ku panjatkan syukur pada Ilahi..moga kasihNya sentiasa menghiasi..memang Dia setia mengasihi..setiap insan yang ingin dikasihi..ku layangkan ucapan TAHNIAH! buat adik tersayang MUHAMMAD TAUFIK atas kejayaannya dalam PMR baru2 ini..moga kejayaan ini akan berpanjangan Insya Allah..gembira hati tak terkira..tatkala melihat wajah ceria ayahbonda..titisan mutiara berguguran..tanda puas dan syukur atas nikmat pemberian..bibir mengukir senyum sehalus makna..rupanya diam ayahbonda diisi doa berpanjangan..pamer wajah beriak tenang..sebenarnya harapan bersinar di mata..ku betah mengerti hati mereka..semenjak dulu hingga kini..tetap syukur dengan segala..Alhamdulillah..moga kebahagiaan setia menemani perjalanan hidup ini..AAMIIn..
ku juga mengharap moga adikku HIDAYAH akan mendapat keputusan yang baik dalam STPM..moga Allah perkenankan doa..dan adikku SYIKIN dan juga SYUKUR..berjuanglah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu..tiada apa yang lebih berharga melainkan ilmu di jiwa...moga semuanya akan berjaya menjadi insan yang berguna..insya allah..
hIdUp InI sEIndAh pElAngI,sEcErIA mEntArI pAgI,nAmUn IndAhnyA cUmA sEkEtIkA,kAn bErlAlU jUA bIlA tIbA mAsA..
Thursday, December 29, 2005
Friday, December 16, 2005
impian mendatang..
ku masih merenung jalan yang terbentang..ke manakah penghujungnya?? ku masih keliru dengan haluan yang sedang ku lalui kini..betulkah ini jalannya?? sungguh ku tak pasti apa yang bakal ku temui dan hadapi di sepanjang perjalananku nanti..apakah di sana ada cahaya yang akan menyinari lorong suram kelam itu..lantas menunjukkan aku jalan yang sebetulnya..kadangkala aku punya keberanian menyusuri jalan yang berliku penuh dengan onak dan duri...namun ketika lainnya serasa diri ini tidak mampu mengorak langkah walaupun jalan itu berdiri lurus terpana di depanku..pada ketika lainnya,ku tak dapat meneka bilakah hujan dan panas..firasatku tak upaya untuk mengetahuinya..pernah ku kebasahan tika ditimpa hujan dalam perjalanan..dan aku juga pernah mengharungi perjalanan dalam keadaan dahaga di bawah panas bahang mentari yang amat memeritkan..pabila tiba di persimpangan jalan..aku buntu memilih jalan..ku cuba meneliti dan menilai..menggunakan anugerah aqal sebaiknya..agar aku tak tersalah pilihan..ku teruskan lagi perjalanan...rupanya jauh sudah aku berjalan..tapi perjalanan ini sebenarnya lebih panjang..entah di mana penghujungnya..aku tidak tahu..cuma aku akan teruskan perjalanan hingga sampai destinasi yang terakhir..ku mengharap pada Yang Maha Mengetahui..agar Dia membimbingku menuju jalannya..jalan orang2 yang diberi nikmat dan redhaNya...
Friday, December 09, 2005
salam perjuangan..
salam perjuangan ku hulur khas buat sahabat2 yang ditaklifkan sebagai board COMRADE untuk sesi 05/06 pada tarikh keramat 8/12/05 bersamaan hari khamis...tanggungjawab yang dipikul ini merupakan amanah dari PENCIPTA...maka laksanakanlah amanah ini dengan setulus hati berpaksikan kesabaran dan ketenangan..agar visi dan misi yang kita impikan akan menjadi realiti...jangan bimbang dan berasa gundah hai sahabat2ku...dikau tidak keseorangan dalam mengharungi ranjau perjuangan dakwah ini..ketahuilah bahawa kasih Ilahi sentiasa mengiringimu setiap waktu dan ketika..dan jangan kau lupa bahawa dikau masih mempunyai sahabat2 yang setia menyokongmu dan menghulurkan tangannya di saat dikau tersungkur..sentiasa bersamamu di kala sendu dan sendawa..seiring sejalan mengorak langkah menuju puncak jaya...kita semua adalah satu..kerana kita punya cita yang sama..mendamba cinta hakiki...bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..
Tuesday, December 06, 2005
Kenangan raya..

selepas tamat program masuk kg pelantok..beberapa orang ahli comrade yang masih setia di uia telah bersepakat untuk mengadakan trip.."jalan2 cari makan raya" di beberapa rumah member comrade tak kira yang baru @ lama...antara rumah2 yang terpilih pada hari tersebut Jumaat,18/11/05..ialah rumah Husni dan Mastura..2 buah rumah pegawai jheoa juga tidak terkecuali dalam senarai program pada hari itu..pegawai yang bertuah ialah che wan dan pak cik harun syariah..rumah seorang lagi pegawai yang tidak asing bagi comrade tidak dapat dihadiri kerana masa amat mencemburui rombongan comrade yang sememangnya hebat dalam bab makan-memakan...minta maaf ye abg zahar..insya allah rombongan comrade akan tiba pada kemudian hari..memang makan sakanlah hari tu..sampaikan tengok makanan pun dah xde feeling lagi..rombongan ini menaiki 1 van, 1 kereta ihsan drpd sahabat kenalan comrade, iaitu abg rafiq..dan 1 motor..program bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam...napa, x percaya??percayalah..hehehe...
pada hari ahad pula..20/11/05..warga comrade yang still available di uia dan sekitar kl dijemput ke jamuan ringkas hari raya di rumahku..tidak dilupakan buat pegawai jheoa yang tidak jemu membantu dan menyokong kami dalam setiap program yang dijalankan, iaitu che wan,abg zahar dan pakcik harun syariah..tapi malangnya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana masing2 mempunyai urusan tersendiri..walau apa pun..majlis tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil ahli comrade dan pakcik harun...moga kemeriahan ini akan bertambah pada masa akan datang....
dan pada 23/11/05 - 26/11/05,beberapa orang ahli comrade telah menjelajah kelantan dan meraikan hari raya bersama sahabat2 yang berwarganegara kelantan walaupun syawal sudah hampir ke penghujungnya..banyak undangan yang diterima tapi tidak kesemua undangan dapat dihadiri...kami mohon maaf ye..janganlah jemu ajak kami lagi..insya allah jika diizinkan, kami akan pergi lagi..mana tau pergi makan nasi minyak pula nanti...hehehe..
Sunday, December 04, 2005
kenangan aidilfitri di pelantok

KERANA CINTA..
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat luka damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
"cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi..demi meraih cinta sejati insan berbudi untuk berbakti.."
"kerana cintakan saudara...bakti ditabur budi disemai...,
kerana cintakan agama...pejuang tak betah mengharung badai...,
kerana cintakan PENCIPTA...hati setulus suci tetap setia mendamba cinta sejati..."
...kenangan COMRADE di kg Pelantok,sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga angkat tersayang..moga kasih yang bersemi kan tetap utuh di sanubari..agar sayang yang tersemai sentiasa harum mewangi bak haruman kasturi di kala fajar menyinsing...
Saturday, December 03, 2005
salam tautan mahabbah..
hamdulillah..pujian kesyukuran ku panjatkan buat Yang Esa,pencipta segala..berlalulah sudah ramadhan..juga syawal telah pergi meninggalkan kita,bersama laungan takbir kemenangan,menghadiahi sebuah kenangan,agar menjadi panji pedoman..
kini ku kembali ke taman ilmu dan budi..meraikan teman seperjuangan yang sudi..cuba kotakan ikrar untuk berbakti..mencari secalit ilmu di hati..moga diri dirahmati..impian kan jadi realiti..
salam perjuangan buat sahabat2 di iium,especially comradian!! teruskan perjuangan kita...jangan biarkan diri kalah dengan dugaan dan cabaran...moga Allah sentiasa bersama..di kala sendu dan sendawa...

Wednesday, October 26, 2005
perginya ramadhan...hadirnya lebaran..
baru semalam ku ketemunya..hari ini dia ingin kembali..hatiku gamat dilimpah hairan..diri bergelut 1000 persoalan..sebentar bangat pertemuan kita..kasih belum bertaut erat..cinta belum berbunga riang..kau mula melangkah pergi..serasa belum puas hatiku..mengenali siangmu..serta berbicara pada malammu..merungkai dilema rahsia cinta..ku cuba menghitung hari..siang malam silih berganti..benar waktumu telah mati..menunggu saat diri diganti..terkedu diri menahan sebak..hati sepi merintih sayu..titisan mutiara mengalir laju..sebagai hadiah sebuah perpisahan..pergilah dikau hai ramadhan..datangmu dulu membawa barakah..sepanjang ziarahmu rahmat kau hadiahkan..pergimu menjanjikanku syurga kenikmatan..moga bertemu lagi di lain masa...SALAM LEBARAN!!
perjuangan..keazaman..kegigihan..
salam kedamaian ku hulur lagi buat insan pejuang..moga sejahtera menyapa menyambut tenang..begitulah kiranya sikap pejuang..tiada secubit gelisah terpalit mengganggu walau diri dilanda ombak pancaroba..betapa teguh dan kukuh tembok jiwa itu pabila diisi mutiara iman..hanya keyakinan bertaut dan kejap dikalbu..mengharap pintu jaya terbuka..agar sinarnya menghiasi perjalanan mencari erti cinta..salam perjuangan buatmu pejuang..moga kejayaan milikmu!!
Saturday, October 08, 2005
RAMADHAN KARIM..
SALAM KEMULIAAN RAMADHAN PENUH KEBERKATAN..SAMBUTLAH KEDATANGANNYA DENGAN ZIKIR DAN TASBIH..AGAR KEHADIRANNYA MEMBAWA SINAR KEINSAFAN DALAM DIRI..MOGA PERGINYA NANTI MENINGGALKAN 1001 KEBAIKAN BUAT KITA..PADANYA ADA LAILATUL QADAR..MALAM TERBAIK LEBIH DARI 1000 BULAN..AMALANNYA PAHALA DIGANDAKAN..KEBERKATAN MELIMPAH RUAH..BERLUMBA2LAH BERBUAT KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN..MAKA BARANGSIAPA MENGGUNAKAN WAKTU RAMADHAN DENGAN SEBAIK2NYA MAKA KEBAIKANLAH BALASANNYA..BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG MENGHIDUPKAN MALAM DI BULAN RAMADHAN...MOGA LIMPAHAN KURNIA ILAHI SENTIASA MENGIRINGINYA BAK AIR SUNGAI YANG MENGALIR...
Wednesday, September 28, 2005
kekalutan meruncing...
dah lama x poting sebab banyak komitmen..lebih2 waktu hampir musim exam..rasa bagai kekalutan itu bertambah runcing dan begitu membimbangkna..kedahsyatannya mengalahkan serangan taufan katrina n rita ke atas selatan amerika...rasa x cukup oksigen untuk menyiapkan tugasan yg belum siap..mm,beginilah keadaan setiap kali hujung sem..meriahnya kekalutan sebab semua orang berada dlm keadaan yg sama..heheheh...lawak pula rasanya..anyway..ku cuba lakukan yang terbaik demi diri n keluarga tercinta..takkan ku biarkan diri ini tunduk pada kepayahan n kesulitan..tapi kan ku jadikan kepayahan n kesulitan ini sebagai jalan menuju ke gerbang jaya...moga ALLAH permudahkan urusan n perkenankan doa...AmiiiN!!!
