Saturday, January 28, 2006

apa khabar??

26/1/06

aku tiba2 membatalkan niatku untuk mengikut sahabat2 yang lain ke kg husin disebabkan masalah telingaku..aduhh,sakit sungguh..jadi aku cuma ke kampus untuk menyiapkan tugasan biro modul yang belum selesai untuk diserahkan pada Nas..nasib baiklah modul2 untuk workshop Nas dah siapkan..terima kasih ye Nas..

tepat pukul 3 petang aku dan kawan2 yang lain berkumpul di tangga besar menunggu bas..sebelum berangkat sempat aku kirim sedikit barang makanan buat keluarga angkat di sana..tak dapat pergi bagi hadiah pun jadilah..masa untuk berangkat telah tiba..aku bersalaman dengan sahabat2 seperjuangan yang akan meninggalkanku buat seketika..jah,k.yati,k.zura,k.midah,zuni,mas,nadiah dan lain2..selamat jalan ku ucapkan..sampaikan salamku pada sahabat2 yang lain..moga keberkatan mengiringi harimu di sana!

sedih juga bila melihat bas sudah bergerak jauh ke hadapan..aku bersendirian di situ,merenung jalan yang kosong..ahh,mungkin ada hikmahnya aku tak pergi..ya,mungkin..



27/1/06

aku hanya menghabiskan masa cutiku di rumah..serasa tiada mood untuk melakukan kerja2 kuliahku yang berlambak2..ditambah dengan denyutan ditelinga yang membuatkan aku rasa tidak bermaya..aduhh,sakitnya!rasa ingin ku berjumpa doktor sekarang juga..tapi keadaan belum mengizinkan..tika ku keseorangan,aku sering terfikir apa khabar sahabat2ku di sana?sihatkah mereka?adakah program berjalan seperti yang dirancang??aku doakan mereka berjaya dan kembali ke kampus dengan selamat..



28/1/06

sakitnya bertambah2 sehingga mengganggu tidurku..apa yang sebenarnya berlaku,aku tidak pasti..pukul 9.30am kedua ibu bapaku membawaku berjumpa pakar telinga..hampir 2jam menunggu barulah aku dipanggil masuk..semasa rawatan doktor memberitahu bahawa telingaku bengkak dan bernanah,dan nanah itu sudah sampai ke gegendang..tekanan telinga telah diambil,,dan kakak jururawat menjelaskan bahawa tekanan telinga kananku 185 melebihi tahap normal 50..dia menambah lagi aku bernasib baik kerana keadaan aku masih boleh dirawat..jika tekanannya melebihi 200,maka kritikallah jawapannya..gegendang telinga aku juga mungkin rosak..ya allah..hebat juga penangan sakit ini..aku berdoa moga Kau sembuhkan penyakit aku ini Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh..

Thursday, January 26, 2006

indahnya ukhwah..

SAUJANA alam..
Damai di latifah RABBANI..

seindah perhubungan ini,
seUNIC pertemuan antara kita..

seINTEAM ikatan ukhwah,
moga kekal selamanya DEHEARTY..

ukhwah fillah daiman abada..

teman..

teman..

jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah..

jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..

jika aku terleka,
luahkanlah agar aku berubah..

dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
iringkanlah lenaku dengan kalungan doa..

berjanjilah teman..
ukhwah kita untuk selamanya..

Monday, January 23, 2006

kenangan semalam..tanjung bidara beach resort..

20-23/1/06..(jumaat-ahad)

nadi al-munadzoroh telah mengadakan arabic camp ke tanjung bidara beach resort,melaka..program ini bertujuan untuk memupuk minat dan semangat pelajar dalam menggiatkan diri dalam aktiviti munadzoroh ini..hamdulillah..program berjaya dan ramai peserta yang memberi respon positif..

tapi..aku tak dapat nak join program..sebab bz sangat kat dapur..maklumlah biro catering..tanggungjawabnya lebih besar di dapur..walaupun xleh join program..aku dapat belajar perkara baru..cara2 masakan makanan arab..seronok juga..kuftah,to'miah,dan basbussa..puas rasa hati bila makanan yang kita masak habis..rasanya berbaloi walaupun keletihan yang amat..

kadangkala sedih juga sebab tak sempat walau sekali untuk merenung pantai dan menikmati keindahan alam yang ada di situ..tapi xpela..mungkin kali ini bukan rezekiku..insya allah dapat peluang baru nanti..harapnya program akan datang lebih menarik dan mencabar...

Friday, January 13, 2006

mmm...

pagi2 dah ada exam..tak taula jawab apa..semalam xleh nak tidur pun..lepas tu kelas research..subject yang paling pening..dah sebulan kelas tapi baru je dapat tajuk..next week dah start present..hai,,tak taula tajuk ni akan diterima ke tak..moga2 berjayala..lepas kelas pukul 12, ada usrah comrade di masjid..bila dengar tazkirah dan kata2 membina daripada sahabat2..barulah rasa terubat sikit hati ni..kepala yang berserabut tadi tenang seketika..daripada memikirkan kesudahan yang belum tentu..perkara yang dibincangkan dalam usrah ialah bersyukur..ya,syukur dengan segala nikmat pemberianNya..biar pun dalam bentuk nikmat kesenangan mahupun ujian..dan kita perlu seimbangkan antara 2 perkara..iaitu khauf (takut) dan raja'(harapan)pada Allah..kita tidak terlalu takut dengan hukuman dan balasan kerana pada masa yang sama Allah itu sebenarnya ghafurur rahim (pengampun dan penyayang)..begitu juga raja'..kita tak boleh terlalu mengharap segalanya dengan Allah kerana Allah itu juga syadidul 'iqab (pemberi balasan yang dahsyat)..jadi,kita perlu seimbangkan kedua2nya supaya kita mendapat kasih sayangNya dan terhindar daripada seksaNya..sebagaimana kita melihat burung yang dapat terbang tinggi kerana ia dapat seimbangkan 2 sayapnya..tapi ada 1 perkara yang tiada hadnya..iaitu cinta..sebagaimana kata2 "there is no condition in love"..begitulah cinta Allah terhadap kita..Dia memberi segala2nya dapat harapkan bayaran..dan mendapat semuanya dengan percuma..sepatutnya kita lebih menyayangi dan cintai Allah daripada segala2nya..sedangkan kita lihat..bila seseorang itu jatuh cinta pada insan dia akan menerima insan tersebut sepenuh rela walau dia tahu ada kelemahan pada dirinya..apabila cinta berbunga..segala yang dilihat dirasakan indah..inikan pula Tuhan pencipta segala..kepadaNyalah kita meminta..kepadaNya jua kita memohon pertolongan..jadi..mengapa tidak kita cintakanNya sepenuh hati..tiap waktu dan ketika..kerana Dia tidak pernah lupa pada hambaNya walau seketika..betapa dalamnya cinta Ilahi pada hambaNya..tapi ramai yang tidak mengerti..jadi dambalah cintaNya..moga mendapat keredhaan..

JIKA CINTAKAN BUNGA..BUNGAKAN LAYU..
JIKA CINTAKAN MANUSIA..MANUSIAKAN MATI..
JIKA CINTAKAN ALLAH..DIA KEKAL ABADI..

Thursday, January 05, 2006

2005 yang ditinggalkan..

hari ini genaplah 6 hari aku berada dalam tahun baru 2006..rupanya 2005 telah pun pergi meninggalkanku..bersama kenangan lalu..pahit manis seiring berlalu..dalam dunia yang setia kaku..kini tahun baru bermula..cabaran jua datang menduga..apakah aku sudah sedia..untuk menghadapi segala..ya..kini aku tampak lebih berani..gah melangkah merentasi rintangan..ku gagahkan diri untuk berjuang..takkan mengalah sebelum mencuba..biar resah merantai jiwa..kan ku leraikan dengan ketenangan..nur ilahi menyinari hati..baja iman menyuburi sanubari..ku mengharap kasih ilahi..dambakan cintaNya penuh sejati..ku meminta sepenuh hati..moga beroleh syurga abadi..
"Ya Allah..bimbinglah daku menuju redhaMu.."