Thursday, March 03, 2005

sebuah hakikat..

ku merenung dikejauhan
melihat titisan hujan
baru sebentar tadi
panas siang berlalu pergi

alangkah hebatnya keagungan ILAHI
mampu mengubah segala yang ada
tanpa dapat ku menduga
apa yang bakal terjadi

bagaikan rembulan menggantikan mentari
umpama pelangi selepas hujan
itulah ibarat hidup manusia
susah dan senang silih berganti

usah dikesal duka nestapa
ujian melanda tabah menerima
ceriakan pasti datang menjelma
redha ALLAH hadir bersama

insan kerdil sedari hamba
melutut disejadah menangis hiba
mengimbau kenangan hidup dunia
sampai masa kan pergi jua..

hasil nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin

No comments: