Thursday, December 29, 2005

tahniah..

ku panjatkan syukur pada Ilahi..moga kasihNya sentiasa menghiasi..memang Dia setia mengasihi..setiap insan yang ingin dikasihi..ku layangkan ucapan TAHNIAH! buat adik tersayang MUHAMMAD TAUFIK atas kejayaannya dalam PMR baru2 ini..moga kejayaan ini akan berpanjangan Insya Allah..gembira hati tak terkira..tatkala melihat wajah ceria ayahbonda..titisan mutiara berguguran..tanda puas dan syukur atas nikmat pemberian..bibir mengukir senyum sehalus makna..rupanya diam ayahbonda diisi doa berpanjangan..pamer wajah beriak tenang..sebenarnya harapan bersinar di mata..ku betah mengerti hati mereka..semenjak dulu hingga kini..tetap syukur dengan segala..Alhamdulillah..moga kebahagiaan setia menemani perjalanan hidup ini..AAMIIn..
ku juga mengharap moga adikku HIDAYAH akan mendapat keputusan yang baik dalam STPM..moga Allah perkenankan doa..dan adikku SYIKIN dan juga SYUKUR..berjuanglah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu..tiada apa yang lebih berharga melainkan ilmu di jiwa...moga semuanya akan berjaya menjadi insan yang berguna..insya allah..

Friday, December 16, 2005

impian mendatang..

ku masih merenung jalan yang terbentang..ke manakah penghujungnya?? ku masih keliru dengan haluan yang sedang ku lalui kini..betulkah ini jalannya?? sungguh ku tak pasti apa yang bakal ku temui dan hadapi di sepanjang perjalananku nanti..apakah di sana ada cahaya yang akan menyinari lorong suram kelam itu..lantas menunjukkan aku jalan yang sebetulnya..kadangkala aku punya keberanian menyusuri jalan yang berliku penuh dengan onak dan duri...namun ketika lainnya serasa diri ini tidak mampu mengorak langkah walaupun jalan itu berdiri lurus terpana di depanku..pada ketika lainnya,ku tak dapat meneka bilakah hujan dan panas..firasatku tak upaya untuk mengetahuinya..pernah ku kebasahan tika ditimpa hujan dalam perjalanan..dan aku juga pernah mengharungi perjalanan dalam keadaan dahaga di bawah panas bahang mentari yang amat memeritkan..pabila tiba di persimpangan jalan..aku buntu memilih jalan..ku cuba meneliti dan menilai..menggunakan anugerah aqal sebaiknya..agar aku tak tersalah pilihan..ku teruskan lagi perjalanan...rupanya jauh sudah aku berjalan..tapi perjalanan ini sebenarnya lebih panjang..entah di mana penghujungnya..aku tidak tahu..cuma aku akan teruskan perjalanan hingga sampai destinasi yang terakhir..ku mengharap pada Yang Maha Mengetahui..agar Dia membimbingku menuju jalannya..jalan orang2 yang diberi nikmat dan redhaNya...

Friday, December 09, 2005

salam perjuangan..

salam perjuangan ku hulur khas buat sahabat2 yang ditaklifkan sebagai board COMRADE untuk sesi 05/06 pada tarikh keramat 8/12/05 bersamaan hari khamis...tanggungjawab yang dipikul ini merupakan amanah dari PENCIPTA...maka laksanakanlah amanah ini dengan setulus hati berpaksikan kesabaran dan ketenangan..agar visi dan misi yang kita impikan akan menjadi realiti...jangan bimbang dan berasa gundah hai sahabat2ku...dikau tidak keseorangan dalam mengharungi ranjau perjuangan dakwah ini..ketahuilah bahawa kasih Ilahi sentiasa mengiringimu setiap waktu dan ketika..dan jangan kau lupa bahawa dikau masih mempunyai sahabat2 yang setia menyokongmu dan menghulurkan tangannya di saat dikau tersungkur..sentiasa bersamamu di kala sendu dan sendawa..seiring sejalan mengorak langkah menuju puncak jaya...kita semua adalah satu..kerana kita punya cita yang sama..mendamba cinta hakiki...bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..

Tuesday, December 06, 2005

Kenangan raya..























selepas tamat program masuk kg pelantok..beberapa orang ahli comrade yang masih setia di uia telah bersepakat untuk mengadakan trip.."jalan2 cari makan raya" di beberapa rumah member comrade tak kira yang baru @ lama...antara rumah2 yang terpilih pada hari tersebut Jumaat,18/11/05..ialah rumah Husni dan Mastura..2 buah rumah pegawai jheoa juga tidak terkecuali dalam senarai program pada hari itu..pegawai yang bertuah ialah che wan dan pak cik harun syariah..rumah seorang lagi pegawai yang tidak asing bagi comrade tidak dapat dihadiri kerana masa amat mencemburui rombongan comrade yang sememangnya hebat dalam bab makan-memakan...minta maaf ye abg zahar..insya allah rombongan comrade akan tiba pada kemudian hari..memang makan sakanlah hari tu..sampaikan tengok makanan pun dah xde feeling lagi..rombongan ini menaiki 1 van, 1 kereta ihsan drpd sahabat kenalan comrade, iaitu abg rafiq..dan 1 motor..program bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam...napa, x percaya??percayalah..hehehe...

pada hari ahad pula..20/11/05..warga comrade yang still available di uia dan sekitar kl dijemput ke jamuan ringkas hari raya di rumahku..tidak dilupakan buat pegawai jheoa yang tidak jemu membantu dan menyokong kami dalam setiap program yang dijalankan, iaitu che wan,abg zahar dan pakcik harun syariah..tapi malangnya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana masing2 mempunyai urusan tersendiri..walau apa pun..majlis tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil ahli comrade dan pakcik harun...moga kemeriahan ini akan bertambah pada masa akan datang....

dan pada 23/11/05 - 26/11/05,beberapa orang ahli comrade telah menjelajah kelantan dan meraikan hari raya bersama sahabat2 yang berwarganegara kelantan walaupun syawal sudah hampir ke penghujungnya..banyak undangan yang diterima tapi tidak kesemua undangan dapat dihadiri...kami mohon maaf ye..janganlah jemu ajak kami lagi..insya allah jika diizinkan, kami akan pergi lagi..mana tau pergi makan nasi minyak pula nanti...hehehe..

Sunday, December 04, 2005

kenangan aidilfitri di pelantok
































KERANA CINTA..

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat luka damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
"cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi..demi meraih cinta sejati insan berbudi untuk berbakti.."
"kerana cintakan saudara...bakti ditabur budi disemai...,
kerana cintakan agama...pejuang tak betah mengharung badai...,
kerana cintakan PENCIPTA...hati setulus suci tetap setia mendamba cinta sejati..."
...kenangan COMRADE di kg Pelantok,sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga angkat tersayang..moga kasih yang bersemi kan tetap utuh di sanubari..agar sayang yang tersemai sentiasa harum mewangi bak haruman kasturi di kala fajar menyinsing...

Saturday, December 03, 2005

salam tautan mahabbah..

hamdulillah..pujian kesyukuran ku panjatkan buat Yang Esa,pencipta segala..berlalulah sudah ramadhan..juga syawal telah pergi meninggalkan kita,bersama laungan takbir kemenangan,menghadiahi sebuah kenangan,agar menjadi panji pedoman..

kini ku kembali ke taman ilmu dan budi..meraikan teman seperjuangan yang sudi..cuba kotakan ikrar untuk berbakti..mencari secalit ilmu di hati..moga diri dirahmati..impian kan jadi realiti..

salam perjuangan buat sahabat2 di iium,especially comradian!! teruskan perjuangan kita...jangan biarkan diri kalah dengan dugaan dan cabaran...moga Allah sentiasa bersama..di kala sendu dan sendawa...