Friday, January 13, 2006

mmm...

pagi2 dah ada exam..tak taula jawab apa..semalam xleh nak tidur pun..lepas tu kelas research..subject yang paling pening..dah sebulan kelas tapi baru je dapat tajuk..next week dah start present..hai,,tak taula tajuk ni akan diterima ke tak..moga2 berjayala..lepas kelas pukul 12, ada usrah comrade di masjid..bila dengar tazkirah dan kata2 membina daripada sahabat2..barulah rasa terubat sikit hati ni..kepala yang berserabut tadi tenang seketika..daripada memikirkan kesudahan yang belum tentu..perkara yang dibincangkan dalam usrah ialah bersyukur..ya,syukur dengan segala nikmat pemberianNya..biar pun dalam bentuk nikmat kesenangan mahupun ujian..dan kita perlu seimbangkan antara 2 perkara..iaitu khauf (takut) dan raja'(harapan)pada Allah..kita tidak terlalu takut dengan hukuman dan balasan kerana pada masa yang sama Allah itu sebenarnya ghafurur rahim (pengampun dan penyayang)..begitu juga raja'..kita tak boleh terlalu mengharap segalanya dengan Allah kerana Allah itu juga syadidul 'iqab (pemberi balasan yang dahsyat)..jadi,kita perlu seimbangkan kedua2nya supaya kita mendapat kasih sayangNya dan terhindar daripada seksaNya..sebagaimana kita melihat burung yang dapat terbang tinggi kerana ia dapat seimbangkan 2 sayapnya..tapi ada 1 perkara yang tiada hadnya..iaitu cinta..sebagaimana kata2 "there is no condition in love"..begitulah cinta Allah terhadap kita..Dia memberi segala2nya dapat harapkan bayaran..dan mendapat semuanya dengan percuma..sepatutnya kita lebih menyayangi dan cintai Allah daripada segala2nya..sedangkan kita lihat..bila seseorang itu jatuh cinta pada insan dia akan menerima insan tersebut sepenuh rela walau dia tahu ada kelemahan pada dirinya..apabila cinta berbunga..segala yang dilihat dirasakan indah..inikan pula Tuhan pencipta segala..kepadaNyalah kita meminta..kepadaNya jua kita memohon pertolongan..jadi..mengapa tidak kita cintakanNya sepenuh hati..tiap waktu dan ketika..kerana Dia tidak pernah lupa pada hambaNya walau seketika..betapa dalamnya cinta Ilahi pada hambaNya..tapi ramai yang tidak mengerti..jadi dambalah cintaNya..moga mendapat keredhaan..

JIKA CINTAKAN BUNGA..BUNGAKAN LAYU..
JIKA CINTAKAN MANUSIA..MANUSIAKAN MATI..
JIKA CINTAKAN ALLAH..DIA KEKAL ABADI..

No comments: