Saturday, January 28, 2006

apa khabar??

26/1/06

aku tiba2 membatalkan niatku untuk mengikut sahabat2 yang lain ke kg husin disebabkan masalah telingaku..aduhh,sakit sungguh..jadi aku cuma ke kampus untuk menyiapkan tugasan biro modul yang belum selesai untuk diserahkan pada Nas..nasib baiklah modul2 untuk workshop Nas dah siapkan..terima kasih ye Nas..

tepat pukul 3 petang aku dan kawan2 yang lain berkumpul di tangga besar menunggu bas..sebelum berangkat sempat aku kirim sedikit barang makanan buat keluarga angkat di sana..tak dapat pergi bagi hadiah pun jadilah..masa untuk berangkat telah tiba..aku bersalaman dengan sahabat2 seperjuangan yang akan meninggalkanku buat seketika..jah,k.yati,k.zura,k.midah,zuni,mas,nadiah dan lain2..selamat jalan ku ucapkan..sampaikan salamku pada sahabat2 yang lain..moga keberkatan mengiringi harimu di sana!

sedih juga bila melihat bas sudah bergerak jauh ke hadapan..aku bersendirian di situ,merenung jalan yang kosong..ahh,mungkin ada hikmahnya aku tak pergi..ya,mungkin..



27/1/06

aku hanya menghabiskan masa cutiku di rumah..serasa tiada mood untuk melakukan kerja2 kuliahku yang berlambak2..ditambah dengan denyutan ditelinga yang membuatkan aku rasa tidak bermaya..aduhh,sakitnya!rasa ingin ku berjumpa doktor sekarang juga..tapi keadaan belum mengizinkan..tika ku keseorangan,aku sering terfikir apa khabar sahabat2ku di sana?sihatkah mereka?adakah program berjalan seperti yang dirancang??aku doakan mereka berjaya dan kembali ke kampus dengan selamat..



28/1/06

sakitnya bertambah2 sehingga mengganggu tidurku..apa yang sebenarnya berlaku,aku tidak pasti..pukul 9.30am kedua ibu bapaku membawaku berjumpa pakar telinga..hampir 2jam menunggu barulah aku dipanggil masuk..semasa rawatan doktor memberitahu bahawa telingaku bengkak dan bernanah,dan nanah itu sudah sampai ke gegendang..tekanan telinga telah diambil,,dan kakak jururawat menjelaskan bahawa tekanan telinga kananku 185 melebihi tahap normal 50..dia menambah lagi aku bernasib baik kerana keadaan aku masih boleh dirawat..jika tekanannya melebihi 200,maka kritikallah jawapannya..gegendang telinga aku juga mungkin rosak..ya allah..hebat juga penangan sakit ini..aku berdoa moga Kau sembuhkan penyakit aku ini Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh..

2 comments:

waris said...

Salaam.. saya sihat alhamdulillah.. apa khabar sudah telinganya? (salam ini dari warga e-sastera juga.. :))

mustabsyirah said...

alhamdulillah..telinga ini sudah hampir sembuh setelah di ganyang2 oleh doktor =)..terima kasih sdr waris..salam juga buat semua warga e-sastera!