Thursday, August 02, 2012

::bahtera kehidupan::


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..pujian selayaknya hanya untuk ALLAH Rabbul Jalil.. Tuhan Yang Maha memberi dan mengurniakan yang terbaik untuk setiap hambanya.

Kini telah hampir 2 bulan saya bergelar isteri. Masa yang agak singkat untuk menilai erti kebahagiaan dan keindahan hidup berumahtangga..Bahtera kami baru sahaja berlayar..masih jauh perjalanan yang perlu dilalui dan banyak cabaran yang tak terduga harus ditempuhi. Namun, setakat hari ini, bahtera kami belayar mengikut arusnya, tenang dan damai walau kadangkala angin bertiup agak kencang dan ombak menggulung agak tinggi. Maklumlah, masing-masing baru sahaja belajar cara mengemudinya. Tidak hairanlah kalau ada sedikit kesilapan. Jauh di sudut hati, doa sentiasa dipohon agar bahtera ini terselamat dari mara bahaya dan dugaan mendatang agar ia dapat belayar dengan tenang hingga ke destinasi terakhirnya, insya ALLAH. Andainya bahtera ini diuji dengan gelombang badai yang ganas, KAU jadikan nakhoda dan kelasinya makin erat tautan kasih, berpegang teguh pada ajaran-Mu dan makin dekat dengan-Mu Ya ALLAH. Hanya kepada-Mu kami sandarkan harapan. Tiada daya  dan upaya kami untuk menjalani kehidupan ini melainkan dengan petunjuk dan bimbingan-Mu Ya Aziz..Lindungilah kami Ya Muhaimin...Ampuni kami Ya Ghaffar..Rahmati dan berkati kami Ya Rahman Ya Rahim..kurniakan kami permata hati soleh solehah sebagai penyejuk mata penawar hati yang mengikat kasih kami agar cinta kami lebih cenderung kepada-Mu yang Razzaq Ya Wahhab..