Thursday, March 31, 2005

31 MAC..DIARI KEHIDUPAN..

Hari demi hari berlalu..
malam siang silih berganti..
seiring masa berlari
usia menginjak dewasa..

hari semalam telah pergi
meninggalkan 1001 memori..
hari ini menjelma
bersama azam segenggam cita-cita..

pabila mentari terbit didada langit..
ku lihat cahaya menyinari alam..
unggas-unggas ceria berterbangan..
bayu bertiup lembut seakan membelai..
membawa pergi segala duka dan lara..

aku terpaku seketika melihat indahnya alam..
bagaikan mata pertama kali melihat..
sedangkan diri meniti usia dewasa..


begitu singkat masa berlalu..
tanpa ku sempat membilang hari..
lantas ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi..
memberiku peluang mewarnai alam..
mengenal asam garam dunia..

tika dan saat ini..
ku merindu wajah kasih..
belaian lembut ibu yang mesra..
kata-kata ayah yang penuh hikmah..
takkan ku lupa selamanya..
pengorbananmu terhadapku seluas lautan..
keihklasanmu menjagaku tidak terkira..
peluh keringatmu yang membasahi diri bagaikan buih di lautan..
hanya doa tulus yang mampu aku hadiahkan..
agar dikau dirahmati selalu..

wahai ibu ayah tercinta..
ketahuilah bahawa dikau satu anugerah..
bagai cahaya yang menyinari hidupku..
menyuluh jalanku dikala kegelapan..
membimbing daku dilaluan yang lurus..
agar aku terdorong ke jalan yang benar..
tidak tersalah arah persimpangan..
hingga sampai destinasi tujuan..

ku pinta padamu ibu ayah..
iringkan doa di perjuangan..
agar aku terpelihara..
dari segala ranjau dunia..
moga aku kan menjadi insan yang berguna..

ku rayu padamu hai ibu ayah..
pohonkan pada kasih ILAHI..
agar aku menjadi anak solehah..
yang tidak lupakan jasa-jasamu..
dan sentiasa mengingatimu dalam setiap doaku..
moga ku akan sentiasa kenangimu..
walau ku berada dipuncak jaya..

ku memohon pada Yang Maha Mendengar..
KAU satukanlah hati-hati kami..
dalam mencari keredhaanMU..
izinkan kami bersama..
tika tidur dalam kerinduanMu..


hasil nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin



No comments: