Thursday, June 07, 2007

Buat mereka yang bakal melayar bahtera perkahwinan

1-"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah s.a.w dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan- Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam".(Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153)Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 – 6)Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al Baqarah :214)Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.


Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah? Wallahu'alam

-sumber: email-

Wednesday, June 06, 2007

Busyra!!

Alhamdulillah...Busyra demi busyra dikhabarkan...TAHNIAH buat insan yang dikurnia busyra=)..


Busyra 1: Mabruk buat Fadhil (adik) yang baru sahaja selesai konvoksyen (diploma) pada
27 Mei 2007 .

Busyra 2: Mabruk buat Atikah Jamaluddin yang baru mendapat kakak ipar (K.Pae) pada 3 Jun 2007. Tikah bila lagi?? ehem..ehem.. ;-)

Busyra 3: Mabruk buat A.Faizal (mantan presiden COMRADE) & K.Su (x-COMRADE) kerana mendapat cahaya mata yang pertama..moga kehadiran insan baru dalam rumah tangga membawa kebahagiaan berpanjangan...InsyaALLAH!

Busyra 4: Mabruk buat Paksu Nizam & Kak Lala kerana mendapat putera sulung (Md Arif Umair) pada 5 Jun 2007.. Moga kebahagiaan dan kesyukuran berpanjangan..

Busyra 5: Mabruk buat Shah yang mendapat anak saudara baru (Nur Zafirah) pada 1 Mei 2007.

Busyra 6: Mabruk buat Ayah Man & Mok Ni yang bakal mendapat putera ke-4 pada 15 Jun 2007..Moga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya..Tak mengapa tidak dikurnia puteri impian, jika semua putera anak yang soleh, akan menjadi penyejuk mata dan penawar dihati.. =)

Busyra 7: Mabruk buat Hasfah, teman sekuliyah dari China yang akan diijabkabulkan pada 24 Jun 2007 di SHAS MOSQUE, IIUM. InsyaALLAH saya akan memenuhi undanganmu sahabat. Bakal zauj enti orang Yaman ye..hehheeh..moga ceria meniti alam bahagia=)



Tuesday, June 05, 2007

Subhanallah..



::keindahan::
Subhanallah
mencipta langit dan bumi
halus lakaran alam terbentang
terhias seri pautan warna




::kedamaian::
Subhanallah
mengurnia kedamaian semilir angin
menghadiahi ketenangan pepasir pantai
seluruh buana merasa nikmat




::kegelapan::
Subhanallah
Merubah cahaya kepada gelita
Petanda dunia bukan hakiki
Nun di sana..kehidupan abadi setia menanti



::kelam::
Subhanallah
membolak balik kedamaian
menghadirkan kemusnahan
tanda ingatan buat sang makhluk

ku telah jatuh cinta


















::cintaku:: nurul hidayah syafiqah -fiqa-

















bersama fiqa dan adik-adik di Asrama Baitul Ummah (ABU)


Seperti Tikah, aku jua telah jatuh cinta pada adik-adik ABU lebih-lebih lagi pada si kecil yang comel (fiqa). Fiqa berumur 4 tahun merupakan anak yatim setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tak terlintas di fikiran aku akan kerap ke sana lantaran sudah lama tidak menjenguk adik-adik sepanjang sem lepas kerana sibuk dengan komitmen dan tugas sebagai pelajar, apatah lagi aku di semester akhir. Namun, ketentuan ILAHI menemukan aku dengan mereka dengan lebih akrab kerana aku mengajar tusyen di ABU untuk adik-adik UPSR. Jadi, setiap 3 kali seminggu (Isnin, Rabu & Jumaat) aku akan ke sana.

Masih ingat lagi kali pertama aku ke sana untuk mengajar, fiqa yang comel itu sesekali menjenguk dari dalam memerhatikanku. Aku langsung tak teringatkan dia kerana aku belum pernah berjumpa dengannya walaupun sudah tahu tentang kehadirannya di asrama itu daripada kawan-kawan. Aku memanggilnya, tetapi dia melarikan diri. Mungkin kerana malu dan belum biasa denganku.

Kali kedua ke sana, dia masih begitu..Hanya memerhati dari jauh. Sesekali aku memandangnya, dia tersenyum lalu lari ke dalam. Belum berjaya memikat hatinya.

Kali ketiga, dia sudah bersuara. Nampak sahaja kelibatku, terus dia memanggil kak Fatimah pengurus di asrama yang mesra dengan panggilan cikgu oleh adik-adik di situ. "Cikgu, Kawan cikgu dah datang!". Dan kali ini, aku sudah boleh bermain dengannya. Wah, seronoknya!



28/5/07


Aku tidur di asrama bersama adik (syikin) tolong kak fatimah menjaga&menguruskan adik-adik kerana penaungnya Ustaz Rahman ke India atas urusan penting. Malam itu, si kecil fiqa berpesan bahawa dia ingin tidur denganku. Aku menerima dengan senyuman. Selepas solat maghrib, aku dan syikin membantu adik-adik ABU membaca Al-Quran. Fiqa setia di sebelahku dengan celotehnya yang mencuit hati. Sedang sibuk melayan adik-adik lelaki membaca Iqra', si kecil itu juga sibuk ingin turut serta dengan bertanyakan itu dan ini. Akhirnya, belum sempat ajaran Iqra' berakhir si comel fiqa telah terlena di ribaku. Namun malam itu aku membiarkannya tidur bersama "mak" tukang masak di asrama.



29/5/07

Petang itu si kecil Fiqa amat berlainan perangainya. Kemanjaannya yang lebih pada petang hari itu menghairankan aku. Terlambat sedikit melayan merajuklah jawapannya. Pantang diusik merengeklah jadinya. Naik pening juga aku dibuatnya. Seperti biasa selepas maghrib, aku mengajar adik-adik lelaki membaca iqra' dan seperti biasa si kecil itu juga tidak ketinggalan minta dilayan. Awal-awal lagi dia berpesan ingin tidur denganku. Dan seperti biasa juga, si comel itu sudah hampir terlena menunggu pengajian Iqra' berakhir. Lalu aku menyuruhnya tidur dahulu sementara aku menghabiskan bacaan abang-abangnya. Dia menolak dan bertegas ingin menungguku. Seusai Iqra' berakhir, aku membawanya ke bilik di bahagian bawah untuk tidur kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Semasa menidurkannya, aku membelai dan mengusap badannya dengan penuh kasih sayang. Si kecil itu memegang kejap tanganku, mungkin takut aku akan meninggalkannya. Tiba-tiba dia bersuara: "kakak jangan buat macam tu tau, mak fiqa selalu buat macam tu...mak fiqa dah mati". Ishh..betapa sayu dan pilu hatiku tatkala mendengar bicaranya. Aku akur dengan kehendaknya dan membelainya dengan cara yang lain sehingga dia terlena. Hampir jam 10 malam, dia terjaga dan menangis. Badannya sedikit panas. Dia minta aku tidur dengannya ditingkat atas sedangkan kak fatimah berpesan supaya aku tidur di sebuah bilik yang dijadikan pejabat ditingkat bawah. Terpaksalah aku mengikut kehendaknya. Baru sahaja beberapa minit aku meletakkannya, dia muntah secara tiba-tiba. Aku menjadi sedikit kaget. Kak Fatimah tiada dan aku yang bertanggungjawab menjaga adik-adik itu bersendirian. Dia terus menangis dan merengek. Tidak sanggup aku melihatkan keadaannya yang begitu. Malam itu, si comel Fiqa demam. Dan malam itu, rengekannya mengganggu tidurku. Sungguh aku tak dapat melelapkan mata melihatkan keadaannya. Setiap jam aku terjaga...merenung jam..memandang penuh sayu wajah mulus di sebelahku. Sungguh..aku rasa seperti menjadi seorang ibu. Malam itu, bertambah dalam cintaku padanya.


demi masa






"Demi masa..sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr: 1-3)



Benar apa yang diberitakan oleh kalamullah, kebanyakan manusia sentiasa hidup dalam kerugian. Setiap waktu yang hadir hanya digunakan dan dipenuhi dengan amalan yang merugikan. Setiap detik, saat, minit dan jam yang berlalu itu..manusia tidak pernah menghitungnya. Hidup ini dirasakan tiada berpenghujung..dan manusia merasa yakin bahawa esok pastikan tiba. Manusia menilai hidup dunia merupakan segala-galanya. Harta, pangkat, darjat dan kemewahan..semua itu perlu dicari, dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Tidak kira yang kaya mahupun miskin, semua mahu merasa hidup dalam kesenangan. Justeru, siang dan malamnya hanyalah untuk mencari wang ringgit. Kerana bagi mereka, wanglah segala-galanya pada zaman ini.

Sahabat, mari kita menghitung diri. Renungi kembali masa dan waktu yang telah menjauh. Adakah kita pasti bahawa kehidupan dunia ini kekal abadi?? Tidakkah kalian percaya bahawa semua makhluk akan mati?? Bagaimana pula dengan usia yang kian meningkat..dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Benar, kita tidak mampu mengembalikan masa yang telah pergi. Justeru, sedarlah bahawa masa yang datang itu sangat singkat. Dan setiap detik yang hadir itu perlu dihiasi dengan amalan baik yang memberi manfaat buat diri. Janganlah menyesali masa lalu, kerana waktu yang telah pergi tidak akan kembali lagi sebagaimana kata Imam Al-Ghazali: "Yang jauh itu masa". Oleh itu, beringatlah!! Lakukanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: 1- sihat sebelum sakit, 2- kaya sebelum miskin, 3- lapang sebelum sempit, 4- masa muda sebelum tua, 5- hidup sebelum mati. Carilah bekalan sebanyak-banyaknya untuk kehidupan di alam abadi.



Ingatlah..Hidup ini satu perjalanan..Dunia merupakan tempat persinggahan..Akhirat jua destinasi tujuan..



-moga beroleh syurga abadi-



Monday, June 04, 2007

geram

hm..sejak akhir-akhir ni aku menghadapi sedikit masalah untuk sign in blogger..tak tau kenapa dan apa puncanya..keadaan ni menyebabkan mood untuk menulis hilang begitu saja. walaupun banyak benda yang nak ditulis tapi beku dan kaku..geram juga rasanya kadang-kadang..hmm..sabo yola..

jiwaku...di manakah??

sebagaimana yang telah kuceritakan pada entri yang lalu..sepanjang semester lalu kulalui dengan hati yang kosong. kutunggu, kumenanti..saat iakan kembali. namun, hingga kini..masih tiada jawapan..kujua tak mengerti..mengapa ia menghilang? tanpa pesan..tanpa jejak..ke manakah perginya?? entah di mana akan kucari..entah bagaimana baru kutemui..pada penghujung semester itu kulihat cahaya hikmah..tapi kini..cahaya itu jua gelap menghilang. seusai April..Mei..masih buntu mencari arah..sukar untuk kumelakar satu ketetapan buat diri..tanpa dia mengisi kekosongan hati ini..kembalilah..

Sunday, May 27, 2007

Hari itu

2/5/07 ... 13 rabiulakhir 1428



::ziarah COMRADE::
terima kasih buat COMRADEAN & A.Zahar sekeluarga kerana sudi meluangkan masa menziarahiku dan keluarga. Moga ukhwah yang terbina akan lebih erat terjalin dengan rabitah hati yang disemai cinta & kasih Yang Esa.


3/5/07 ... 15 rabiulakhir 1428

::Bookfair-PWTC::
rasa seronok & bertuah apabila berpeluang ke pesta buku tahun ini. Alhamdulillah..dengan sedikit simpanan dapatla membeli beberapa buah buku idaman=).


12/5/07 ... 24 rabiulakhir 1428

::writing workshop::
Dapat pengalaman baru dan tips untuk menjadi seorang penulis. Banyak perkara yang berkaitan dengan bidang penulisan termasukla perihal hak cipta. Hmm, insyaALLAH ilmu yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin. Mana tahu jadi penulis suatu hari nanti?? =) saya akan kongsikan pengalaman ini dengan sahabat yang berminat..tunggu post terbaru nanti..


19/5/07 ... 2 jamadilawal 1428

::fasi jemputan, SKDN::
berpeluang menjadi fasilitator bagi program bestari solat untuk pelajar tahun 1&2 di Sek Keb Dusun Naning, Hulu Langat Selangor. Modul yang diketengahkan ialah teori&praktikal wuduk&solat. Gang comradean yang lain semua handle budak darjah 2. Aku seorang je kena handle budak darjah 1. Dapat 5 orang adik yang comel dan cute lagi nakal =) (haziq, hakim, habibah, hazirah&Ilya). Seronok dapat berprogram dgn adik2 ni sbb selalunya program aku bersama orang asli je. Kira pengalaman barula.


26/5/07 ... 9 jamadilawal 1428

::Mtest::
hari ni aku ada test untuk pemilihan guru kpli di SMK Puteri Titiwangsa dekat dgn Taman Tasik Titiwangsa. Kat sana aku terjumpa beberapa orang student UIA. Huhuhu..time exam ntah pape..rasa macam lembab je otak ni nak jawab..lagi-lagi bab matematik..dah berkarat dah..banyak gak soalan yang tak terjawab..pasrah ajala..kalau ada rezeki, Alhamdulillah.kalau xde, carila jalan lain. Mungkin ada rezeki yang lebih baik DIA nak berikan padaku=).

Monday, May 07, 2007

berhati-hati!!

Pagi tadi ketika sedang tekun menyiapkan essay Mak Teh (mak saudara) untuk kursus PTK, mama baru pulang dari mendengar kuliyyah agama di surau Bukit Antarabangsa bersama temannya yang merupakan jiran kami, P.Rohana.

Mama seterusnya rancak bercerita tentang apa yang diperoleh daripada kuliyyah yang baru dihadiri. Aku mendengarnya dengan penuh tekun dan minat. Namun, cerita mama itu ada keraguannya. Antara perkara yang dikupas dalam tersebut (mengikut cerita mama):

1) kita tak boleh bersalam-salaman selepas solat sebab itu bukan sunnah Nabi. Nabi tak pernah buat begitu.
2) kalau nak berzikir tak boleh guna tasbih. kena pakai tangan je sebab guna tasbih macam ikut org hindu@budha yang beribadat di kuil. alasannya bila kita mati nanti bawa tubuh badannya je masuk kubur, bukannya tasbih.
3) zikir takleh lebih dari 100 kali (lbh kurg mcm tula ayatnya).

ini hanya sebahagian sahaja..dan saya sempat berbincang dengan sahabat yang faqih dalam bab-bab sebegini. Jawapan beliau kepada soalan2 tadi ialah:

1) salam selepas solat mmg Nabi tak buat tapi digalakkan. Nabi tak buat mungkin keadaan pada masa itu berbeza dgn zaman sekarang sebab zaman Nabi lepas solat terus diadakan kuliah ilmu, namun zaman kita hanya gunakan masjid sebagai tempat ibadah. Dan Nabi s.a.w menggalakkan kita bersalam-salaman ketika bertemu dan apabila hendak berpisah. Bukankah bersalam itu salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah?

2) berzikir tu ada beberapa maksud. Tapi yang jelasnya zikir itu mengingati Allah samada dalam bentuk perbuatan, perkataan atau di dalam hati. Adapun berzikir menggunakan tasbih itu dibolehkan kerana kita gunakannya untuk memudahkan kita mengira bilangan zikir dan tak dikira sama dengan ritual agama budha@hindu.

3)zikir tidak dihadkan kepada jumlah yang tertentu tetapi berzikirlah sebanyak yang kita mampu. Allah menyukai hamba yang selalu berzikir kepadaNYA.


ini merupakan keterangan secara ringkas, jika ada sebarang kekurangan atau kesamaran diharapkan ada yang sudi menegur. Moga kita sama-sama berkongsi ilmu dan memanfaatkannya untuk kebaikan ummah. Jadi berhati-hatilah ketika menghadiri kuliyah agama agar tidak mendapat kekeliruan dalam memahami Islam.

Wallahu'alam.



##syukran lakum 'ala at ta'liqaat##

maafkan saya menulis tentang golongan wahabi tanpa pengetahuan yg cukup. InsyaALLAH saya akan rujuk kembali dan meneliti secara mendalam. Ada benarnya kata "Dhuha Ainnur": (Ustad yang mengaku mengikut pendapat syeikh muhmd abd wahab mungkin keliru . Kekeliruan itu berpunca dari pengikut2nya bukan ra'isnya . Setiap apa yg dilakukan oleh mana-mana syeikhul islam ada sebab-sebab tersendiri , yang mungkin sesuai dengan sesetengah golongan tapi tak sesuai dengan golongan yang lainnya)..
terima kasih juga buat *ambo jie* atas teguran yang membina =). Harapnya ramai lagi yang akan sudi berkongsi ilmu diruangan yang terhad ini, insya ALLAH..

jazakumullahu khairan jaza'

Wednesday, April 25, 2007

dengan keizinanMU..

dengan keizinanMU..ku berpeluang bermusafir ke Lebir sebagai pencinta agamaMU..walau seketika..dapat kunikmati hebatnya ukhwah&perjuangan sahabat2 secomrade bersama-sama orang kampung..

dengan keizinanMU..hati orang-orang kampung Lebir makin lembut&terbuka..dapat kulihat dari wajah mereka, bersinar cahaya pengharapan agar hidup mereka akan berubah ke arah yang lebih baik. KAU pandulah jalan mereka agar terarah kepadaMU Ya Rabbi..

dengan keizinanMU..aku telah memperoleh result yang baik..kusyukuri segala..Engkau jua yang Maha Memberi..moga KAU kurniakan daku yang terbaik dalam kehidupan ini..

dengan keizinanMU..tamat sudah perjuanganku membenih makrifat di taman ilmu&budi untuk ijazah pertama..moga DIKAU memberiku keizinan&kemudahan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..


drpd mad merah: Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.Tazkirah Malam..

