Friday, January 28, 2005

jalan2..timba pengalaman..

sabtu (15/1/05)

hamdulillah..cuti mid-sem telah bermula,ringan sikit kepala ni..dapatlah merehatkan diri dr memikirkan hal2 di campus..pagi ni awal2 lagi aku telah bangun dan bersiap..maklumlah nak pergi ziarah keluarga angkat di kg husin,sungai siput,perak..siapa yg tak gembira ye tak! lebih2 lagi abah ikut sama, rasa macam x percaya je abah nak ikut..tapi itulah kenyataannya..hehe

tepat jam 11 pagi 2 buah unser mula bertolak dari uia, diiringi oleh 8 orang student..aku,shariah,k.zura,k.midah,abg zul,abg naz,abg nasif dan shukri..termasuklah uncle sham (driver uia,abah dan adik aku,dayah).

perjalanan yg memakan masa selama lebih 5 jam cukup memenatkan..tapi kepenatan itu hilang setelah melihat suasana yg damai dan pemandangan indah di kg husin..SUBHANALLAH..BETAPA HEBATNYA CIPTAAN ILAHI..pokok2 bunga segar menghiasi halaman kg dgn dikelilingi gunung-ganang cukup memukau pandangan..

kami sampai di destinasi lebih kurang jam 5 petang..orang kg menyambut kedatangan kami dengan senyuman yg tak lekang dibibir..inilah sifat penduduk kg yg amat aku senangi..mereka begitu memuliakan tetamu walaupun dalam serba kekurangan.

shukri, abg zul,shariah dan k.zura begitu sibuk berbincang dengan ustaz halim tentang program korban.manakala aku dan yg lain ziarah dari rumah ke rumah untuk memberi sedikit buah tangan yg kami bawa..

tanpa kusedari senja telah melabuhkan tirainya, dan kini menjelmalah malam mengambil tempatnya..kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan tok penghulu dan orang kg..setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai hamba,kami bersiap2 bertolak untuk pulang..

Ya ALLAH, selamatkanlah perjalanan kami..permudahkan segala urusan kami..moga selamat tiba di destinasi..aamiinn..




ahad (16/1/05)

jam 3 petang aku bertolak ke uia ambil shariah dan abg zul..kemudian bertolak ke melaka..dalam perjalanan aku call ayah di sebab nak singgah rumah dia sebelum pergi ke rumah nenek shariah..tepat jam 5 petang kami sampai di rumah ayah di..seronok betul dapat jumpa irfan,nina dan alimi..terubat rasa rindu bermain dgn kanak2 yg comel tu..

tak sampai setengah jam di rumah ayah di, kami mohon untuk pulang kerana masih ada satu lagi destinasi yg hendak dituju..lebih kurang 10 minit kami tiba di rumah nenek shariah..sambutan yg kami terima amat meriah..hidangan jua sudah tersedia di depan mata..hamdulillah..syukur atas rezeki yg dikurniakan..

shariah dan nenek sdg sibuk mencari barang2 yg diperlukan..wah,banyak betul! muat ke nak masukkan dalam keta? moga2 muatlah..aku,abang dan abg zul khusyuk melantak..maklumlah tengah kebulur..hehe

selepas solat maghrib, kami ke beberapa tempat membeli barang2 yg belum terbeli..banyak juga barangnya..hampir sejam berjalan barulah selesai membeli keperluan untuk program korban..kemudian, shariah dan adik2nya sibuk mengangkat barang2 memasak yg dipinjam drpd nenek shariah..jam 9 lbh barulah bertolak pulang ke kuala lumpur...
Ya ALLAH..moga program yg akan berlangsung ini berjalan dengan lancar..aaamiiinnn..





Tuesday, January 04, 2005

RimbuN KeampunaN..

ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
kerana keinginan tidak pernah kesampaian
ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
bangkit semula meneruskan baki perjalanan
ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi kembali langkah pertama
keperitan ku rasakan mengajar erti kesabaran
menyedarkanku insan memerlukanMu
oh tuhan
dirimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
mencari kejernihan disegenap ruang maya
masih ku sedar
ku sedang diperhatikanMu
oh tuhan...
-hijjaz-

Saturday, January 01, 2005

LEMBARAN 2005

sedar tak sedar tahun 2004 telah sampai ke penghujungnya..maka aku bertanya pada diri, apa yg telah ku lakukan sepanjang tahun ini? lalu ku berteleku dan merenung diri..apakah sudah cukup amalan yg ku laksanakan? apakah segala kewajipan telah aku sempurnakan? adakah setiap detik ku mengingatiNya? Ya Rabbi..betapa dhaifnya aku..begitu banyak kekurangan pada diri..ku sedar betapa lemahnya aku tanpa bimbingan dariMu..

Dengan berlalunya 2004, bermulalah kehidupan baru untuk ku harungi..begitu cepat masa berlalu..semakin hari usia semakin meningkat..begitu jua cabaran mendatang..menunggu ku disetiap persimpangan..menghadiahiku sebuah ketabahan..aku hanya berharap padaMu Tuhan..bimbinglah aku menuju redhaMu..Moga ku tidak tersungkur dipertengahan jalan..Agar ku dapat melihat cahaya kasihMu..menyinari disetiap perjalananku..hingga sampai ke destinasi abadi..

Hanya padaMu ku mengharap..meminta..memohon..dan menagih simpati..tiada siapa yg berkuasa melainkanMu..Tuhan yg Maha Mendengar..Maha Melihat..lagi Maha Mengetahui..Dengarlah rintihan hambaMu ini..

tidak ku termampu
merentasi liku2..
oh sungguh ku tak mampu
menghadapi semua itu..
oh sungguh ku tak upaya
jangan dibiarkan
jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman
kan hancur semuanya
rezeki yg tidak disangka2
cukup Allah bagiNya
berkuasa segala2nya
Terima seadanya..
-hijjaz-