Thursday, June 07, 2007

Buat mereka yang bakal melayar bahtera perkahwinan

1-"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah s.a.w dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan- Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam".(Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153)Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 – 6)Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al Baqarah :214)Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.


Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah? Wallahu'alam

-sumber: email-

Wednesday, June 06, 2007

Busyra!!

Alhamdulillah...Busyra demi busyra dikhabarkan...TAHNIAH buat insan yang dikurnia busyra=)..


Busyra 1: Mabruk buat Fadhil (adik) yang baru sahaja selesai konvoksyen (diploma) pada
27 Mei 2007 .

Busyra 2: Mabruk buat Atikah Jamaluddin yang baru mendapat kakak ipar (K.Pae) pada 3 Jun 2007. Tikah bila lagi?? ehem..ehem.. ;-)

Busyra 3: Mabruk buat A.Faizal (mantan presiden COMRADE) & K.Su (x-COMRADE) kerana mendapat cahaya mata yang pertama..moga kehadiran insan baru dalam rumah tangga membawa kebahagiaan berpanjangan...InsyaALLAH!

Busyra 4: Mabruk buat Paksu Nizam & Kak Lala kerana mendapat putera sulung (Md Arif Umair) pada 5 Jun 2007.. Moga kebahagiaan dan kesyukuran berpanjangan..

Busyra 5: Mabruk buat Shah yang mendapat anak saudara baru (Nur Zafirah) pada 1 Mei 2007.

Busyra 6: Mabruk buat Ayah Man & Mok Ni yang bakal mendapat putera ke-4 pada 15 Jun 2007..Moga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya..Tak mengapa tidak dikurnia puteri impian, jika semua putera anak yang soleh, akan menjadi penyejuk mata dan penawar dihati.. =)

Busyra 7: Mabruk buat Hasfah, teman sekuliyah dari China yang akan diijabkabulkan pada 24 Jun 2007 di SHAS MOSQUE, IIUM. InsyaALLAH saya akan memenuhi undanganmu sahabat. Bakal zauj enti orang Yaman ye..hehheeh..moga ceria meniti alam bahagia=)



Tuesday, June 05, 2007

Subhanallah..



::keindahan::
Subhanallah
mencipta langit dan bumi
halus lakaran alam terbentang
terhias seri pautan warna




::kedamaian::
Subhanallah
mengurnia kedamaian semilir angin
menghadiahi ketenangan pepasir pantai
seluruh buana merasa nikmat




::kegelapan::
Subhanallah
Merubah cahaya kepada gelita
Petanda dunia bukan hakiki
Nun di sana..kehidupan abadi setia menanti



::kelam::
Subhanallah
membolak balik kedamaian
menghadirkan kemusnahan
tanda ingatan buat sang makhluk

ku telah jatuh cinta


















::cintaku:: nurul hidayah syafiqah -fiqa-

















bersama fiqa dan adik-adik di Asrama Baitul Ummah (ABU)


Seperti Tikah, aku jua telah jatuh cinta pada adik-adik ABU lebih-lebih lagi pada si kecil yang comel (fiqa). Fiqa berumur 4 tahun merupakan anak yatim setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tak terlintas di fikiran aku akan kerap ke sana lantaran sudah lama tidak menjenguk adik-adik sepanjang sem lepas kerana sibuk dengan komitmen dan tugas sebagai pelajar, apatah lagi aku di semester akhir. Namun, ketentuan ILAHI menemukan aku dengan mereka dengan lebih akrab kerana aku mengajar tusyen di ABU untuk adik-adik UPSR. Jadi, setiap 3 kali seminggu (Isnin, Rabu & Jumaat) aku akan ke sana.

Masih ingat lagi kali pertama aku ke sana untuk mengajar, fiqa yang comel itu sesekali menjenguk dari dalam memerhatikanku. Aku langsung tak teringatkan dia kerana aku belum pernah berjumpa dengannya walaupun sudah tahu tentang kehadirannya di asrama itu daripada kawan-kawan. Aku memanggilnya, tetapi dia melarikan diri. Mungkin kerana malu dan belum biasa denganku.

Kali kedua ke sana, dia masih begitu..Hanya memerhati dari jauh. Sesekali aku memandangnya, dia tersenyum lalu lari ke dalam. Belum berjaya memikat hatinya.

Kali ketiga, dia sudah bersuara. Nampak sahaja kelibatku, terus dia memanggil kak Fatimah pengurus di asrama yang mesra dengan panggilan cikgu oleh adik-adik di situ. "Cikgu, Kawan cikgu dah datang!". Dan kali ini, aku sudah boleh bermain dengannya. Wah, seronoknya!



28/5/07


Aku tidur di asrama bersama adik (syikin) tolong kak fatimah menjaga&menguruskan adik-adik kerana penaungnya Ustaz Rahman ke India atas urusan penting. Malam itu, si kecil fiqa berpesan bahawa dia ingin tidur denganku. Aku menerima dengan senyuman. Selepas solat maghrib, aku dan syikin membantu adik-adik ABU membaca Al-Quran. Fiqa setia di sebelahku dengan celotehnya yang mencuit hati. Sedang sibuk melayan adik-adik lelaki membaca Iqra', si kecil itu juga sibuk ingin turut serta dengan bertanyakan itu dan ini. Akhirnya, belum sempat ajaran Iqra' berakhir si comel fiqa telah terlena di ribaku. Namun malam itu aku membiarkannya tidur bersama "mak" tukang masak di asrama.



