nazam: kasih ayah dan ibu
ibu mengandung 9 bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan
cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya
harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu merasa sakit
9 bulan tidak berbangkit
setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidurpun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa
berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahla jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung
tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidurpun tidak lekat di tilam
rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah diampai kering dipinggang
didukung galas tidak berengggang
kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman
hai segala anaknya adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan
syukur tidak terhingga pada yang Maha Esa,memberiku peluang melihat wajah dunia pada tarikh keramat ini..dan yang paling ku hargai,jasa dan pengorbanan ibu ayah tercinta membelai dan mengasuhku hingga sampai ke tahap ini..tanpa kasih sayang mereka,tiadalah aku sempat membuka mata menghela sehembus nafas di bumantera Ilahi ini..ya, pabila tiba hari ini, ramai yang mengucapkan kata2 selamat dan doa kepadaku..namun, lupa aku untuk mengucapkan penghargaan buat ibu ayah tercinta sempena hari kelahiran ini..bukan aku yang patut diraikan, tapi ayah dan ibu tercinta...lalu, setelah sekian lama, mutiara dari kolam air mata ku berguguran jua tatkala layar minda melakar wajah kasih ibu dan ayah..betapa dalam dan luas cinta mereka terhadapku..dan aku, jasa mereka tak dapat ku balas dengan wang dan ringgit...kerana keringat yang mengalir dari mereka tidak ternilai dan tiada taranya..ku tadah tangan memohon pada Yang Maha Mendengar, moga Dikau kurniakan kesejahteraan dan keselamatan buat ibu dan ayah, dan Kau tempatkan mereka dikalangan orang2 yang Kau beri rahmat setelah mereka meninggalkanku nanti..
hIdUp InI sEIndAh pElAngI,sEcErIA mEntArI pAgI,nAmUn IndAhnyA cUmA sEkEtIkA,kAn bErlAlU jUA bIlA tIbA mAsA..
Friday, March 31, 2006
Friday, March 24, 2006
pengantin baru..
Pada 1 masa ditetapkan kita pasti dirisik,Pertunangan sejak azali, di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak, tetamu berdantang menghadiahkan tangisan dan bacaan yassin, pengantin di mandikan, dipakaikan wangian,gaharu cendana dijadikan pelamin,pengantin bersanding sendirian di arak keliling kampung berkompangkan azan dan kalimah kudus,akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad bersaksikan nisan-nisan, siraman mawar keluarga terdekat, malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah sedalam 7 kaki..RENUNGKANLAH
tabah..
hhmm...banyak betul dugaan..time2 exam ni,adala halangannya..memang menguji kesabaran betul..memang perlu tabahkan hidup..xpela, adala hikmahnya tu..setiap yg berlaku ada sebab dan musababnya..jangan fikir bahawa kita aje yang susah..kalau nak diikutkan, nun di sana ramai lagi orang yang lebih menderita drpd kita..jadi kita perlulah bersyukur atas kurniaanNya..tiap waktu dan ketika..moga RedhaNya sentiasa bersama..
Tuesday, March 21, 2006
kekuatan..
kini, ku masih mencari kekuatan..
kekuatan yg hampir sirna..
meragut secebis keyakinan..
selepas langkah pertama..
ku cuba kejapkan langkah..
tika berpijak..
agar kukuh berdiri..
jauh dari tersungkur..
kekuatan yg hampir sirna..
meragut secebis keyakinan..
selepas langkah pertama..
ku cuba kejapkan langkah..
tika berpijak..
agar kukuh berdiri..
jauh dari tersungkur..
Saturday, March 18, 2006
semangat
esok tibalah hari yang mendebarkan..permulaan hari perjuangan untuk sem ni..aku bersedia menghadapinya dengan 1000 ketenangan dan doa yg tidak putus,moga Allah permudahkan urusan..aku akan berusaha sehabis upaya agar beroleh kejayaan yg diimpikan..kuharap moga sem ni lebih baik dari yg lepas..aaamiiin..
Sunday, March 12, 2006
damai..
alhamdulillah..
satu assignmnent dah siap,
selepas lelah mengejar waktu..
hari ini..
titipan semangat baru,
hadir dalam sanubari hati..
ku harap moga ianya akan berterusan dengan bimbingan dariNYA..
"mengapakah dunia yang dikejari, sedangkan iakan ditinggal pergi..
apalah gunanya harta disisi, tika jasad terkubur terkaku mati..
bayangkanlah jika di dunia ini, bekalan terhenti mudah dicari..
bagaimana pula di sana nanti, tanpa bekal pahala kita yang rugi"
-inteam-

tika ini
hadir lagi
indah sinar purnama
menghapus kelam malam
relung-relung resah
merantai penjara kalbu
lerai dimamah waktu
hembus angin hadir
meniup damai
membelai sepicit lena
indah sinar purnama
menghapus kelam malam
relung-relung resah
merantai penjara kalbu
lerai dimamah waktu
hembus angin hadir
meniup damai
membelai sepicit lena
Thursday, March 09, 2006
mencari damai..
tika ini diri resah tidak menentu..waktu mengejar tanpa belas..tidak memberi ku kesempatan menghela sehembus nafas..sungguh sempit dunia ini kurasakan..sampai satu ketika ku rasa rimas..ohhh, di mana kedamaian, ketenangan yang ku dambakan..membuah ceria di nurani hati..ku begitu rindukan belaiannya..hingga terlerai ranntai gundah yang mengikat jiwa..YA RABBAL IZZATI..kurniakanku rahmat dan kasihMu..mengubati luka sanubari ini..moga KAU permudahkan segala...amiiin,,
Sunday, March 05, 2006
detik itu...
aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar di kamar hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra membuah ceria
aku ingin menghapus duka dan lara
mengubat rindu di dalam dada
sedamai pantai yang memutih
sejernih titisan embunan pagi
dan ukhwah ini pasti berputik
menghiasi taman kasih yang harmoni
seharum kasturi seindah pelangi
segalanya bermula dihati
seharum kasturi seindah pelangi
segalanya bermula di sini...
detik 23-26/2/06 telah berlalu..kuim,nilai tinggal bayangan..pertandingan debat bahasa arab antara universiti asean menjadi kenangan..
penyertaanku..mungkin yang pertama dan terakhir..aku tidak pasti..tapi hari-hari yang berlalu itu pasti kekal dalam ingatan..di situlah segalanya bermula..
mengenali insan-insan yang tidak pernah aku kenali sebelum ini, mengikat ukhwah seerat mungkin, membakar semangat agar tidak goyah..."kita buat yang terbaik,kalah menang tuhan yang menentukan" itulah azimat kalam yang sentiasa bermain dibibir kami team b setiap kali sebelum perlawanan..dan kata2 ini juga membuatkan kami mengorak langkah ke hadapan..
di saat langkah semakin laju, badai taufan dugaan datang menerpa, cuba menggugat dan melerai ikatan yang terjalin..kini, ayunan langkah terasa berat, jiwa gundah bersalut luka..hanya Dia mengerti segala..Dia telah mentakdirkan segala, kerana Dia Maha TAHU, apa yang terbaik untuk hambaNya..aku bersyukur atas apa yang Kau berikan Ya ALLAH..ada hikmah disebalik segala yang terjadi..
aku merasakan kemanisan disebalik kepahitan itu..terima kasih Ya Allah pencipta segala..kau eratkan hati-hati kami agar menuju RedaMu..

Saturday, February 04, 2006
salam hirah 1427

salam hijrah 1427 buat sahabat2 di iium especially COMRADIAN, tidak dilupakan sahabat2 maya warga e-sastera, moga sentiasa berhijrah ke arah kecemerlangan dalam memburu cinta kudus..marilah bersama-sama kita semarakkan semangat hijrah agar diri terpandu ke lorong jaya..moga setiap langkah yang kita lalui meninggalkan barakah..=)
Saturday, January 28, 2006
apa khabar??
26/1/06
aku tiba2 membatalkan niatku untuk mengikut sahabat2 yang lain ke kg husin disebabkan masalah telingaku..aduhh,sakit sungguh..jadi aku cuma ke kampus untuk menyiapkan tugasan biro modul yang belum selesai untuk diserahkan pada Nas..nasib baiklah modul2 untuk workshop Nas dah siapkan..terima kasih ye Nas..
tepat pukul 3 petang aku dan kawan2 yang lain berkumpul di tangga besar menunggu bas..sebelum berangkat sempat aku kirim sedikit barang makanan buat keluarga angkat di sana..tak dapat pergi bagi hadiah pun jadilah..masa untuk berangkat telah tiba..aku bersalaman dengan sahabat2 seperjuangan yang akan meninggalkanku buat seketika..jah,k.yati,k.zura,k.midah,zuni,mas,nadiah dan lain2..selamat jalan ku ucapkan..sampaikan salamku pada sahabat2 yang lain..moga keberkatan mengiringi harimu di sana!
sedih juga bila melihat bas sudah bergerak jauh ke hadapan..aku bersendirian di situ,merenung jalan yang kosong..ahh,mungkin ada hikmahnya aku tak pergi..ya,mungkin..
27/1/06
aku hanya menghabiskan masa cutiku di rumah..serasa tiada mood untuk melakukan kerja2 kuliahku yang berlambak2..ditambah dengan denyutan ditelinga yang membuatkan aku rasa tidak bermaya..aduhh,sakitnya!rasa ingin ku berjumpa doktor sekarang juga..tapi keadaan belum mengizinkan..tika ku keseorangan,aku sering terfikir apa khabar sahabat2ku di sana?sihatkah mereka?adakah program berjalan seperti yang dirancang??aku doakan mereka berjaya dan kembali ke kampus dengan selamat..
28/1/06
sakitnya bertambah2 sehingga mengganggu tidurku..apa yang sebenarnya berlaku,aku tidak pasti..pukul 9.30am kedua ibu bapaku membawaku berjumpa pakar telinga..hampir 2jam menunggu barulah aku dipanggil masuk..semasa rawatan doktor memberitahu bahawa telingaku bengkak dan bernanah,dan nanah itu sudah sampai ke gegendang..tekanan telinga telah diambil,,dan kakak jururawat menjelaskan bahawa tekanan telinga kananku 185 melebihi tahap normal 50..dia menambah lagi aku bernasib baik kerana keadaan aku masih boleh dirawat..jika tekanannya melebihi 200,maka kritikallah jawapannya..gegendang telinga aku juga mungkin rosak..ya allah..hebat juga penangan sakit ini..aku berdoa moga Kau sembuhkan penyakit aku ini Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh..

Thursday, January 26, 2006
indahnya ukhwah..
SAUJANA alam..
Damai di latifah RABBANI..
seindah perhubungan ini,
seUNIC pertemuan antara kita..
seINTEAM ikatan ukhwah,
moga kekal selamanya DEHEARTY..
ukhwah fillah daiman abada..
Damai di latifah RABBANI..
seindah perhubungan ini,
seUNIC pertemuan antara kita..
seINTEAM ikatan ukhwah,
moga kekal selamanya DEHEARTY..
ukhwah fillah daiman abada..
teman..
teman..
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah..
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
jika aku terleka,
luahkanlah agar aku berubah..
dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
iringkanlah lenaku dengan kalungan doa..
berjanjilah teman..
ukhwah kita untuk selamanya..

Monday, January 23, 2006
kenangan semalam..tanjung bidara beach resort..
20-23/1/06..(jumaat-ahad)
nadi al-munadzoroh telah mengadakan arabic camp ke tanjung bidara beach resort,melaka..program ini bertujuan untuk memupuk minat dan semangat pelajar dalam menggiatkan diri dalam aktiviti munadzoroh ini..hamdulillah..program berjaya dan ramai peserta yang memberi respon positif..
tapi..aku tak dapat nak join program..sebab bz sangat kat dapur..maklumlah biro catering..tanggungjawabnya lebih besar di dapur..walaupun xleh join program..aku dapat belajar perkara baru..cara2 masakan makanan arab..seronok juga..kuftah,to'miah,dan basbussa..puas rasa hati bila makanan yang kita masak habis..rasanya berbaloi walaupun keletihan yang amat..
kadangkala sedih juga sebab tak sempat walau sekali untuk merenung pantai dan menikmati keindahan alam yang ada di situ..tapi xpela..mungkin kali ini bukan rezekiku..insya allah dapat peluang baru nanti..harapnya program akan datang lebih menarik dan mencabar...

Friday, January 13, 2006
mmm...
pagi2 dah ada exam..tak taula jawab apa..semalam xleh nak tidur pun..lepas tu kelas research..subject yang paling pening..dah sebulan kelas tapi baru je dapat tajuk..next week dah start present..hai,,tak taula tajuk ni akan diterima ke tak..moga2 berjayala..lepas kelas pukul 12, ada usrah comrade di masjid..bila dengar tazkirah dan kata2 membina daripada sahabat2..barulah rasa terubat sikit hati ni..kepala yang berserabut tadi tenang seketika..daripada memikirkan kesudahan yang belum tentu..perkara yang dibincangkan dalam usrah ialah bersyukur..ya,syukur dengan segala nikmat pemberianNya..biar pun dalam bentuk nikmat kesenangan mahupun ujian..dan kita perlu seimbangkan antara 2 perkara..iaitu khauf (takut) dan raja'(harapan)pada Allah..kita tidak terlalu takut dengan hukuman dan balasan kerana pada masa yang sama Allah itu sebenarnya ghafurur rahim (pengampun dan penyayang)..begitu juga raja'..kita tak boleh terlalu mengharap segalanya dengan Allah kerana Allah itu juga syadidul 'iqab (pemberi balasan yang dahsyat)..jadi,kita perlu seimbangkan kedua2nya supaya kita mendapat kasih sayangNya dan terhindar daripada seksaNya..sebagaimana kita melihat burung yang dapat terbang tinggi kerana ia dapat seimbangkan 2 sayapnya..tapi ada 1 perkara yang tiada hadnya..iaitu cinta..sebagaimana kata2 "there is no condition in love"..begitulah cinta Allah terhadap kita..Dia memberi segala2nya dapat harapkan bayaran..dan mendapat semuanya dengan percuma..sepatutnya kita lebih menyayangi dan cintai Allah daripada segala2nya..sedangkan kita lihat..bila seseorang itu jatuh cinta pada insan dia akan menerima insan tersebut sepenuh rela walau dia tahu ada kelemahan pada dirinya..apabila cinta berbunga..segala yang dilihat dirasakan indah..inikan pula Tuhan pencipta segala..kepadaNyalah kita meminta..kepadaNya jua kita memohon pertolongan..jadi..mengapa tidak kita cintakanNya sepenuh hati..tiap waktu dan ketika..kerana Dia tidak pernah lupa pada hambaNya walau seketika..betapa dalamnya cinta Ilahi pada hambaNya..tapi ramai yang tidak mengerti..jadi dambalah cintaNya..moga mendapat keredhaan..
JIKA CINTAKAN BUNGA..BUNGAKAN LAYU..
JIKA CINTAKAN MANUSIA..MANUSIAKAN MATI..
JIKA CINTAKAN ALLAH..DIA KEKAL ABADI..
JIKA CINTAKAN BUNGA..BUNGAKAN LAYU..
JIKA CINTAKAN MANUSIA..MANUSIAKAN MATI..
JIKA CINTAKAN ALLAH..DIA KEKAL ABADI..
Thursday, January 05, 2006
2005 yang ditinggalkan..
hari ini genaplah 6 hari aku berada dalam tahun baru 2006..rupanya 2005 telah pun pergi meninggalkanku..bersama kenangan lalu..pahit manis seiring berlalu..dalam dunia yang setia kaku..kini tahun baru bermula..cabaran jua datang menduga..apakah aku sudah sedia..untuk menghadapi segala..ya..kini aku tampak lebih berani..gah melangkah merentasi rintangan..ku gagahkan diri untuk berjuang..takkan mengalah sebelum mencuba..biar resah merantai jiwa..kan ku leraikan dengan ketenangan..nur ilahi menyinari hati..baja iman menyuburi sanubari..ku mengharap kasih ilahi..dambakan cintaNya penuh sejati..ku meminta sepenuh hati..moga beroleh syurga abadi..
"Ya Allah..bimbinglah daku menuju redhaMu.."
"Ya Allah..bimbinglah daku menuju redhaMu.."
Thursday, December 29, 2005
tahniah..
ku panjatkan syukur pada Ilahi..moga kasihNya sentiasa menghiasi..memang Dia setia mengasihi..setiap insan yang ingin dikasihi..ku layangkan ucapan TAHNIAH! buat adik tersayang MUHAMMAD TAUFIK atas kejayaannya dalam PMR baru2 ini..moga kejayaan ini akan berpanjangan Insya Allah..gembira hati tak terkira..tatkala melihat wajah ceria ayahbonda..titisan mutiara berguguran..tanda puas dan syukur atas nikmat pemberian..bibir mengukir senyum sehalus makna..rupanya diam ayahbonda diisi doa berpanjangan..pamer wajah beriak tenang..sebenarnya harapan bersinar di mata..ku betah mengerti hati mereka..semenjak dulu hingga kini..tetap syukur dengan segala..Alhamdulillah..moga kebahagiaan setia menemani perjalanan hidup ini..AAMIIn..
ku juga mengharap moga adikku HIDAYAH akan mendapat keputusan yang baik dalam STPM..moga Allah perkenankan doa..dan adikku SYIKIN dan juga SYUKUR..berjuanglah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu..tiada apa yang lebih berharga melainkan ilmu di jiwa...moga semuanya akan berjaya menjadi insan yang berguna..insya allah..

Friday, December 16, 2005
impian mendatang..
ku masih merenung jalan yang terbentang..ke manakah penghujungnya?? ku masih keliru dengan haluan yang sedang ku lalui kini..betulkah ini jalannya?? sungguh ku tak pasti apa yang bakal ku temui dan hadapi di sepanjang perjalananku nanti..apakah di sana ada cahaya yang akan menyinari lorong suram kelam itu..lantas menunjukkan aku jalan yang sebetulnya..kadangkala aku punya keberanian menyusuri jalan yang berliku penuh dengan onak dan duri...namun ketika lainnya serasa diri ini tidak mampu mengorak langkah walaupun jalan itu berdiri lurus terpana di depanku..pada ketika lainnya,ku tak dapat meneka bilakah hujan dan panas..firasatku tak upaya untuk mengetahuinya..pernah ku kebasahan tika ditimpa hujan dalam perjalanan..dan aku juga pernah mengharungi perjalanan dalam keadaan dahaga di bawah panas bahang mentari yang amat memeritkan..pabila tiba di persimpangan jalan..aku buntu memilih jalan..ku cuba meneliti dan menilai..menggunakan anugerah aqal sebaiknya..agar aku tak tersalah pilihan..ku teruskan lagi perjalanan...rupanya jauh sudah aku berjalan..tapi perjalanan ini sebenarnya lebih panjang..entah di mana penghujungnya..aku tidak tahu..cuma aku akan teruskan perjalanan hingga sampai destinasi yang terakhir..ku mengharap pada Yang Maha Mengetahui..agar Dia membimbingku menuju jalannya..jalan orang2 yang diberi nikmat dan redhaNya...
Friday, December 09, 2005
salam perjuangan..
salam perjuangan ku hulur khas buat sahabat2 yang ditaklifkan sebagai board COMRADE untuk sesi 05/06 pada tarikh keramat 8/12/05 bersamaan hari khamis...tanggungjawab yang dipikul ini merupakan amanah dari PENCIPTA...maka laksanakanlah amanah ini dengan setulus hati berpaksikan kesabaran dan ketenangan..agar visi dan misi yang kita impikan akan menjadi realiti...jangan bimbang dan berasa gundah hai sahabat2ku...dikau tidak keseorangan dalam mengharungi ranjau perjuangan dakwah ini..ketahuilah bahawa kasih Ilahi sentiasa mengiringimu setiap waktu dan ketika..dan jangan kau lupa bahawa dikau masih mempunyai sahabat2 yang setia menyokongmu dan menghulurkan tangannya di saat dikau tersungkur..sentiasa bersamamu di kala sendu dan sendawa..seiring sejalan mengorak langkah menuju puncak jaya...kita semua adalah satu..kerana kita punya cita yang sama..mendamba cinta hakiki...bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..
Tuesday, December 06, 2005
Kenangan raya..

selepas tamat program masuk kg pelantok..beberapa orang ahli comrade yang masih setia di uia telah bersepakat untuk mengadakan trip.."jalan2 cari makan raya" di beberapa rumah member comrade tak kira yang baru @ lama...antara rumah2 yang terpilih pada hari tersebut Jumaat,18/11/05..ialah rumah Husni dan Mastura..2 buah rumah pegawai jheoa juga tidak terkecuali dalam senarai program pada hari itu..pegawai yang bertuah ialah che wan dan pak cik harun syariah..rumah seorang lagi pegawai yang tidak asing bagi comrade tidak dapat dihadiri kerana masa amat mencemburui rombongan comrade yang sememangnya hebat dalam bab makan-memakan...minta maaf ye abg zahar..insya allah rombongan comrade akan tiba pada kemudian hari..memang makan sakanlah hari tu..sampaikan tengok makanan pun dah xde feeling lagi..rombongan ini menaiki 1 van, 1 kereta ihsan drpd sahabat kenalan comrade, iaitu abg rafiq..dan 1 motor..program bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam...napa, x percaya??percayalah..hehehe...
pada hari ahad pula..20/11/05..warga comrade yang still available di uia dan sekitar kl dijemput ke jamuan ringkas hari raya di rumahku..tidak dilupakan buat pegawai jheoa yang tidak jemu membantu dan menyokong kami dalam setiap program yang dijalankan, iaitu che wan,abg zahar dan pakcik harun syariah..tapi malangnya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana masing2 mempunyai urusan tersendiri..walau apa pun..majlis tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil ahli comrade dan pakcik harun...moga kemeriahan ini akan bertambah pada masa akan datang....
dan pada 23/11/05 - 26/11/05,beberapa orang ahli comrade telah menjelajah kelantan dan meraikan hari raya bersama sahabat2 yang berwarganegara kelantan walaupun syawal sudah hampir ke penghujungnya..banyak undangan yang diterima tapi tidak kesemua undangan dapat dihadiri...kami mohon maaf ye..janganlah jemu ajak kami lagi..insya allah jika diizinkan, kami akan pergi lagi..mana tau pergi makan nasi minyak pula nanti...hehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)