Monday, July 17, 2006

permulaan detik baru..

semester 1 sesi 06/07 baru seminggu bermula..tahun pengajian sesi 06/07 ini merupakan titik noktah bagiku untuk menamatkan pengajian dalam ijazah pertama..serasa baru sahaja aku menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi ini..menyusuri jejak pejuang2 ilmu demi menimba secangkir makrifah buat pedoman dan panduan hidup..sememangnya lorong yang dilalui berliku-liku, penuh onak dan duri yang menanti disepanjang perjalanan..jika goyah tika melangkah pasti kan tersungkur dipertengahan jalan..jika diri tiada prinsip pasti kan keliru memilih arah dipersimpangan..jangan pula diri tersesat hanya kerana lupa tempat berpijak..bagi pejuang kesukaran dan kepayahan yang dirasai bak perhiasan indah yang mengiringi perjalanan, mehnah hidup ditempuh dengan ketenangan dan senyuman tabah..tiada apa yang dipinta melainkan menuju matlamat yang satu..godaan dan cobaan ditangkis dengan perisai iman..hanya doa dan tawakkal pada Yang Maha Mengerti menjadi penghibur diri..moga aku lebih tabah menyusuri jalan ini..KAU teguhkan keyakinanku menghadapi dugaan mendatang..hanya redhaMU kudambakan..bahagiakan aku dengan hembusan bayu kasihMU..agar aku gagah untuk terus menggapai cintaMU...

No comments: