Tuesday, June 05, 2007

demi masa






"Demi masa..sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr: 1-3)



Benar apa yang diberitakan oleh kalamullah, kebanyakan manusia sentiasa hidup dalam kerugian. Setiap waktu yang hadir hanya digunakan dan dipenuhi dengan amalan yang merugikan. Setiap detik, saat, minit dan jam yang berlalu itu..manusia tidak pernah menghitungnya. Hidup ini dirasakan tiada berpenghujung..dan manusia merasa yakin bahawa esok pastikan tiba. Manusia menilai hidup dunia merupakan segala-galanya. Harta, pangkat, darjat dan kemewahan..semua itu perlu dicari, dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Tidak kira yang kaya mahupun miskin, semua mahu merasa hidup dalam kesenangan. Justeru, siang dan malamnya hanyalah untuk mencari wang ringgit. Kerana bagi mereka, wanglah segala-galanya pada zaman ini.

Sahabat, mari kita menghitung diri. Renungi kembali masa dan waktu yang telah menjauh. Adakah kita pasti bahawa kehidupan dunia ini kekal abadi?? Tidakkah kalian percaya bahawa semua makhluk akan mati?? Bagaimana pula dengan usia yang kian meningkat..dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Benar, kita tidak mampu mengembalikan masa yang telah pergi. Justeru, sedarlah bahawa masa yang datang itu sangat singkat. Dan setiap detik yang hadir itu perlu dihiasi dengan amalan baik yang memberi manfaat buat diri. Janganlah menyesali masa lalu, kerana waktu yang telah pergi tidak akan kembali lagi sebagaimana kata Imam Al-Ghazali: "Yang jauh itu masa". Oleh itu, beringatlah!! Lakukanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: 1- sihat sebelum sakit, 2- kaya sebelum miskin, 3- lapang sebelum sempit, 4- masa muda sebelum tua, 5- hidup sebelum mati. Carilah bekalan sebanyak-banyaknya untuk kehidupan di alam abadi.



Ingatlah..Hidup ini satu perjalanan..Dunia merupakan tempat persinggahan..Akhirat jua destinasi tujuan..



-moga beroleh syurga abadi-



No comments: