Sunday, May 27, 2007

Hari itu

2/5/07 ... 13 rabiulakhir 1428



::ziarah COMRADE::
terima kasih buat COMRADEAN & A.Zahar sekeluarga kerana sudi meluangkan masa menziarahiku dan keluarga. Moga ukhwah yang terbina akan lebih erat terjalin dengan rabitah hati yang disemai cinta & kasih Yang Esa.


3/5/07 ... 15 rabiulakhir 1428

::Bookfair-PWTC::
rasa seronok & bertuah apabila berpeluang ke pesta buku tahun ini. Alhamdulillah..dengan sedikit simpanan dapatla membeli beberapa buah buku idaman=).


12/5/07 ... 24 rabiulakhir 1428

::writing workshop::
Dapat pengalaman baru dan tips untuk menjadi seorang penulis. Banyak perkara yang berkaitan dengan bidang penulisan termasukla perihal hak cipta. Hmm, insyaALLAH ilmu yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin. Mana tahu jadi penulis suatu hari nanti?? =) saya akan kongsikan pengalaman ini dengan sahabat yang berminat..tunggu post terbaru nanti..


19/5/07 ... 2 jamadilawal 1428

::fasi jemputan, SKDN::
berpeluang menjadi fasilitator bagi program bestari solat untuk pelajar tahun 1&2 di Sek Keb Dusun Naning, Hulu Langat Selangor. Modul yang diketengahkan ialah teori&praktikal wuduk&solat. Gang comradean yang lain semua handle budak darjah 2. Aku seorang je kena handle budak darjah 1. Dapat 5 orang adik yang comel dan cute lagi nakal =) (haziq, hakim, habibah, hazirah&Ilya). Seronok dapat berprogram dgn adik2 ni sbb selalunya program aku bersama orang asli je. Kira pengalaman barula.


26/5/07 ... 9 jamadilawal 1428

::Mtest::
hari ni aku ada test untuk pemilihan guru kpli di SMK Puteri Titiwangsa dekat dgn Taman Tasik Titiwangsa. Kat sana aku terjumpa beberapa orang student UIA. Huhuhu..time exam ntah pape..rasa macam lembab je otak ni nak jawab..lagi-lagi bab matematik..dah berkarat dah..banyak gak soalan yang tak terjawab..pasrah ajala..kalau ada rezeki, Alhamdulillah.kalau xde, carila jalan lain. Mungkin ada rezeki yang lebih baik DIA nak berikan padaku=).

Monday, May 07, 2007

berhati-hati!!

Pagi tadi ketika sedang tekun menyiapkan essay Mak Teh (mak saudara) untuk kursus PTK, mama baru pulang dari mendengar kuliyyah agama di surau Bukit Antarabangsa bersama temannya yang merupakan jiran kami, P.Rohana.

Mama seterusnya rancak bercerita tentang apa yang diperoleh daripada kuliyyah yang baru dihadiri. Aku mendengarnya dengan penuh tekun dan minat. Namun, cerita mama itu ada keraguannya. Antara perkara yang dikupas dalam tersebut (mengikut cerita mama):

1) kita tak boleh bersalam-salaman selepas solat sebab itu bukan sunnah Nabi. Nabi tak pernah buat begitu.
2) kalau nak berzikir tak boleh guna tasbih. kena pakai tangan je sebab guna tasbih macam ikut org hindu@budha yang beribadat di kuil. alasannya bila kita mati nanti bawa tubuh badannya je masuk kubur, bukannya tasbih.
3) zikir takleh lebih dari 100 kali (lbh kurg mcm tula ayatnya).

ini hanya sebahagian sahaja..dan saya sempat berbincang dengan sahabat yang faqih dalam bab-bab sebegini. Jawapan beliau kepada soalan2 tadi ialah:

1) salam selepas solat mmg Nabi tak buat tapi digalakkan. Nabi tak buat mungkin keadaan pada masa itu berbeza dgn zaman sekarang sebab zaman Nabi lepas solat terus diadakan kuliah ilmu, namun zaman kita hanya gunakan masjid sebagai tempat ibadah. Dan Nabi s.a.w menggalakkan kita bersalam-salaman ketika bertemu dan apabila hendak berpisah. Bukankah bersalam itu salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah?

2) berzikir tu ada beberapa maksud. Tapi yang jelasnya zikir itu mengingati Allah samada dalam bentuk perbuatan, perkataan atau di dalam hati. Adapun berzikir menggunakan tasbih itu dibolehkan kerana kita gunakannya untuk memudahkan kita mengira bilangan zikir dan tak dikira sama dengan ritual agama budha@hindu.

3)zikir tidak dihadkan kepada jumlah yang tertentu tetapi berzikirlah sebanyak yang kita mampu. Allah menyukai hamba yang selalu berzikir kepadaNYA.


ini merupakan keterangan secara ringkas, jika ada sebarang kekurangan atau kesamaran diharapkan ada yang sudi menegur. Moga kita sama-sama berkongsi ilmu dan memanfaatkannya untuk kebaikan ummah. Jadi berhati-hatilah ketika menghadiri kuliyah agama agar tidak mendapat kekeliruan dalam memahami Islam.

Wallahu'alam.



##syukran lakum 'ala at ta'liqaat##

maafkan saya menulis tentang golongan wahabi tanpa pengetahuan yg cukup. InsyaALLAH saya akan rujuk kembali dan meneliti secara mendalam. Ada benarnya kata "Dhuha Ainnur": (Ustad yang mengaku mengikut pendapat syeikh muhmd abd wahab mungkin keliru . Kekeliruan itu berpunca dari pengikut2nya bukan ra'isnya . Setiap apa yg dilakukan oleh mana-mana syeikhul islam ada sebab-sebab tersendiri , yang mungkin sesuai dengan sesetengah golongan tapi tak sesuai dengan golongan yang lainnya)..
terima kasih juga buat *ambo jie* atas teguran yang membina =). Harapnya ramai lagi yang akan sudi berkongsi ilmu diruangan yang terhad ini, insya ALLAH..

jazakumullahu khairan jaza'