Friday, September 01, 2006

konvoi_pengantin

20/08/06 (ahad)

Agenda: Kenduri walimah a.faizal dan kak su
tempat: Pekan, Pahang
transport: 6 buah kereta
ahli rombongan: 27 comradean


jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, kelihatan beberapa buah kereta dan ahli comrade telah sedia menanti di tangga kasih-kekasih..sebentar sahaja lagi, kembara akan bermula..semuanya berwajah ceria dan memakai pakaian yang indah berseri.

hampir jam 8 pagi, perjalanan bermula dengan pohonan doa selamat mengiringi jejak ke destinasi. 5 jam masa berlalu, rombongan besar selamat tiba ke tempat tujuan, bilangan anggota yang ramai menuju ke pintu tuan rumah mencuri tumpuan umum, siapakah gerangan yang datang ini? suasana yang tadinya tenang sepi, tiba-tiba bertukar menjadi gamat dan ceria dengan gelak tawa dan usikan..raja sehari menjadi tumpuan lensa kamera, bagaikan artis popular yang baru menerima anugerah.

setelah beberapa ketika beramah mesra dan merakam kenangan, rombongan comrade bergegas ke dewan jamuan untuk santapan,begitu berselera sekali menjamah hidangan dek kelaparan dalam perjalanan yang panjang. seusai perut enak berisi, berangkatlah rombongan meninggalkan laman raja sehari dengan iringan doa bahagia.

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT A.FAIZAL DAN KAK SU"

-MOGA KEBAHAGIAAN SENTIASA MEWARNAI KEHIDUPAN-

Friday, August 25, 2006

pesan abah..

tika kami semua berada di rumah..kadang2 abah buat family meeting untuk berbincang dan meminta pendapat untuk menyelesaikan masalah antara kami..ketika inilah abah selalu bermadah dan memberi kata2 membina buat kami adik-beradik..

teringat suatu malam ketika kami berkumpul bersama, abah berkata: "abah dan mama takde harta berupa wang ringgit, tapi abah bersyukur dikurniakan anak2 yang ramai..inilah harta abah dan mama..jika anak2 abah semua berjaya dalam hidup, abahlah orang yang paling kaya di dunia ni".

pernah juga abah berpesan suatu hari: "kalau abah dan mama pergi dulu, takde apa yang ditinggalkan untuk anak2, cuma rumah yang sebuah inilah saja yang ada, hanya ilmu yang abah dan mama mampu bagi, sebab tu abah suruh anak2 belajar rajin2, jadi orang yang berjaya dan dapat hidup sendiri".

pada satu ketika yang lain, abah berkata: "abah tak hairan kalau seseorang tu senang kerana jasa mak ayah, tapi abah kagum bila orang tu berjaya hidup senang setelah bersusah-payah".

begitulah pesan abah, setiap kata2nya memberi inspirasi buat diri, moga ALLAH memberkati kehidupan abah dan mamaku, tiap masa dan ketika...aaaamiiinn..

Thursday, August 17, 2006

luah

terlalu banyak yang ingin dibicarakan sehingga tak mampu ku coret, entah mengapa kotak fikir ini beku dan kaku tatkala mata menatap skrin yang berwarna ini..sementelah habis kelas COM aku bergegas ke lab, sengaja melengahkan masa yang ada untuk melawati laman2 yang sudah beberapa hari kutinggalkan...

kemudahan internet yang ada kugunakan semaksimum mungkin, setelah beberapa ketika melayari halaman2 yang biasa kukunjungi, baru kuteringat kerja yang diamanahkan ustaz wijdan..mm, alang2 aku dah mengadap ni baik aku siapkan..teringatlah aku pada kata2 itu lagi:" LA TU'AJJIL AMALAL YAUM ILAL GHAD"..ya, aku perlu bersegera, kerana masa mengejar tanpa belas..

baru beberapa hari aku merasakan kembali ketenangan itu hadir membelai jiwa,menyemai semangat yang kian pudar, menguatkan semula ayunan langkah yang goyah..kerana itu aku teringatkan satu kata: "FA TAMATTA' BIS SUBHI MA DUMTA FIHII, LA TAKHOF AN YAZULA HATTA YAZULA". Kata2 ini membuatkan aku memandang dunia seluas saujana, membuka minda selebar angkasa dan melihat kehidupan melalui mata hati..akan kuteruskan perjuangan selagi nadi belum berhenti..insyaALLAH!

Monday, August 07, 2006

antraxx'06

hari ini
kita bertemu bersama
mengeratkan ukhwah yang lama
kisah dulu biarkan
biar jadi kenangan
buanglah yang keruh
ambillah yang jernih

buat temanku semua
kita bertemu
erat silaturrahim
ukhwah dijaga
kenangan hari ini
tak akan dilupa
yang pasti kita
ingati sesama kita

yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama
ukhwah akan terjalin
jika kita menghayatinya

ingat-ingatlah temanku
pertemuan ini
membawa 1000 erti


kukira bait2 kata ini memang sesuai untuk menggambarkan keutuhan ukhwah yang terbina antara comradean.ANTRAXX '06 (4-6/8/06) merupakan program yang ke-3 bagiku, dan antraxx kali ini memberiku seuntai kenangan untuk kusimpan sebagai ingatan yang berpanjangan..tugasku selaku biro modul membuatkan aku tak betah berdiam diri, sentiasa ligat otakku memikirkan modul2 yang sesuai buat sahabat2 tercinta..kerana aku pasti antraxx kali ini merupakan programku yang terakhir,mungkin tiada lagi peluang untukku di kemudian hari..=)sepanjang 2 hari program berlangsung, aku dapat melihat penerimaan positif sahabat2ku terhadap modul yang aku fikirkan..aku bernasib baik kerana dibantu oleh teman2 yang memahami (naim,lin,fatin&jimin), terima kasih sahabat, tanpa kalian tak mampu kulakukan semua itu..

walaupun aku menjadi committee, tapi aku begitu gembira dan komited dengan tugas yang diberikan sehinggakan aku tak sempat nak tidur sepanjang program berlangsung.Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ketika kami berlima masuk sungai servey for river tracking, aku siap masuk sungai dengan lengkap berbaju kurung, mana taknya, diorang tak cakap pun nak masuk sungai, aku ingatkan nak tengok kawasan explorace kat tempat program tu je, mmm...nasibla..jalan menyusuri sungai begitu menyeronokkan, walaupun cuaca panas waktu tengahari (12pm) tapi nyaman dan damai meresapi jiwa..kadang2 aku hampir tergelincir dek terpijak batu licin, sesekali sakit juga rasa kaki bila terpijak batu tajam, namun ketenangan yang hadir membuatkan aku lupa pada semua itu..dipertengahan jalan sempat juga kami merakam kenangan dengan bergambar ditempat yang menarik..heheheh, akhirnya aku terjatuh juga dihujung sungai itu, habislah handset masuk air, rosakla jawabnya..tapi aku takde pulak perasaan sedih..pasrah segalanya..kikik..bila dah sampai tempat program aku jemur handset, alhamdulillah..nasib baik masih boleh digunakan lagi..panjang umur betul dia..=)


malam isnin postmortem diadakan untuk membincangkan kejayaan program dan hal2 yang berkaitan..di sini, berlaku tragedi air mata buat kesekian kalinya apabila perbincangan menyentuh isu board dan pc diutarakan..aku yang mengerti keadaan dan hal kedua2 belah pihak turut tampil membetulkan keadaan..kerana aku yakin semuanya berlaku kerana salah faham..dikala bibir melafaz kalimah basmalah dan ucapan salam..aku sebak, kelu dan sukar untuk meneruskan bicara..serasa bagai ada jurang yang memisahkan antara 2 belah pihak, dan aku tak sanggup lagi mendengar mereka merintih dan meluahkan rasa..sungguh aku tak mampu lagi..tatkala itu, tanpa kusedari mutiara dari kolam air mataku berguguran jua, hati ini diruntun sedih dan pilu, entah mengapa aku begitu lemah pada malam itu, mungkin kepenatan yang amat..sahabat2ku juga tidak menyangka aku akan bertindak sedemikian.ya, bukan senang untukku mengalirkan mutiara berharga..tapi untuk mereka...kerana sayangku...masakan tidak, sahabat2 yang amat rapat seperti adik-beradik yang berada dalam keluarga yang bahagia tiba2 bertelagah dan saling salah-menyalahkan..semuanya kerana satu perkara yang kecil..aku tak sanggup melihat mereka bermasam muka,perli-memerli dan tak bertegur sapa..ukhwah yang selama ini terbina kejap dan kukuh dengan sokongan iman, hampir roboh dan musnah dilanda ombak dugaan..namun, kuasa ILAHI, jalinan ikatan itu masih belum terlerai kerana kasih dan sayang sesama kami diteguhkan dengan cintaNYA..DIAlah yang MAHA MENGERTI..

selamat pengantin baru..


















tahniah buat kak ju & abang haniff kerana selamat diijabkabulkan pada 28/7/06, moga masjid yang dibina akan tersergam kukuh selamannya, isnyaALLAH.. ;-)

bila 2 hati dah terjalin
selamatlah pengantin kami doakan
moga redha ALLAH bersinar selalu
tanda bermula bahtera hidup
dalam melayari bahtera rumah tangga
ada masa tenang dan masa gelisah
jangan nafsu diikut melulu
sabar dan bermaafan itu perlu
beginilah resam manusia
tak lari dari ketentuan ILAHI
suami ketua isteri pembantu
menongkah hidup saling berpadu
susah dan senang hadapi bersama
moga kekal hingga ke syurga





Wednesday, August 02, 2006

senario hidupku

syukur ku panjatkan buat Yang Esa masih memberiku peluang melihat wajah dunia dengan hiasan bermakna, nikmat iman dan islam..

dari dulu kubermula, menapak berdikit-dikit menuju ke puncak, kini kukira jauh sudah aku melangkah, menuju satu pintu yang sedia menunggu untuk kubuka..

hanya tinggal 1 semester lagi, namun kumengerti hidupku kini banyak bezanya..aku banyak bersendirian daripada berteman,di bilik, kelas, semuanya sendirian..cuma sesekali ku biarkan masa berlalu bersama sahabat2 secomrade di hs cafe..

permulaan semester ini begitu berbeza dengan yang lalu..dari awal lagi sudah terasa bahangnya..dalam kelas selalu kena present..habis kelas ada sahaja kerja yang perlu disiapkan..memang perlu bersedia,kena banyak membaca..tiada masa lapang seperti selalu..dan aku selalu ulangi satu kata2 hikmah: "LA Tu'AJJIL AMALAL YAUM ILAL GHAD"..agar diri tidak berlengah dan lupa pada tugas dan tanggunggjawab..

aktiviti pula..rasa macam nak join semua..sport, comrade, debate, kompang..segalanya..lebih2 lagi sport dan kompang..rindunya..dah lama tak beriadah dan bermain alat yang menyedapkan halwa telinga..mm,lepas ni, tak tau bila lagi ada kesempatan..

dan study, nampaknya perlu lebik baik daripada dulu..aku perlu lebih berusaha..sekarang kena fikir jauh ke hadapan..merenung masa depan mendatang,di manakah aku nanti, lepas grade, aku perlu bekerja, mencari sesuap rezeki untuk meringankan beban ayah dan ibu..mereka dah banyak berkorban,,kini tiba masa untukku membalas segala..malu aku untuk menadah tangan untuk mencapai impian..jangan aku lupa, aku masih punya ramai adik yang memerlukan perhatian ayah dan ibu..biarlah aku berdikari,mencari arah menongkah arus..hanya padaNYA aku memohon..moga dipermudahkan segala..

Saturday, July 22, 2006

cerita 20-22/7/06

20/7/06

habis kelas je terus serang booth COMRADE, mana taknya ada something yang menggamit diri ke sana..heheh, apa lagi kalau tak buluh sewang,kikik..takleh tahan dengar bunyi ketukan itu..teruja sangat nak main..itu yang asyik lekat je kat booth..=)tiba-tiba plak gang kata nak buat performance, bestnya!! malamnya dapat mesej daripada kak engku suruh datang OR untuk practice, ai, takkan nak tolak plak..orang dah offer, hehehe..dah lama tak mengetuk ni..rindu lak rasanya..

lepas Isyak aku dan kak yati pergi OR..ingatkan performance daripada COMRADE, rupanya gabungan antara COMRADE, JASA dan TITIAN ASLI..riuhla OR tu, tambah lak abg wan, abg sameran dan beberapa pegawai JHEOA turut sama malam tu..mereka ajar kami main lagu guna buluh dan menari sewang..tapi menari tu brothers je ye..jangan salah faham..kami pihak sisters main muzik je..seronok betul..kami berlatih sampai 12 malam..tapi tak habis2 lagi..ai, esok dah perform..camana ni?? relax2!!

21/7/06

habis kelas jam 9 terus pergi booth, macam biasala=)..tiba2 aku tukar planning nak masuk sport (handball) untuk hari Sabtu sedangkan hari tersebut aku ada program lain..FARAIDH WORKSHOP..dah regist pun..tapi tak taula napa hati ni berubah nak masuk sport lepas Shariah kata team belum cukup orang..nasib baik shaifura boleh ganti aku untuk workshop tu..ehehe..nanti dia kena citer balikla apa yang dia dapat..kuikuikui..

time solat jumaat balik bilik jap, ingat nak pergi booth semula dalam jam 3 tapi mata berat je, ai, tak tahan betul..kalau naik katil ni jawabnya terus pengsan..fikir2, tak jadila..kang tak bangun plak..heheh,so lepakla kat bilik kak yati..main tutup mata jap, tengah main2 tu tiba2 shariah call suruh pergi female sport complex, dalam kepala ni pelik dah..ai, napa nak practice sewang jauh sangat..buat kat OR kan boleh..dok fikir2 sambil tutup mata baru teringat..laa, practice handball rupanya!! Jam 4 barula pergi dengan malasnya tambah ngantuk..sampai sana tengok diorang dengan seronoknya bermain..apalagi masuk gangla...kikiki..main tak sempat nak peluh dah azan..huuhuhu..kena pergi cultural stage plak untuk training sewang..lepas solat rasa lapar plak..laa..patutla..tak makan nasi lagi rupanya hari ni..apala aku ni..

janji jam 5.30 tapi sampai jam 6 lebih pun tak start lagi training..cuma pemuzik je khusyuk mengetuk buluh..pelakon, penari, penyanyi..sume tak nampak batang hidung..biar benar..jam 9.30 malam dah nak start perform..ai srisau betul..tapi bila tengok kehadiran abg2 jheoa waktu hampir maghrib keadaan tenang semula..semangat pun hadir kembali..insyaALLAH jadila malam ni..

lepas maghrib kami start training, bersungguh-sungguh betul diorang main buluh..semua sporting..senang nak deal..jadi xde masalah timbul walau ramai yang baru nak main..diorang cepat ketchup..2-3 kali practice dah ok..wah, tak sabarnya nak main..tunggu punya tunggu turn untuk performance, aduhla..lambatnya..jam 11 lebih baru sampai turn..ishh, rasa dah penat tahap cipan, suara pun dah tak berapa nak ok, rasa macam nak demam je..ai, tolongla jangan..dahla esok nak main..sudahnya kami habis performance hampir jam 12 malam..lepas tu ada makan2 dan briefing untuk marching esok hari..sampai je bilik,,aduhai, sakitnya kepala..jam 1 pagi baru nak tidur..dalam keadaan payah akhirnya lena juga..


22/7/06

kunci jam pukul 6.20, tapi pukul 5.30 dah terjaga, tak laratnya nak bangun..badan pun dah panas..memang tak lena tidur..asyik terjaga je..sudahnya bangun juga bila deringan memecah sunyi..wah, pedih betul tekak, suara pun memang payah nak keluar..ai, larat ke nak main ni..tapi semangat kuat lagi..ah, gasak lah..jam 7 lbh dah ready, cuma ada 1 problem..alamak! sport shoes xde..camana ni..nak pinjam sapa punya tak tau pagi2 ni..alahai, masalah betulla..tiba2 teringat mama (fizah)..nasib baik muat2 je, pastu nasib gak Juli nak amik aku dan tikah ke sport complex, kalau tak jenuh juga nak berjalan ke sana..boleh tahanla jauhnya..

sampai di sport complex gang dah menunggu..seperti biasa streching dan main2 sebelum match..kami team pertama yang akan berlawan dengan titian asli..tapi nasib yang agak baik lagi memboringkan apabila kami diumumkan menang tanpa bertanding kerana team lawan tak hantar wakil..ala, orang tengah semangat nak main ni..sudahnya kami sempat merewang jalan2 ke stadium tengok gang COMRADE yang lain tengah marching di padang..hehehehe...

1st match kami bertemu sendi saga..nasib agak baik kami menang tipis 1-0, 2nd match kami bertemu pulak dengan karisma, game awal2nya nampak macam nak kalah je, yela pihak lawan telah mendahului 3-1, tapi bila masuk masa ke-2 kami mengejar dan menjaringkan gol tanpa henti sehingga wisel penamat dibunyikan..dan ternyata kemenangan berpihak pada kami (4-3)..sengit weiii...syukur, menang lagi..selepas 2 game, berehat untuk solat dan lunch..game sepatutnya bermula kembali jam2.30, tapi hujan turun dengan lebat pada awalnya..pihak organizer mengarahkan kami tukar tempat padang disebabkan hujan..tapi tempat tersebut telah diambil oleh futsal game..sudahnya ke padang jugala kami..lawan jela dalam hujan pun..belasah je..3rd game lawan JASA..boleh tahan sengit gak..dua2 pihak tak masuk gol..akhirnya kami dapat juga jaringkan gol kemenangan pada saat2 akhir..alhamdulillah..tapi kami kalah juga selepas itu lawan dengan steadfast disebabkan keletihan..yela baru je habis lawan JASA..tarik nafas pun tak sempat..dah lawan lagi..aku dah tak larat nak turun defend bila striker lawan menyerang gawang kami..begitu juga kawan2..dah habis tenaga dah..kaki pun boleh tahan sakit..tunggu nak cram je..hehehe..masa penyokong dan gol keeper menjerit (WALL!WALL!) suruh buat benteng..kami yang kat bahagian atas (striker) buat bodoh je..dah takde perasaan..memang serius tak larat..rasa macam nak melangkah pun berat..macam kena gam..kikikiki..akhirnya bolos juga gawang..kami kalah (1-2)..pasrah jela..ingatkan itu game terakhir rupanya ada lagi satu untuk menentukan ranking 3 dan 4..la..sudah,..kaki dah takleh gerak ni..sapa nak ganti?? sorang defender dah injured..keeper pun dah sakit tangan..habis..takkan aku nak keluar jugak..takleh jadi ni..kena teruskan juga..tengah2 main tiba2 kapten plak keluar..aih..payah ni..nasib baik ada penyokong yang berpengalaman, tarik jela diorang ganti keeper dan defend..nasib baik..time tu memang tak larat..sampai separuh masa ke-2 pun belum ada jaringan..percubaan memang banyak..last2 fikir tak kisahla tak gol..asal seri 0-0..memang dah tak larat bangat..nak kejar bola pun dah tak bertenaga..sudahnya tenung je bola keluar dari court (out)..heheheh..nak wat camana..dah tak daya..setelah berhempas pulas akhirnya jaringan kemenangan dapat dihasilkan..alhamdulillah..dapat gak no3..jadila tu...kenangan ni..heheheh...

setakat ni jela dulu cerita..letih tak habis lagi ni..=0)

Monday, July 17, 2006

ALLAH knows

our ALLAH knows
what's best for us
so why should we complain
we always want the sunshine
but HE knows there must be rain..

we love the sound of laughter
and the merriment of cheer
but our hearts
would lose their tenderness
if we never shed a tear

our ALLAH tests us often
with suffering and with sorrow
HE tests us, not to punish
but to help us meet "TOMORROW"

for growing trees are strengthened
when they withstand the storm
and the sharp cut of the chisel
gives the marble grace and form

ALLAH never hurts us needlessly
and HE never wastes our pain
for every loss HE sends to us
is followed by rich again

and when we count the blessings
that ALLAH has so freely sent
we will find no cause for murmuring
and no time to lament..

-ALLAH knows the best-

kasihMU

dikala malam sunyi sepi
bani insan tenggelam dalam mimpi
musafir yang malang ini
pergi membasuh diri
untuk mengadapMU oh TUHAN

lemah lututku berdiri
di hadapanMU
tangisanku keharuan
hamba yang lemah serta hina
ENGKAU terima jua mendekati
bersimpuh di bawah duli kebesaranMU

TUHAN hamba belum pasti
bagaimana penerimaanMU
dikala mendengar pengaduanku
ku yakin kau tak mungkiri
pada janji yang KAU nuzulkan
KAU berjanji menerima pengaduanku
dan KAU berjanji
sudi mengampunkanku
dari segala dosa yang kulakukan

ampunanMU TUHAN
lebih besar dari kesalahan insan
hamba yakin pada keampunanMU TUHAN
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMU
tempat hamba kembali nanti di sana...

-hijjaz-

permulaan detik baru..

semester 1 sesi 06/07 baru seminggu bermula..tahun pengajian sesi 06/07 ini merupakan titik noktah bagiku untuk menamatkan pengajian dalam ijazah pertama..serasa baru sahaja aku menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi ini..menyusuri jejak pejuang2 ilmu demi menimba secangkir makrifah buat pedoman dan panduan hidup..sememangnya lorong yang dilalui berliku-liku, penuh onak dan duri yang menanti disepanjang perjalanan..jika goyah tika melangkah pasti kan tersungkur dipertengahan jalan..jika diri tiada prinsip pasti kan keliru memilih arah dipersimpangan..jangan pula diri tersesat hanya kerana lupa tempat berpijak..bagi pejuang kesukaran dan kepayahan yang dirasai bak perhiasan indah yang mengiringi perjalanan, mehnah hidup ditempuh dengan ketenangan dan senyuman tabah..tiada apa yang dipinta melainkan menuju matlamat yang satu..godaan dan cobaan ditangkis dengan perisai iman..hanya doa dan tawakkal pada Yang Maha Mengerti menjadi penghibur diri..moga aku lebih tabah menyusuri jalan ini..KAU teguhkan keyakinanku menghadapi dugaan mendatang..hanya redhaMU kudambakan..bahagiakan aku dengan hembusan bayu kasihMU..agar aku gagah untuk terus menggapai cintaMU...

Saturday, July 01, 2006

hari yg berlalu

31 Mei 2006

Jalan-jalan ke Zoo Negara bersama sahabat2 COMRADE (a.zul, shukri, mok ana,tikah,k.fi dan nana)..seronok sungguh waktu itu..terima kasih pada kalian yang sudi mengajakku bersama..kalian memang sahabat sejati..=)

1-5 Jun 2006

Berpeluang pulang ke desa setelah sekian lama..seronok betul rasa,yang paling best..sempat menatap keindahan dan kedamaian pantai cahaya bulan walau untuk seketika =)..


15-29 Jun 2006

Pengalaman yang sangat berharga buat diri,dapat merasai susah payah seorang pendidik..satu kenangan yang indah,serasa diri lebih menghargai pengorbanan dan jasa mereka..Tugas pendidik bukan perkara mudah,apatah lagi pada zaman kecanggihan teknologi yang mencabar seiring dengan keruntuhan moral generasi masa kini..


30 Jun 2006

Kenduri kesyukuran dan solat hajat diadakan di rumah sempena adik (hidayah) dapat menyambung pelajaran ke UUM,sintok, Kedah...TAHNIAH..moga terus menggapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan,dunia dan akhirat..insyaALLAH..majlis dibuat secara kecil-kecilan, hanya saudara terdekat dijemput..


1 Julai 2006

Pagi2 sudah sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk keluarga tercinta..hari ni makayah hendak ke Kedah untuk menghantar Dayah..moga selamat pergi dan pulang..=)

Thursday, June 15, 2006

nape ni?

interview session for interkuliyyah arabic debate:

" awak dah tahun bape?".....tahun 4 dah... "yeke, ingat baru tahun 1!" ........ha????.....


program bersama adik2 ASDAF, bangsar:

dalam surau, "akak, umur akak bape?" .....tekala.... "20?" .....takla... "habis tu, 19?" ....eh, lagila tak... "abis tu bape? 18?" .....eh, napa lagi muda plak!.... "ala, akak cakapla bape" ....yela, 23 la dik.... "yeke, tak cayala" ......pulak.....


di SMKPT:

dalam kelas, "eh, betul ke cikgu ni, napa muda sangat, cikgu, betul ke, umur cikgu bape ni?" .....ha, umur, takyah taula ye, adala...... "ala cikgu, sportingla, tak caya la cikgu ni, napa muda dah jadi cikgu" .....uihhhh...huhuhuhu......

dalam surau, "cikgu, umur cikgu 18thn ke, cikgu ni macam kakak sayala" .......eh, takla, dah tua dah......"cakapla umur cikgu bape" ......adala, cikgu dah tua dah........huhuhu....


heran gak ni, nape jadi macam tu ye, rasa muka xdela babyface, serious adala..nak kata muka tak mature tak juga...pening2...ni yang perasan muda ni...kiikikiki=)

Thursday, June 08, 2006

katamu

katamu
bak mutiara
di dasar lautan

padanya
terhampar hikmah
melebar di dada rasa

katamu
bak laut membiru
terbentang seluas saujana

kuselami
merungkai rahsia
fikrah juang perindu


dedikasi buat para pendidik..moga usahamu diberkati ILAHI


-nor syuhadaa mohd samsuddin-

wajah itu

wajah itu
tetap setia
mengukir senyum
sembunyi gelora rasa
ombak duka

wajah itu
beriak tenang
semilir angin lalu
sembunyi pedih luka
calar di kamar hati

wajah itu
pamer sinar
mata pengharapan
menitip doa kudus
diremang senja petang

wajah itu
sembilu kasih
korban cinta
menggilap permatanya
agar sinar
terus gemilang...

dedikasi istimewa buat bonda tercinta..moga redha ALLAH setia bersamamu..


-nor syuhadaa mohd samsuddin-

Tuesday, May 16, 2006

hanya DIA

permulaan malam kelam dan suram
menutupi dada langit biru
cahaya sang rembulan menghiasi
kerdipan bebintang mewarnai
pinjaman dari sinar mentari

pabila malam menutup tirainya
siang hadir bersinar indah
terbit mentari menyinari alam
tanda bermula lembaran baru kehidupan

DIAlah pentadbir siang dan malam
mengatur cara langit dan bumi
betapa bijaksana keagunganNYA
cakerawala berpaksi pada orbitnya
tetap tiada berganjak
sempurna pada pergerakan

hebatnya DIA tiada tandingan
luas ilmuNYA tiada bandingan
segala yang wujud di dunia
adalah hasil ciptaanNYA
telah terbukti dalam kalamNYA

hanya DIA Tuhan Yang esa

-nor syuhadaa mohd samsuddin-

Sunday, May 07, 2006

aku gagal lagi

di ruang kamar malam
gelap suram menemani
waktu yang melewati
teguh mengukir janji

lunak mata terkatup
meniti kalamNYA disanubari
pahat niat dikalbu
ingin menjadi musafir malam

deringan memecah sunyi
setia mengota janji
seperti malam lalu
diri terus membungkus sepi
membiar hening berlagu sendu

-nor syuhadaa mohd samsuddin-

Saturday, May 06, 2006

monolog hamba

pabila nikmat menghiasi
diri mudah didorong alpa
lalai dan leka senyum menyapa
memanduku jauh dari jalanNYA

bila ombak dugaan tiba
menghancur tembok kemegahan hidup
terkapai aku mencari DIA
agar dapat ku berpaut pada kasihNYA
dari lemas di lautan kecewa

pernah ku terbaca kalamNYA
menyatakan harapan mengisahkan ketakutan
disuruhNYA aku mengharap pada kasihNYA
jua takut pada pedih seksaNYA
bagai camar yang terbang tinggi
pabila seimbang dua sayapnya

namun cintaNYA tidak bertepi
tulus suci, abadi dan sejati
DIA memberi ketika aku mendustai
DIA mendekati tatkala aku menjauhi
DIA menyayangi diwaktu aku melupai
kasihNYA padaku tak pernah mati

kini ku memahami erti cinta sejati
mendamba kasihNYA setulus hati
agar sayangNYA setia bersemi
tempat ku nanti syurga abadi



-nor syuhadaa mohd samsuddin-




Wednesday, May 03, 2006

sepi menyapa..rindu bertamu

30 april 2006

petang itu basah..hujan turun mencurah-curah..langit diarak awan hitam..suasana suram dan muram..tapi hatiku tidak begitu..penuh ceria dan mesra..masakan tidak,aku akan bertemu dengan teman-teman sekuliah..setelah hampir 3 minggu bersendirian di rumah,aku berpeluang ke kolej,taman ilmu dan budi..

malam itu,aku,jah,k.yati dan k.ju berceloteh panjang..setelah lama tidak bertemu,pelbagai rasa ingin diluahkan..bagai esok tak kunjung tiba..serasa ingin ku lepas semuanya,tika dan waktu itu juga..senyum setia menghiasi wajah kami,tawa terhambur menguntum ceria..aahhh,seronok sungguh,hilang sudah rasa rindu..kami berbual hingga ke 1 pagi..


1 mei 2006

temujanji dengan nana tepat jam 10 pagi,dek khusyuk membaca novel terlajak aku sampai ke 11 pagi..kesian nana!! cerita comrade tak habis2,banyak agenda baru yang kami bincangkan,moga segalanya dipermudahkan..

pabila terserempak dengan teman2,tiada persoalan melainkan;"CUTI NI,ADA APA2 KE? KE DAH TAK LAMA DAH!.." hmm,begitula suara2 nakal teman2 mengusikku,mana taknya,semua orang tengah sibuk ke kelas, aku pula menyepi di rumah..ehehhee

sengaja aku tak ambil sem 3..nak relaks sebentar,rehatkan minda daripada memikirkan hal2 kuliah dan society..sebenarnya aku nak cari ketenangan..muhasabah diri..mencari diriku yang sebenar..kembalikan kekuatan dan keyakinan diri..ingin menjadi insan yang lebih baik dari dulu..hmmm..

Wednesday, April 19, 2006

ipta leryar dan susu dalam kenangan

tarikh 11-16 april 2006..hari2 yang tak dapat dilupakan..pelbagai peristiwa pahit dan manis terakam sepanjang tempoh tersebut.

11 april 06:

hari pertama program..iaitu hari untuk bertolak ke destinasi yang ditetapkan, kg leryar dan kg susu di cameron highland. Perjalanan bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi dimulai 2 buah bas..kemudian baru diikuti landrover dan trak jheoa.Perjalanan dari gombak ke cameron mengambil masa lebih kurang 5 jam..berhenti rehat di tapah dalam lingkungan 1jam..dan tiba di bertam dalam pukul 5 petang..

di sinilah cerita bermula, kami terpaksa berjalan kaki masuk ke kg kerana kekurangan transport..trak jabatan digunakan untuk membawa barang2 kami masuk ke kg..dan perjalanan trak masuk ke kawasan kg dan keluar semula memakan masa 4jam..jadi, sementara menunggu trak tiba kami terpaksa mengambil insiatif berjalan kaki. Pengembaraan kami seramai 60 lebih peserta diiringi deraian hujan yang mencurah2 begitu mencabar..inilah dugaan pertama yang kami hadapi..berjalan dalam hujan dengan sehelai sepinggang.

Setelah hampir 2jam berjalan, hujan masih tidak menunjukkan tanda2 mahu berhenti,hari pula semakin gelap. Kami tumpang berteduh di kebun sayur dan bunga milik warga india yang kasihankan kami.Setelah hampir 30minit melepaskan lelah kami meneruskan kembali perjalanan dalam keadaan kelam dan suram malam. Separuh perjalanan,seorang drpd kawan kami cram kaki dan tak dapat teruskan perjalanan.Dalam keadaan sukar begini, aku dapat melihat kesungguhan dan kegigihan sahabat2 yang lain membantu tika memerlukan.Terasa eratnya ukhwah yang terbina antara kami,suka duka dikongsi bersama.Inilah antara keistimewaan COMRADE yang menarik hatiku untuk bersama berjuang.

Perjalanan perlu diteruskan,dalam keadaan kepayahan itu kami mendapat berita yang amat mengejutkan bahawa trak jabatan tidak dapat mengambil kami kerana ada tanah runtuh di hadapan.Nak tak nak kami terpaksa berjalan untuk ke tempat trak hingga sampai ke kawasan tanah runtuh, namun kami dikhabarkan perjalanan menuju ke kawasan tanah runtuh sangat berbahaya dan mungkin mengancam nyawa kami kerana kami terpaksa lalui kawasan perkampungan asli yang pada ketika itu dalam keadaan mabuk kerana minum arak..dalam kerisauan,ku panjatkan doa pada Yang Maha Mendengar moga Dia permudahkan urusan.

Takdir Allah,muncul seorang penduduk daripada orang asli yang sudi membantu menemani kami sepanjang perjalanan.Dan ketika kami buntu mencari arah dipersimpangan perjalanan kerana peta yang diberikan hancur basah dek hujan, kami dikhabarkan dengan berita gembira bahawa trak jabatan dalam perjalanan menuju ke tempat kami..syukur alhamdulillah..Dikau permudahkan segala..

Trak tiba setelah beberapa minit menunggu..cuaca sangat sejuk dengan pakaian yang lembab basah..semua peserta menggigil kesejukan,rasa tak sabar nak sampai ke destinasi..pabila sampai di kawasan tanah runtuh, kami di arah turun dari trak untuk tujuan keselamatan..kami sangat terkejut dan takjub melihat batu yang sangat besar jatuh dari atas bukit yang tinggi menutupi jalan menuju ke kg yang dimaksudkan..Subhanallah!Alhamdulillah!Allahu akbar!

kami selamat tiba ke destinasi pada jam 10malam.Lega rasanya..

12 april 06:

hari ni hari pertama program,kira2 jam 5petang aktiviti pembahagian anak angkat dijalankan..setiap kumpulan dapat 4@5 family angkat.Aku,k.shidah dan sam dapat 4family,2 islam dan 2bukan islam..alhamdulillah,kami dapat family yang baik dan ramah..seronok betul bila ziarah,tiap keluarga ada keistimewaan tersendiri..=) mm..hari ni program berjalan seperti biasa..kenduri dan taaruf sesama ahli,aku lari dari sesi taaruf..dan buat2 sibuk di dapur,hehhheheh..saja malas!

13 april 06:

aktiviti hari ni tak banyak beza dengan semalam, cuma...aku dan 9 orang sahabat terpilih ke kampung rantau, kampung orang asli yang terletak tidak jauh dari kawasan program..memenuhi permintaan seorang ustaz,kami ke sana sempena meraikan saudara2 orang asli di kampung tersebut yang baru memeluk islam..tika bersalaman dengan salah seorang penduduk,tiba2 dia mengatakan bahawa dia mengenali aku,memang terkejut sangat, rupa2nya dia merupakan adik dari sungai ruil,patutlah..aku memang pernah ke sana 2tahun yang lalu..kini dia telah tamat sekolah dan mempunyai seorang cahaya mata..

ketika berbual dengan orang yang berpengaruh di kampung tersebut, kami difahamkan bahawa terdapat 9 keluarga yang telah memeluk islam..alhamdulillah,Allah telah memberi mereka hidayah..jadi, kami membahagikan setiap orang cover 1 rumah..