29/5/07

Petang itu si kecil Fiqa amat berlainan perangainya. Kemanjaannya yang lebih pada petang hari itu menghairankan aku. Terlambat sedikit melayan merajuklah jawapannya. Pantang diusik merengeklah jadinya. Naik pening juga aku dibuatnya. Seperti biasa selepas maghrib, aku mengajar adik-adik lelaki membaca iqra' dan seperti biasa si kecil itu juga tidak ketinggalan minta dilayan. Awal-awal lagi dia berpesan ingin tidur denganku. Dan seperti biasa juga, si comel itu sudah hampir terlena menunggu pengajian Iqra' berakhir. Lalu aku menyuruhnya tidur dahulu sementara aku menghabiskan bacaan abang-abangnya. Dia menolak dan bertegas ingin menungguku. Seusai Iqra' berakhir, aku membawanya ke bilik di bahagian bawah untuk tidur kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Semasa menidurkannya, aku membelai dan mengusap badannya dengan penuh kasih sayang. Si kecil itu memegang kejap tanganku, mungkin takut aku akan meninggalkannya. Tiba-tiba dia bersuara: "kakak jangan buat macam tu tau, mak fiqa selalu buat macam tu...mak fiqa dah mati". Ishh..betapa sayu dan pilu hatiku tatkala mendengar bicaranya. Aku akur dengan kehendaknya dan membelainya dengan cara yang lain sehingga dia terlena. Hampir jam 10 malam, dia terjaga dan menangis. Badannya sedikit panas. Dia minta aku tidur dengannya ditingkat atas sedangkan kak fatimah berpesan supaya aku tidur di sebuah bilik yang dijadikan pejabat ditingkat bawah. Terpaksalah aku mengikut kehendaknya. Baru sahaja beberapa minit aku meletakkannya, dia muntah secara tiba-tiba. Aku menjadi sedikit kaget. Kak Fatimah tiada dan aku yang bertanggungjawab menjaga adik-adik itu bersendirian. Dia terus menangis dan merengek. Tidak sanggup aku melihatkan keadaannya yang begitu. Malam itu, si comel Fiqa demam. Dan malam itu, rengekannya mengganggu tidurku. Sungguh aku tak dapat melelapkan mata melihatkan keadaannya. Setiap jam aku terjaga...merenung jam..memandang penuh sayu wajah mulus di sebelahku. Sungguh..aku rasa seperti menjadi seorang ibu. Malam itu, bertambah dalam cintaku padanya.


demi masa






"Demi masa..sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr: 1-3)



Benar apa yang diberitakan oleh kalamullah, kebanyakan manusia sentiasa hidup dalam kerugian. Setiap waktu yang hadir hanya digunakan dan dipenuhi dengan amalan yang merugikan. Setiap detik, saat, minit dan jam yang berlalu itu..manusia tidak pernah menghitungnya. Hidup ini dirasakan tiada berpenghujung..dan manusia merasa yakin bahawa esok pastikan tiba. Manusia menilai hidup dunia merupakan segala-galanya. Harta, pangkat, darjat dan kemewahan..semua itu perlu dicari, dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Tidak kira yang kaya mahupun miskin, semua mahu merasa hidup dalam kesenangan. Justeru, siang dan malamnya hanyalah untuk mencari wang ringgit. Kerana bagi mereka, wanglah segala-galanya pada zaman ini.

Sahabat, mari kita menghitung diri. Renungi kembali masa dan waktu yang telah menjauh. Adakah kita pasti bahawa kehidupan dunia ini kekal abadi?? Tidakkah kalian percaya bahawa semua makhluk akan mati?? Bagaimana pula dengan usia yang kian meningkat..dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Benar, kita tidak mampu mengembalikan masa yang telah pergi. Justeru, sedarlah bahawa masa yang datang itu sangat singkat. Dan setiap detik yang hadir itu perlu dihiasi dengan amalan baik yang memberi manfaat buat diri. Janganlah menyesali masa lalu, kerana waktu yang telah pergi tidak akan kembali lagi sebagaimana kata Imam Al-Ghazali: "Yang jauh itu masa". Oleh itu, beringatlah!! Lakukanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: 1- sihat sebelum sakit, 2- kaya sebelum miskin, 3- lapang sebelum sempit, 4- masa muda sebelum tua, 5- hidup sebelum mati. Carilah bekalan sebanyak-banyaknya untuk kehidupan di alam abadi.



Ingatlah..Hidup ini satu perjalanan..Dunia merupakan tempat persinggahan..Akhirat jua destinasi tujuan..



-moga beroleh syurga abadi-



Monday, June 04, 2007

geram

hm..sejak akhir-akhir ni aku menghadapi sedikit masalah untuk sign in blogger..tak tau kenapa dan apa puncanya..keadaan ni menyebabkan mood untuk menulis hilang begitu saja. walaupun banyak benda yang nak ditulis tapi beku dan kaku..geram juga rasanya kadang-kadang..hmm..sabo yola..

jiwaku...di manakah??

sebagaimana yang telah kuceritakan pada entri yang lalu..sepanjang semester lalu kulalui dengan hati yang kosong. kutunggu, kumenanti..saat iakan kembali. namun, hingga kini..masih tiada jawapan..kujua tak mengerti..mengapa ia menghilang? tanpa pesan..tanpa jejak..ke manakah perginya?? entah di mana akan kucari..entah bagaimana baru kutemui..pada penghujung semester itu kulihat cahaya hikmah..tapi kini..cahaya itu jua gelap menghilang. seusai April..Mei..masih buntu mencari arah..sukar untuk kumelakar satu ketetapan buat diri..tanpa dia mengisi kekosongan hati ini..kembalilah..