Thursday, September 08, 2005
ketahuilah..
dalam mengejar impian, halangan & cabaran datang menerpa bak singa lapar..rakus menerkam mangsa..tika ini ketabahan dan kesabaran perlu ada pada diri..agar dapat bertahan dari dibaham dek kerakusan halangan dan cabaran itu..tika jiwa gundah gulana dilanda ombak dugaan, tiba2 angin ketenangan hadir bersama bisikan azimat kalam.."jangan bersedih hai pejuang..setiap kesukaran,kepahitan dan kesakitan yang kau rasai ini pasti akan diganti dengan kemanisan dan kejayaan..ingatlah bahawa perjuangan itu memerlukan pengorbanan.." bicara kata itu terus menusuk kalbu dan serasa meresap ke segenap urat nadi..memberi satu kekuatan baru pada diri..dikala sepi menggamit suasana..diri berkata:"ya allah..akan ku tabahkan diri ini untuk menggapai cintaMu..akan ku gagahkan jiwa ini agar dapat ku berteduh di bawah rendang pohon kasihMu..ku pohon redhaMu..agar daku mampu untuk mengorak langkah menuju jalanMu"..
Thursday, August 18, 2005
warna persahabatan..
Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkarSemua menganggap dirinyalah yang terbaikyang paling pentingyang paling bermanfaatyang paling disukaiHIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting.Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua hewan akan mati.Lihatlah ke pedesaan, aku adalah warna mayoritas..."BIRU menginterupsi:
"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan danawan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan.Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"KUNING cekikikan:"Kalian semua serius amat sih?Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia.Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning.Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum.Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."
ORANYE menyusul dengan meniupkan trompetnya:"Aku adalah warna kesehatan dan kekuatan.Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi kebutuhan kehidupan manusia.Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah wortel, labu, jeruk, mangga dan pepaya.Aku tidak ada dimana-mana setiap saat,tetapi aku mengisi lazuardi saat fajar atau saat matahari terbenam.Keindahankubegitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalianakan terbetik di pikiran orang."MERAH tidak bisa diam lebih lama dan berteriak:"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian.Aku berani untuk bertempur demi suatu kausa.Aku membawa api ke dalam darah.Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan."Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan.Raja, Pemimpin dan paraUskup memilih aku sebagai pertanda otoritas dan kebijaksanaan.Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."Akhirnya NILA berbicara
lebih pelan dari yanglainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam.Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal.Aku merepresentasikan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut.Kalian membutuhkan aku untuk keseimbangan dan kontras, untuk doa dan ketentraman batin."Jadi, semua warna terus menyombongkan diri,masing-masing yakin akan superioritas dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras.Tiba-tiba, sinar halilitar melintas membutakan.Guruh menggelegar.Hujan mulai turun tanpa ampun.Warna-warna bersedeku
bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.
Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:"WARNA-WARNA TOLOL, kalian bertengkar satu sama lain,masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kaliantahu bahwa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeda?Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekatihujan, yang kemudian berkata:"Mulai sekarang, setiap kali hujan mengguyur,masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagaibusur warna sebagai pengingat bahwa kalian semua dapat hidup bersamadalam kedamaian.
Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."Jadi, setiap kali HUJAN deras menotok membasahi dunia, dan saatPelangi memunculkan diri di angkasa marilah kitaMENGINGAT untuk selaluMENGHARGAI satu sama lain.MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIKKITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIADAN SAAT KITA MENYADARI PEMBERIAN ITU, LEWAT KEKUATAN VISI KITA,KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....
Persahabatan itu bagaikan pelangi:
Merah bagaikan buah apel, terasa manis di dalamnya.
Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.
Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.
Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.
Biru bagaikan air jernih alami.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.
Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.
Beng2kris
Wanita Sholihah adalah qonitat (Taat) Hafidzat (Menjaga Diri), Karena Allah telah memelihara (Kehormatan) dirinya. (An Nisa:34)
Wednesday, August 03, 2005
diri
tiap kali mata terbuka dari lena..
tiap kali itulah diri bingkas dari hamparan menung yang panjang..
menilik diri meneliti sanubari..
semalam pergi membawa duka silam..
hari ini hadir bersama semangat juang membara..
langkah perlahan dipercepatkan..
ayunan longlai terus gagah berpijak..
cuba mendaki puncak tertinggi..
dulu, kini dan selamanya..
diri akan terus mendaki..
keazaman jiwa yang hampir sirna suatu ketika dulu, kini telah pulih oleh azimat kalam..
tiada apa yang dapat menerobos teguh benteng keyakinan..
tiada yang mampu memecahkan kukuh tembok keberanian..
diri tetap gagah berdiri..menuju cita yang satu..

Thursday, July 21, 2005
Empat (4) golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka
Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman Allah S.W.T.:-
"Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN
Tuesday, June 14, 2005
Beringatlah!!
22 tanda hari kiamat semakin hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10.Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11.Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13.Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15.Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16.Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17.Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19.Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22.Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Monday, June 13, 2005
The Holy Prophet's advice
Enes Ibn Malik reports that a Bedouin came to the Messenger of Allah and greeted him in the mosque. The Messenger of Allah asked him where he came from. The Bedouin said:" I came from far seeking answers to some questions". Our master told him to ask his questions":
I wish to be an intelligent man, what should I do?
Holy Prophet Replied, "Fear Allah".
I wish to be a loyal servant to Allah and do what He wants me to do?
Holy Prophet Replied, "Read the Qur'an."
I wish to be enlightened and have peace of heart?
Holy Prophet Replied, "Remember Death".
I wish to be protected against enemies?
Holy Prophet Replied, "Trust in Allah".
I wish to follow the Straight Path?
Holy Prophet Replied, "Do good to others for Allah's sake".
What should I do so that Allah does not abase me?
Holy Prophet Replied, " Do not respond to the desires of your flesh".
I wish to have a long life?
Holy Prophet Replied, "Praise and thank Allah".
I wish for prosperity?
Holy Prophet Replied, "Be in a state of ablution at all times".
How can I save myself from the hellfire?
Holy Prophet Replied, "Protect your eyes and your tongue and your hands and what is below your waistline against evil".
How can I cleanse myself from my sins?
Holy Prophet Replied, "Shed tears for what you have done and repent by undoing what you have done wrong".
I wish to be a respectable person?
Holy Prophet Replied, "Then, don't ask for anything from anybody".
I wish to be honorable?
Holy Prophet Replied, "Then don't divulge the wrong doings of anybody".
What should I do to protect myself from the tortures of the grave?
Holy Prophet Replied, "Recite the Surah Mulk".
What should one do to be rich?
Holy Prophet Replied, "Read the Surah Muzammil".
How should I calm my fear of the day of last judgment?
Holy Prophet Replied,"Remember Allah before you eat anything and before you sleep".
What should I do to feel the presence of Allah when I make my prayers?
Holy Prophet Replied,"Give the utmost care in taking your ablutions and in being clean and pure.

Wednesday, June 08, 2005
as sodaqah
الصداقه
الصداقه للمصلحه تزول والصداقه مدينه جميله مغلقه مفتاحها الوفاء سكانها الأوفياء.الصداقه صدق والصدق حب والحب أمل والأمل تحقيق والتحقيق صعب.الصداقه شجره,بذورها الوفاء وأغصانها الأمل وأوراقها السعاده.الصداقه ورده,نسيمها الحب وذبولها الموت.الصداقه زهره لابد أن نرويها بماء الوفاء ونحيطها بتراب الإخلاص حتى تظل دائماً.الصداقه كلمه صغيره تحمل في جوفها معاني كثيره ومفاهيم واسعه, فالصداقه ليست تعارفاً بين أشخاص وحفظ أسماء وإبتسامات وزيارات وروايات يتبادلها الأفراد فيما بينهم , فمعنى الصداقه الحقيقيه هي{تلاحم شخصين في شخصيه واحده وتحمل فكراً واحداً} وللأسف أصبحنا في هذا العصر الحاضر نبحث عن الضوء في عز النهار.كم من صديق باللسان وحينماتحتاجه فلا يقوم بواجبإن جئت تطلب منه عوناً لمتجد إلا اعتذاراً بعد رفع الحاجبيخفي ابتسامته كأنك جئتهبمصائب ورميته بمصائب

easy...diificult...
Easy is to get a place in someone's address book.
Difficult is to get a place in someone's heart.
Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes
Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue
Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound...
Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness
Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...
Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...
Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...
Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side...
Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up...
Easy is to enjoy life every day.
Difficult is to give it real value...
Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...
Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day...
Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...
Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...
Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so as not to lose it.
Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...
Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt...
Easy is to receive
Difficult is to give
Easy is to read this
Difficult is to follow it
Easy is to keep a friendship with words
Difficult is to keep it with meanings.
...when u feel that eVeRyThinG iS GoiNg wrOnG.. it iS juST Allah'S Way To MakE OuR SpiRiTS sTrong..

Monday, June 06, 2005
penantian..
hamdulillah..hari ni tamatlah semua kelas..tak sangka semua madah dah habis..hmm..tapi ingat, exam bakal menjelang..moga aku buat yang terbaik..inilah peluang untuk membaiki kelemahan lalu..rabu ni nak balik rumah..seronoknya nak jemput abah balik...tak sabar rasanya..
aku masih lagi dalam proses menyiapkan nukilan...xtaula bila nak habis..kena cari idea ni..masalahnya idea xberapa ada...xpe2..aku akan siapkan juga nanti..insya allah..harap dapat siapkan dalam masa terdekat ni..apapun cuba sehabis baik..jangan putus asa..bak kata pujangga: "kalau hendak ke pulau idaman, perlulah engkau meningglkan pantai"..so, susah dan senang itu memang adat dalam berjuang..cuma kita perlu tabah menghadapinya agar kita dapat merasai kemanisannya pada akhir nanti..
aku boleh!!

Thursday, May 26, 2005
lagi pertemuan..
hamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang ilahi dapat lagi aku mencoret warkah sepi ini..sekian lama rasanya halaman ini terbiar sepi tanpa seuntai bicara..tanpa disedari rupanya aku sudah hampir dipenghujung sem3..masya allah cepat sungguh masa berlari..pantas meninggalkan aku tanpa sebarang ingatan..
baru 2 mggu lepas aku n teman seperjuangan comrade telah menjelajah ke kg aring 5, gua musang kelantan..selama 2 hari kami di sana banyak peristiwa pahit dan manis yg tercipta menjadi kenangan untuk diabadikan bersama..cabaran baru telah kami temui apabila berdepan dengan kaum bateq yang sangat sensitif dan pemalu..inilah pertama kali bagi aku berhadapan dengan orang asli dr kaum bateq setelah beberapa kali mengikuti program..
pabila ku lihat kehidupan mereka yang serba dhaif dan kurang dr segala segi..hatiku kuat menanam azam untuk terus berjuang membela nasib saudara seagama..moga allah permudahkan urusan dan membuka pintu hidayah buat mereka yang hatinya telah lama terpenjara..ku harap padamu ya allah kau tetapkan hati dalam menuju jalanMu..
esok aku balik nak hantar abah ke tanah suci..moga pemergian abah ke sana akan membawa pulang secebis barakah buat kami sekeluarga..kami menanti kepulanganmu abah dengan penuh pengharapan..moga dirimu dinaungi kasihNya..jangan lupa doakan kesejahteraan kami di sini..moga abah selamat pergi dan pulang..

Subscribe to:
Posts (Atom)