Tuesday, January 04, 2005

RimbuN KeampunaN..

ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
kerana keinginan tidak pernah kesampaian
ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
bangkit semula meneruskan baki perjalanan
ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi kembali langkah pertama
keperitan ku rasakan mengajar erti kesabaran
menyedarkanku insan memerlukanMu
oh tuhan
dirimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
mencari kejernihan disegenap ruang maya
masih ku sedar
ku sedang diperhatikanMu
oh tuhan...
-hijjaz-

No comments: