Thursday, December 30, 2004

Peringatan!!

Allah tlh menjelaskan di dalam kitabNya yg mulia bahawa Rasul diutuskan sbg pembawa berita gembira bg org yg beriman dan memberi amaran serta peringatan buat mereka yg ingkar..
Namun, walau tlh didatangkan peringatan dan amaran betapa azabnya seksa Allah pd org yg ingkar n berpaling dr agamanya..masih ramai lg insan yg tidak sedar akan hakikat ini..Malah dewasa ini,dapat kita lihat perkara yg halal diharamkan dan yg haram menjadi halal..insan yg berbuat baik akan dipandang serong manakala yg jahat pula dipuji dan disanjung..mengapa perkara ini terjadi wahai sahabat?
Marilah kita renungi kembali kisah nabi2 dan umat2 yg terdahulu bagaimana Allah mendatangkan azab pd kaum 'ad dan thamud..juga pd firaun yg sombong dan Qarun yg lupa diri..Allah itu Maha Agung dan Maha Kuasa..dan Dia berkuasa ke atas segalanya..Jika Allah kata "kun..fa yakun!" Tiada siapa dpt menolong dan membantu..
Jadi, mengenai kejadian ombak Tsunami yg melanda beberapa kawasan di Asia beberapa hari lalu, yg tlh mengorbankan beribu2 jiwa..bukanlah suatu tragedi..ini juga merupakan satu peringatan drpd Yang Esa..kerana tiada suatu pun yg terjadi di muka bumi ini melainkan dgn kehendakNya..Peringatan yg membawa berita bahawa hari yg dijanjikan itu akan tiba..bersedialah untuk menghadapinya...
Oleh itu wahai sahabat...marilah kita muhasabah diri..sedarlah bahawa kita adalah milikNya..dariNya kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali..Justeru, perbaiki diri dan tingkatkan iman..moga kita pergi dalam husnul khatimah dan mendapat tempat yg diredhai..AAMMIIN!

No comments: