni banyak perkara yg hendak diselesaikan..nak ke iium properties utk confirmkan stall..ke stad psl proposal..n berbagai2 lg..tp aku xkisah,sbb mmg tugas n tanggungjawab aku..bg aku,once kita diberi amanah tunaikanlah dgn ikhlas,tenang dan sabar..walaupun kita hadapi banyak rintangan n cabaran d pertengahan,insya allah kita akan rasai kemanisan d akhirnya..lagipun kita perlu sedar bahawa setiap saat n ketika kita di uji..cuma kita x menyedarinya..sbb ada insan yg di uji dgn kesenangan..ada pula yg di uji dgn kepayahan..allah menguji kita dgn kesenangan utk melihat sejauh mana rasa syukur kita terhadap nikmat yg dikurniakan..manakala ujian kesusahan pula,adakah kita menerima dugaan dgn redha dan sabar..sebagaimana firman ALLAH:"sekiranya kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmat kpdmu,tp jika kamu kufur ingatlah bahawa sesungguhnya azabku amatlah pedih..oleh itu marilah kita sama-sama muhasabah diri agar sentiasa berpegang pd tali ALLAH moga mendapat petunjuk dari-nya..AAMIINN!!