Tuesday, December 06, 2005

Kenangan raya..























selepas tamat program masuk kg pelantok..beberapa orang ahli comrade yang masih setia di uia telah bersepakat untuk mengadakan trip.."jalan2 cari makan raya" di beberapa rumah member comrade tak kira yang baru @ lama...antara rumah2 yang terpilih pada hari tersebut Jumaat,18/11/05..ialah rumah Husni dan Mastura..2 buah rumah pegawai jheoa juga tidak terkecuali dalam senarai program pada hari itu..pegawai yang bertuah ialah che wan dan pak cik harun syariah..rumah seorang lagi pegawai yang tidak asing bagi comrade tidak dapat dihadiri kerana masa amat mencemburui rombongan comrade yang sememangnya hebat dalam bab makan-memakan...minta maaf ye abg zahar..insya allah rombongan comrade akan tiba pada kemudian hari..memang makan sakanlah hari tu..sampaikan tengok makanan pun dah xde feeling lagi..rombongan ini menaiki 1 van, 1 kereta ihsan drpd sahabat kenalan comrade, iaitu abg rafiq..dan 1 motor..program bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam...napa, x percaya??percayalah..hehehe...

pada hari ahad pula..20/11/05..warga comrade yang still available di uia dan sekitar kl dijemput ke jamuan ringkas hari raya di rumahku..tidak dilupakan buat pegawai jheoa yang tidak jemu membantu dan menyokong kami dalam setiap program yang dijalankan, iaitu che wan,abg zahar dan pakcik harun syariah..tapi malangnya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana masing2 mempunyai urusan tersendiri..walau apa pun..majlis tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil ahli comrade dan pakcik harun...moga kemeriahan ini akan bertambah pada masa akan datang....

dan pada 23/11/05 - 26/11/05,beberapa orang ahli comrade telah menjelajah kelantan dan meraikan hari raya bersama sahabat2 yang berwarganegara kelantan walaupun syawal sudah hampir ke penghujungnya..banyak undangan yang diterima tapi tidak kesemua undangan dapat dihadiri...kami mohon maaf ye..janganlah jemu ajak kami lagi..insya allah jika diizinkan, kami akan pergi lagi..mana tau pergi makan nasi minyak pula nanti...hehehe..

No comments: