Thursday, December 31, 2009

cabaran 2010

picture credit to:onepictureagain.blogspot.com
Tahun 2010 sudah pun menjengah. Hadirnya bersama 1001 cabaran yang menanti di sepanjang perjalanan kehidupan. Namun, langkah perlu diorak penuh gagah. Perisai iman mesti dipersiapkan. Benteng emosi perlu dikukuhkan. Cabaran bukanlah apa-apa bagi seorang pejuang. Pejuang punya semangat yang tak terkalahkan. Cabaran pasti diharungi dengan penuh ketenangan. Hanya kejayaan menjadi tonggak harapan. Tuhan, bantulah pejuang-Mu menempuh ranjau yang penuh duri ini. Kuharap cinta-Mu mekar berbunga menebarkan haruman rahmat dan maghfirah buatku. Semoga barakah dan redha-Mu mengiringi setiap gerak langkahku.
~~SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA~~

Thursday, December 24, 2009

~~selamat kembali~~


selamat kembali para tetamu ALLAH
moga dirimu telah suci ibarat kain putih
kualiti ibadahmu kian meningkat
tiap amalanmu diiringi tawadhuk
khusyukmu tidak mampu digugat
doamu setia didengari & diangkat
hatimu makin dekat pada-NYA
dirimu pasrah seadanya
selamat kembali mokni&ayah man..=)

buat teman..

Tahniah diucapkan buat sahabat-sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini...(k.ti ganu, deja, ct khadijah, nana comrade dan lain-lain)..maaf banyak-banyak saya xberkesempatan untuk menghadiri jemputan walimah kalian..namun, kuhadiahi doa dari jauh semoga sahabat sentiasa bahagia di bawah naungan kasih dan cinta Yang Maha Penyayang..
Tahniah juga buat teman-teman yang bakal dan sudah menjadi ibu dan ayah..(mok ana&a.zul, lyn, teha&hairul, dila pahang, thurayya, dan lain-lain)..semoga hidupmu makin ceria dengan kehadiran permata hati..minta maaf masih tidak berkesempatan melihat baby comel..cuma baru je bertemu dengan "muiz amjad" anak soleh mok ana & a.zul..hehehe...comel sangat!!=)

Friday, December 18, 2009

~~salam hijrah~~

salam hijrah buat semua
hijrah menyingkap suatu kisah
menyusuri jejak perjuangan&pengorbanan
Muhammad insan mulia
berhijrah dari kota Mekah
membina ukhwah melakar sejarah
memakmurkan Islam di bumi Madinah
menyusun langkah yang teratur
membebaskan Mekah
dari rantaian kafir quraish
hijrah..bermulalah perjuangan
berkembang pesat ajaran Islam
melata di seluruh pelusuk dunia
mari bersama menghayati erti hijrah
dalam kehidupan yang singkat ini
moga dinaungi kasih & cinta ILAHI
keberkatan mengiringi setiap amalan
SALAM HIJRAH 1431

Sunday, October 25, 2009

::mana milik kita::

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya

Kita ALLAH punya
Bumi langit ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya


Mengapa kita sombong
Memiliki ALLAh punya
Mengapa tidak malu
Kepada ALLAH yang empunya
Patut bersyukur kepada ALLAH
Yang memberi segalanya
Malulah kepada ALLAH

Kerna milik IA punya

Janganlah berbangga
apa yang ada pada kita
Kalau ALLAH tidak beri
kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya ALLAH punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada ALLAH
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat ALLAH itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja


Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
ALLAH sudah sediakannya


~~rabbani~~


Mari bersama hayati dan fahami bait-bait yang tertera pada lirik ini...semoga terbit rasa keinsafan dalam diri. Betapa banyaknya nikmat anugerah kurniaan ALLAH yang diberikan kepada kita...selayaknya kita sujud menyembah-Nya, mengakui keagungan kuasa-Nya, menyedari sifat kasih sayang-Nya yang mewarnai kehidupan seharian kita. ALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN..semoga hamba-MU menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu...

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan??" ar-rahman.

Saturday, August 15, 2009

::marhaban bik ya ramadhan::

Hanya beberapa hari lagi bulan Ramadhan yang dinanti-nanti akan menjengah. Tidak sabar rasanya ingin bertemu Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Pada Khamis lalu (13/8/09), alam dikejutkan dengan pemergian Ust Asri Rabbani ke pangkuan penciptanya, lebih-lebih lagi penggiat industri nasyid tanah air. Allahyarham tidak sempat untuk menikmati dan menghayati Ramadhan tahun ini. Al-fatihah buat Ust Asri. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh, dan diredhai ALLAH Yang Maha Penyayang.


Rabbi..

Dalam kesepian malam

hati berbicara

bertemankan kerdipan bintang dan cahaya rembulan

halusnya suara bernada sendu

penuh harapan tersisip malu

memohon..merayu..meminta..

menagih kasih dan simpati

temukan aku dengan Ramadhan

agar kurasakan nikmatnya

mendidikku dengan kesabaran
kuingin selalu
dalam dakapan rahmat Ramadhan
kudamba keampunan
anugerah hadirnya Ramadhan
berikan aku sejenak kesempatan
untuk bermesra dengan Ramadhan
tahun ini
jua tahun yang mendatang
agar kehadirannya
dapat membuatkan aku
semakin dekat denganMU
Rabbi..
~~AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN~~





Wednesday, August 05, 2009

::bicara hati::

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ لِسَانًا رَطِبًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبًا مَفْعُمًا بِشُكْرِكَ وَبَدَنًا هَيِّنًا لَيِّنًا بِطَاعَتِكَ الَّلهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ إِيمَانًا كَامِلا وَأَسْأَلُكَ قَْلبًا خَاشِعًا وَأَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَأَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَاِدقًا وَأَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا وَأَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ وَأَسْأَلُكَ تَمَامَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الإِيْمَانِ بِكَ حَتَّى لا أَخَافُ وَلا أَرْجُو غَيْرَكَ وَلا أَعْبُدُ شَيْئًا سِوَاكَ وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوطَةً عَلَيَّ وَعَلَى أَهْلِي وَأَوْلادِيْ وَمَنْ مَعِي بِرَحْمَتِكَ وَلا تَكِّلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلا أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ يَا نِعْمَ الْمُجِيْبِ



Ya ALLAH..kurniakanlah daku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-MU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-MU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-MU..


Ya ALLAH..kurniakan daku iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.


Ya ALLAH..kurniakan daku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan malapetaka.


Kumohon Ya ALLAH kecukupan yang tidak sampai aku terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah aku iman yang sebenar-benarnya sehingga aku tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-MU kepadaku, keluarga dan anak-anakku, serta sesiapa sahaja yang bersama-samaku.


Jangan Ya ALLAH Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.


Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan pinta, PERKENANLAH...


-nisfu syaaban sudah tiba....terangkat sudah buku amalan masa lalu...kini, buku baru dibuka untuk mencatit amalan mendatang..semoga amalan diri ini lebih baik daripada sebelumnya...semoga diri yang kerdil ini masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri, bermuhasabah dan berusaha untuk menjadi hamba-NYA yang tidak lupa dan alpa daripada mengingati-NYA...mensyukuri segala nikmat dan anugerah kurniaan-NYA...Kumohon yang terbaik daripada-MU Rabbii..



Tuesday, July 07, 2009

::hamdan LILLAH::


SEGALA PUJIAN SELAYAKNYA HANYA UNTUK ALLAH..ALHAMDULILLAH..SYUKUR PADA-NYA YANG SENTIASA MEMIMPIN, MEMBIMBING, MENDORONGKU KE ARAH JALAN REDHA-NYA..DIA TELAH MEMPERMUDAHKAN SETIAP URUSANKU...TIADA KATA UNTUKKU GAMBARKAN PERASAAN GEMBIRA DAN BAHAGIA MELAINKAN MENGUCAP SYUKUR KEPADA-NYA...TERIMA KASIH RABBI..


حَسْبِي رَبِّي جَلَّ الله مَا فِي قَلْبِي غَيْرُ الله

Thursday, July 02, 2009

:menggamit rindu::

ALLAH itu Maha Pengasih, ALLAH jua Maha Penyayang..

Dititipkan rasa kasih dan sayang itu di dalam hati hamba-hamba-Nya sebagai suatu anugerah kehidupan yang tidak ternilai harganya. Sifat berkasih sayang sesama insan membawa kedamaian dan ketenangan. Jika hilang kasih sayang, musnahlah dunia..hambarlah kehidupan..kasih sayang mewarnai kehidupan..membuahkan keceriaan dan menghilangkan rasa duka..Terima kasih Rabbi kerana kurniakanku teman kala sendu dan sendawa..teman yang sentiasa di hati walau jasad jauh terpisah. Terima kasih teman kerana sudi menceriakan hidupku, berkongsi suka dan duka..Dikaulah teman terbaik dunia akhirat..
COMRADEAN ke Sungai Rual, Jeli!!!!
Aduh...hatiku menggamit rindu ingin bersama teman seperjuangan. Sudah lama aku mengimpikan saat-saat untuk mengikuti program masuk kampung. Sudah beberapa kali aku gagal menyertai mereka..hati ini kadang-kadang berasa cemburu melihat teman-teman sedang sibuk mengendalikan program di sana. Huhuhu..bila boleh join korang ni??? Rindu nak naik trak JHEOA...rindu nak main masak sama-sama...rindu nak main dengan adik-adik kecik kat sana..rindu nak gurau senda dengan kawan-kawan...rindu nak jalan kaki, berpanas berhujan sama-sama...rindunya.....
Ya Rabbi...berikan aku kesempatan lagi untuk bersama-sama mereka..membantu..menyumbang tenaga...bersatu memikul beban dakwah-Mu...

Tuesday, June 30, 2009

hikmah wuduk dari sudut sains



Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.




Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?




Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.



Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.




Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."




Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).




Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.




Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.




Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....



rujukan: Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)

Thursday, June 25, 2009

kerinduan tetamu al-haramain



gelora rindu berombak


terbayang indah al-haramaian


tersergam megah dipotret kenangan


tersimpan kukuh menggamit qalbu




madinatul munawwarah


kota cahaya tersemadi kekasih


masjid nabawi menjadi saksi


hebatnya perjuangan silam




Di bukit Uhud itu


Terpahat satu cerita


Gugurnya pejuang pembela agama


Demi Islam pertaruhkan nyawa




Megah berdiri binaan Baitullah


Di Makkatul Mukrramah bumi mulia


Hati terpaku kelu bicara


Menatapi keagungan Yang Maha Kuasa




Aduhai Al-Haramain


memijak bumimu suatu ketenangan


menjadi tetamumu suatu kerinduan


kudamba cinta-Nya di bumimu


Ya Al-Haramain....

::khasiat air zamzam vs air biasa::




Di dalam air zamzam terdapat kandungan yang sarat dengan pelbagai unsur yang bermanfaat bagi keperluan tubuh manusia. Menurut kajian analisis yang telah dibuat, terdapat empat unsur kimia yang sangat penting dalam air zamzam, iaitu Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg).
Di dalam air biasa pula tedapat unsur besi (Fe), namun unsur tersebut langsung tidak terdapat pada air zamzam. Begitu juga unsur Kalsium (Ca) yang ada pada air biasa sangat tinggi kadarnya, tetapi kandungannya sangat rendah di dalam air zamzam. Menurut kajian, kedua-dua unsur ini (Fe & Ca) merupakan unsur yang tidak baik bagi tubuh apabila terlalu berlebihan.
Sebaliknya, unsur-unsur kimia yang begitu bermanfaat dan menguntungkan tubuh ialah Kalium (K). Namun, kandungan Kalium di dalam air biasa sangat rendah, sebaliknya di dalam air zamzam kandungan unsur Kalium adalah sangat tinggi. Begitu juga unsur Magnesium yang baik untuk tubuh merupakan unsur yang sangat tinggi di dalam air zamzam, tetapi di dalam air biasa kadarnya relatif sedikit.
Selain itu, 4 pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commision) iaitu M.A. Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dan membuat perbandingan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water). Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii atau semulajadi dalam bentuk alkali. Oleh sebab itu, keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekaligus mampu mencegah penyakit gastrik. Air zamzam merupakan air yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada air mineral.
Pada hari ini, sukar untuk manusia mendapatkan air yang benar-benar bersih lagi suci. Ini adalah kerana kerakusan tangan-tangan manusia yang telah menukar dan merubah keaslian air dengan pelbagai bahan kimia seperti klorin yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia sendiri.
Lihatlah betapa hebatnya kuasa Allah Yang Maha Esa. Tiada siapa yang mampu menandingi ciptaan-Nya.
rujukan: 1- Quran Saintifik (Dr. Danial Zainal Abidin)
2- Petanda Keagungan (Nazri Zakaria)

Tuesday, June 23, 2009

mari meneroka al-quran dari perspektif sains


::KEAJAIBAN AIR MASIN (LAUT) VS AIR TAWAR::
Sesungguhnya Allah telah jadikan lautan yang luas terbentang untuk faedah makhluk dunia, tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan. Firman Allah dalam Surah An-Nahl:14: "DAN DIALAH YANG MENYEDIAKAN LAUTAN SUPAYA KAMU MAKAN DARIPADANYA DAGING YANG EMPUK, DAN SUPAYA KAMU KELUARKAN DARIPADANYA PERHIASAN YANG AKAN KAMU PAKAI, DAN ENGKAU LIHAT KAPAL MENGHARUNGINYA, SUPAYA KAU CARI KURNIA-NYA DAN SUPAYA KAMU BERSYUKUR."
Maha suci Allah, Dialah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Allah telah menjadikan air laut itu masin, dan Dia juga telah menjadikan air tawar yang memenuhi tasik-tasik dan danau-danau. Betapa hebat kuasa Allah, kehebatannya tidak dapat ditandingi oleh apa jua makhluk. Allah telah menjadikan air laut dan air tawar itu tidak bercampur di antara satu sama lain walaupun kedua-duanya bertemu di lautan.
Fenomena yang menakjubkan ini ditemui oleh Mr. Jacques Yves Costeau yang merupakan seorang Oceanografer (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan manusia di seluruh dunia. Namun, pada suatu hari ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air laut yang masin disekelilingnya.
Keajaiban yang ditemui itu bagaikan ada dinding atau membran yang membatasi air laut masin dan air tawar. Keganjilan ini membuatkan beliau kagum, seterusnya mendorong beliau mencari penyebab terpisahnya air tawar dan masin di tengah-tengah laut berkenaan. Maka pada suatu hari, beliau bertemu dengan seorang profesor Islam lantas menceritakan fenomena yang ganjil itu. Profesor tersebut teringat satu ayat Al-Quran tentang penemuan dua lautan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud: "DIBIARKAN-NYA MENGALIRKAN DUA LAUTAN, LALU KEDUANYA BERTEMU. DI ANTARA KEDUANYA ADA BATAS YANG TIDAK DILAMPAUI." (Ar-Rahman:19-20)
Profesor tersebut menjelaskan fenomena tersebut sudah pun dijelaskan di dalam Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: "DAN DIALAH YANG MEMBIARKAN DUA LAUT MENGALIR (BERDAMPINGAN); YANG INI TAWAR LAGI SEGAR DAN YANG LAIN MASIN LAGI PAHIT; DAN DIA JADIKAN DI ANTARA KEDUA-DUANYA DINDING DAN BATAS YANG MENGHALANGI." (Al-Furqan:53)
Lihatlah..betapa hebatnya kuasa Allah Yang Maha Agung. Dialah yang menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan dan pedoman hidup. Di dalamnya terdapat pelbagai ilmu dan atur cara hidup yang lengkap untuk manfaat hidup manusia. Fenomena air laut dan air tawar ini merupakan salah satu tanda keagungan ALLAH yang dapat ditemui di dalam Al-Quran dan dikaji melalui sains pada hari ini.
Wallahu'alam.


Ilmu datang dari akal
Ilmu bermanfaat menjadi bekal

Rujukan: Petanda Keagungan Allah

Penulis: Nazri Zakaria (Bachelor of Science, UPM)


Monday, May 18, 2009

::terima kasih cikgu::





Sempena hari guru yang baru tiba, jutaan terima kasih kuucapkan buat para guru yang telah mendidikku, sejak dari tadika sehingga kini. Ucapan ini kutujukan khas buat guru-guru tadika ABIM, Sandakan, Sabah (1988-1989), guru-guru SK Perol, Kelantan (1990), guru-guru SK Taman Keramat (2) (1991-1995), guru-guru Maahad Muhammadi (P) (1996-2001), guru-guru Bahasa Arab Matrikulasi UIA PJ (2002-2003), guru-guru Jabatan Bahasa Arab UIAM Gombak (2003-kini), dan guru-guru yang pernah mengajarku secara langsung atau tidak langsung. Doaku semoga perjuanganmu diberkati selalu.
~~ SELAMAT HARI GURU~~

Wednesday, February 25, 2009

fikir-fikirkan..

Mengapa Yahudi Bijak????
oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.
Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan. Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak. Menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka.
Demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
jika dilihat kepada coretan di atas, rasa malu sendiri..mengapa orang Yahudi yang begitu ghairah menentang Islam tapi mengikut tatacara hidup Islam dalam diam dari pelbagai sudut, sedangkan orang Islam sendiri amat jauh untuk melakukan amalan seperti ini..Mari kita renungkan bersama..cubalah berubah bermula saat ini..Orang Islam perlu menjadi lebih baik daripada Yahudi...