aku memilih rumah sorang kakak ni..lupa plak namanya..ketika kedatanganku dia hanya bersama 2 orang anaknya..suami keluar bekerja, manakala ahli keluarga yang lain keluar..apa yang istimewa tentang kakak ini ialah, hanya dia dan suaminya sahaja yang islam..sedangkan mak,ayah dan adik2nya beragama kristian..mereka tinggal sebumbung..pabila ditanya bagaimana dia boleh memeluk islam, dia menyatakan bahawa islamnya kerana berkahwin dengan suaminya yang merupakan orang melayu dari perak..aku bertanya lagi adakah terdapat perbezaan apabila dia bertukar agama, dari segi cara hidup dan sebagainya..jawabnya sama sahaja..kehidupan ketika kristian dan setelah islam tiada bezanya..hidupnya tetap begitu..bila ditanya tentang solat dan fardu ain yang lain..dia hanya menjawab tak tahu..rupanya dia tak pernah diajar tentang rukun islam...aku bertanya lagi pernah tak suaminya mengajar tentang solat dan mengaji al-quran, dia menjawab tidak..dan dia mengatakan bahawa suaminya juga jarang2 bersolat..aku bertanya lagi,ada tak ustaz @ penggerak datang ke sana mengajar tentang islam? jawabnya,ada datang..tapi munculnya hanya sekejap,tak sampai sehari..dan dia tidak melakukan perkara yang sepatutnya..bila ku tanya adakah kakak ingin belajar mengetahui islam dengan lebih baik? dia menjawab dengan mata bersinar penuh harapan;"akak teringin sangat belajar,tapi takde siapa yang nak ajar"..aku dengar dengan perasaan sayu..memang begitulah nasib saudara baru dari golongan orang asli..mereka punya keinginan yang kuat untuk mendalami islam..tapi silapnya tiada siapa yang terbuka hati berlapang dada untuk bersama2 mereka..mencurah secalit ilmu buat mereka..kejahilan mereka bukan satu kesalahan..tapi kejahilan mereka sebenarnya kesalahan orang yang sedar seperti kita..benar sangat sukar untuk melakukannya..hanya orang yang benar hebat sahaja yang mampu...aku berdoa agar Allah memberi hidayah dan petunjuk buat mereka..lembutkan hati saudara2 kami dari orang asli untuk menerima islam..insya allah..

14 April 06:

hari ni hari Jumaat,hari yang paling bersejarah apabila separuh daripada peserta program sakit,dan apa yang lebih mengejutkan kebanyakan yang sakit tu committee2 program..mm,apa yang menyebabkan diorang sakit cirit-birit yang teruk??semuanya masih menjadi persoalan,mungkin disebabkan air, @ sebagainya. Ada juga yang demam,sakit kepala..=),pabila senja melabuhkan tirai, keadaan sebahagian peserta yang sakit semakin membimbangkan, akhirnya hampir jam 11malam mereka di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan..ustaz yang menemani kami menyuruh mereka yang tinggal membaca surah al-baqarah untuk memagar kawasan tempat kami tinggal,sementara aku dan beberapa committee yang lain meneruskan meeting bagi program untuk esok hari, program penutup..mm,xble citer panjang2..setakat ni je untuk hari ni..=)

15 April 06:

pagi2 lagi kami mendapat berita bahawa peserta yang mendapat rawatan dimasukkan ke wad..wah, hebat ni..sampai masuk wad,tapi alhamdulillah mereka selamat balik pada waktu hampir tengah hari..

hari ni kenduri besar-besaran akan diadakan untuk menjamu orang kampung..aku tidak menolong kerana sibuk ziarah dari rumah ke rumah untuk menilai rumah tercantik bersama naim..best juga sebab ada baby2 yang comel,heh2, tapi boleh tahan gak penatnya,ternganga naik atas puncak bukit..

masa pergi ziarah aku tengok kebanyakan penghuni rumah tengah menumbuk padi huma,bersungguh2 aku tengok mereka..rupanya mereka ingin menjamu anak2 angkat mereka dengan padi huma dan ayam hutan,hmm,sedap sungguh..bertuahlah sapa yang terpilih tu..baru tahu betapa sayangnya mereka pada kami=0)..

ketika pulang, dari jauh aku nampak kereta jabatan kesihatan cameron berada di hadapan tempat tinggal kami..mm,ada sesuatu yang tak kena ni,fikirku..rupa2nya mereka datang untuk mencari punca penyakit..so,semua orang diinterview termasuklah orang yang tak sakit..dan tiba2 sahaja hujan turun dengan lebatnya pada petang itu menyebabkan program penutup ditangguhkan..


16 April 06:

hhmm, hari ni kami akan berangkat pulang ke kl, rasa sayu pulak rasanya..yela nak tinggal kampung yang penuh kenangan setelah seminggu tinggal di sana..=)setelah selesai majlis penutup, kami ziarah family angkat buat kali terakhir sambil beri ration yang ada..pastu ada sesi fotografi..dan, apalagi,,balikla..hehehe

Friday, April 07, 2006

adam hawa

padang arafah mencatat peristiwa
pertemuan pertama adam dan hawa
setelah terpisah 40 tahun
angkara iblis dan syaitan durjana

adam dicipta sedari tanah
hawa pula dari tulang rusuknya
ditiupkan ruh supaya sempurna
itulah asal kejadian manusia

adam dan hawa insan bertakwa
hidup bersama di dalam syurga
segala rahmat Allah memberi
setiap nikmat Allah disyukuri

iblis dan syaitan merasa iri
menggoda hawa setiap hari
termakan hawa khuldi larangan
Allah melihat dengan kemurkaan

adam dan hawa terpisah akhirnya
hukuman Allah tak dapat disanggah
tercampak mereka ke dunia nyata
menangis keduanya menyesali diri

bertahun lamanya mereka mencari
mengharap dan menanti agar berjumpa
keseorangan hawa tiada pembela
adam merintih hatinya sepi

pintu taubat masih terbuka
doa mereka dikabulkanNya
bertemu akhirnya adam dan hawa
di padang arafah titik bermula..

-nada murni-