Thursday, March 31, 2005

31 MAC..DIARI KEHIDUPAN..

Hari demi hari berlalu..
malam siang silih berganti..
seiring masa berlari
usia menginjak dewasa..

hari semalam telah pergi
meninggalkan 1001 memori..
hari ini menjelma
bersama azam segenggam cita-cita..

pabila mentari terbit didada langit..
ku lihat cahaya menyinari alam..
unggas-unggas ceria berterbangan..
bayu bertiup lembut seakan membelai..
membawa pergi segala duka dan lara..

aku terpaku seketika melihat indahnya alam..
bagaikan mata pertama kali melihat..
sedangkan diri meniti usia dewasa..


begitu singkat masa berlalu..
tanpa ku sempat membilang hari..
lantas ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi..
memberiku peluang mewarnai alam..
mengenal asam garam dunia..

tika dan saat ini..
ku merindu wajah kasih..
belaian lembut ibu yang mesra..
kata-kata ayah yang penuh hikmah..
takkan ku lupa selamanya..
pengorbananmu terhadapku seluas lautan..
keihklasanmu menjagaku tidak terkira..
peluh keringatmu yang membasahi diri bagaikan buih di lautan..
hanya doa tulus yang mampu aku hadiahkan..
agar dikau dirahmati selalu..

wahai ibu ayah tercinta..
ketahuilah bahawa dikau satu anugerah..
bagai cahaya yang menyinari hidupku..
menyuluh jalanku dikala kegelapan..
membimbing daku dilaluan yang lurus..
agar aku terdorong ke jalan yang benar..
tidak tersalah arah persimpangan..
hingga sampai destinasi tujuan..

ku pinta padamu ibu ayah..
iringkan doa di perjuangan..
agar aku terpelihara..
dari segala ranjau dunia..
moga aku kan menjadi insan yang berguna..

ku rayu padamu hai ibu ayah..
pohonkan pada kasih ILAHI..
agar aku menjadi anak solehah..
yang tidak lupakan jasa-jasamu..
dan sentiasa mengingatimu dalam setiap doaku..
moga ku akan sentiasa kenangimu..
walau ku berada dipuncak jaya..

ku memohon pada Yang Maha Mendengar..
KAU satukanlah hati-hati kami..
dalam mencari keredhaanMU..
izinkan kami bersama..
tika tidur dalam kerinduanMu..


hasil nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin



Friday, March 18, 2005

Perjuangan Bermula..

Hamdulillah..baru tadi selesai satu exam..Bahasa Melayu Kerjaya (LM2021)..bolehla buat sebab semua yg baca masuk..Hm..tapi xleh gembira sangat sebab hari esok menunggu dengan dugaan yang lebih mencabar..tatkala itu aku perlu bersedia dr segala segi untuk menghadapi ujian ini..ya..ujian dunia buat mereka yg menimba ilmu..ini baru sedikit,belum masuk lagi ujian kehidupan yg akan aku tempuhi pada masa akan datang..Ya ALLAH, ku mohon padaMU agar kau tetapkan hatiku menuju jalanMU..Kau bimbingilah aku dengan petunjuk kasih sayangMu..KAU temanilah aku dikala sendu dan sendawa..moga ku sentiasa mengingatiMU..
Amiin Ya Rabbal Alamin!!..


ALLAH ampunkan kami..
ALLAH selamatkan kami..
Jangan matikan kami..
Melainkan di dalam IMAN..
ALLAH tunjukkan kami..
Jalan yang Engkau redhai..
Jalan yang Kau beri nikmat..
Bukan jalan yang Kau murkai..
-aeman-

Tuesday, March 15, 2005

Hari bertemu KeKaSiH..

Tanggal 11 Mac o5..telah pergi seorang insan menemui KEKASIHnya..
Dikala azan sayup berkumandang disusuli khutbah jumaat yg memberi ingat..
Bersiaplah sudah insan berpergian ke alam baru menyahut panggilan KEKASIH..
KEKASIH penghulu segala kasih..memiliki hati segala yg berkasih..
Harapan moga dirimu insan bertemu KEKASIH dgn perasaan berbunga riang..
Berwajah seribu ria dan Menguntum senyum sehalus makna..
Agar dirimu tidak kaku dikala kau ditanya mengenai hal dirimu sebelum bertemu KEKASIH..Jika ditanya,jawablah dengan tenang dan penuh keyakinan..
Agar kau akhirnya dapat bersemadi bersama KEKASIH abadimu..
Doaku agar dikau dikurniakan mahligai bahagia di samping KEKASIHmu..

Thursday, March 03, 2005

sebuah hakikat..

ku merenung dikejauhan
melihat titisan hujan
baru sebentar tadi
panas siang berlalu pergi

alangkah hebatnya keagungan ILAHI
mampu mengubah segala yang ada
tanpa dapat ku menduga
apa yang bakal terjadi

bagaikan rembulan menggantikan mentari
umpama pelangi selepas hujan
itulah ibarat hidup manusia
susah dan senang silih berganti

usah dikesal duka nestapa
ujian melanda tabah menerima
ceriakan pasti datang menjelma
redha ALLAH hadir bersama

insan kerdil sedari hamba
melutut disejadah menangis hiba
mengimbau kenangan hidup dunia
sampai masa kan pergi jua..

hasil nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin

Tuesday, March 01, 2005

hidup..

hmm..pagi ni bangun mcm biasa..tapi cepat plak bersiap..maklumlah assignment nak kena antar hari ni..rajin betul la diri ni..kalau due date hari tu, hari tula baru nak hantar..mantap!! bukannya nak siapkan awal2..nila dia, nak buat camana banyak benda dalam kepala ni..

pagi ni walaupun rushing tapi sempat juga siapkan satu sajak..hehe..tak sangka plak..lepas tu terus menuju ke lab hs utk print assignment..tapi malangnya nombor x keluar..yg keluar ialah gambar yg pelik2, spt telefon,komputer n macam2 lg..heran bin ajaib sungguh!! bila dah x boleh tu pergi kelas dulu..dalam kelas dpt markah ulum quran..alhamdulillah..syukur pd ilahi..
abis kelas pergi pulak ke library..ingat boleh print tapi benda yg sama berlaku...ishhh,apa nak jadi ni!! dugaan...dugaan...

sudahnya aku balik bilik pinjam pc tikah...barulah boleh..hamdulillah..siap juga akhirnya...barula lega rasa hati..walaupun assigment dah siap tp banyak lagi kerja lain yg perlu aku siapkan..hai...beginilah hidup...moga2 setiap kerja yg dilakukan mendapat keberkatan drpd ilahi..insya allah..