Thursday, May 26, 2005

lagi pertemuan..

hamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang ilahi dapat lagi aku mencoret warkah sepi ini..sekian lama rasanya halaman ini terbiar sepi tanpa seuntai bicara..tanpa disedari rupanya aku sudah hampir dipenghujung sem3..masya allah cepat sungguh masa berlari..pantas meninggalkan aku tanpa sebarang ingatan..

baru 2 mggu lepas aku n teman seperjuangan comrade telah menjelajah ke kg aring 5, gua musang kelantan..selama 2 hari kami di sana banyak peristiwa pahit dan manis yg tercipta menjadi kenangan untuk diabadikan bersama..cabaran baru telah kami temui apabila berdepan dengan kaum bateq yang sangat sensitif dan pemalu..inilah pertama kali bagi aku berhadapan dengan orang asli dr kaum bateq setelah beberapa kali mengikuti program..

pabila ku lihat kehidupan mereka yang serba dhaif dan kurang dr segala segi..hatiku kuat menanam azam untuk terus berjuang membela nasib saudara seagama..moga allah permudahkan urusan dan membuka pintu hidayah buat mereka yang hatinya telah lama terpenjara..ku harap padamu ya allah kau tetapkan hati dalam menuju jalanMu..

esok aku balik nak hantar abah ke tanah suci..moga pemergian abah ke sana akan membawa pulang secebis barakah buat kami sekeluarga..kami menanti kepulanganmu abah dengan penuh pengharapan..moga dirimu dinaungi kasihNya..jangan lupa doakan kesejahteraan kami di sini..moga abah selamat pergi dan pulang..



Tuesday, May 10, 2005

mmm..kekalutan sem3

sem 3 dah 2 minggu bermula..kelas 3 hari seminggu..so selasa n khamis bolehla cuti..hehe..tapi banyak agenda lain plak..lebih2 lagi program comrade..skang ni bz dgn program trip n aec..dua2 buat di cameron..mm..lagi satu tengah memikirkan proposal antraxx..buntu nak buat tentatif..tempat pun belum decide lagi..hari tu dah servey kat melaka tapi separuh jalann je sbb x cukup masa..rasa2nya minggu ni pun kena pergi sekali lagi..dan the most important thing is bawa orang yang expert tentang tempat tu..mm,barula jadi..moga2 allah permudahkan segala urusan..aaamiiin..