Wednesday, April 18, 2007

dengarkan Ya ILAHI..

Ya ALLAH, Ya Rahman, dengan keagunganMU dan cahaya wajahMU, pancarkanlah cahaya kepada pandangan hamba dengan kitabMU, lancarkanlah lidah hamba, tenangkanlah hati hamba, sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolong hamba untuk tetap dengan kebenaran melainkan Engkau, tiada siapa yang memberiku melainkanMU. Tiada daya kekuatan melainkan dengan kuasa ALLAH Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ya ALLAH, sesungguhnya hamba memohon kepadaMU dengan namaMU yang suci, terpuji, agung dan paling Engkau sukai..yang apabila Engkau dipanggil dengannya nescaya Engkau akan memberi dan memperkenan, dan apabila Engkau diminta nescaya Engkau akan memberi, dan apabila Engkau dipohon untuk mengasihi nescaya Engkau akan mengasihi, dan apabila Engkau diharapkan untuk menyelesaikan masalah nescaya Engkau akan menyelesaikannya.

Ya ALLAH..sesungguhnya hamba menyeruMU dengan namaMU "ALLAH", menyeruMU dengan namaMU 'Rahman' (Yang Maha Mengasihi), menyeruMU dengan namaMU 'Al-Barr' (Yang Maha Memberikan Kebaikan), menyeruMU dengan namaMU 'Ar-Rahiim' (Yang Maha Menyayangi), menyeruMU dengan Asmaul Husna (nama-namaMU yang penuh kebaikan) semuanya, yang hamba ketahui daripadanya ataupun yang tidak hamba ketahui...ampunilah hamba...

ingatan bersama..

di suatu hari yg indah,CINTA dan KAWAN bersiar2 di sebuah kg.tiba2 CINTA terjatuh di dalam telaga.kenapa?kerana CINTA itu buta.. lalu KAWAN pun ikut terjun kedalam telaga.kenapa?kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA! didalam telaga CINTA hilang.kenapa?kerana cinta itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga,sukar dicari apatah lagi dlm telaga yg gelap.sedangkan KAWAN masih tercari2 dimana CINTA dan terus menunggu.kenapa?kerana..KAWAN itu sejati dan akan kekal sbgai KAWAN yg setia.jadi,hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI..

"PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. HaNTaRLaH PeSaNaN iNi KePaDa oRaNg YaNg aNDa TiDaK aKaN LuPa DaN HaNTaRKaN JuGa KePaDa oRaNg YaNg MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi JiKa aNDa MeNgHaRGai PeRSaHaBaTaNNya. iNi aDaLaH PeSaNaN PeNDeK uNTuK MeNyaTaKaN YaNg aNDa SeNTiaSa MeNgiNGaTiNya. KaLaU aNDa TiDaK MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi, BeRMaKNa aNDa SuDaH MeLuPaKaN KaWaN-KaWaN aNDa. aMBiLLaH SeDiKiT MaSa uNTuK MeNgiNGaTi KaWaN-KaWaN yG SeNTiaSa MeMBeRi SoKoNgaN uNTuK aNDa.."

Saturday, March 31, 2007

istimewa..

buatmu kekasih

irisan mimpi bondamu
terbit cahaya dari rahim
menerangi bumi kerajaan Syam
menyirna api sembahan Majusi
meruntuh istana Kisra Parsi

cahaya gemilang secerah pawana
menerangi bumi menghiasi alam
buana tersenyum menyambut salam
kehadiran agung rasul utusan

bicara katamu terkandung hikmah
perilakumu terhias indah
diam senyummu penuh bermakna
tersurat sunnah sepanjang zaman

kau kibar panji kebenaran
di tengah kota jahiliah
kau seru Tuhan Yang Satu
dicelah ribuan penyembah berhala

saban hari waktu berlari
kalimah "Ahad" terus bergema
meniti mulus dari bibir ke bibir
tertanam utuh di sanubari

Bilal, Yasir, Sumayyah
insan lemah gagah berani
tegar membentengi iman
walau badan jadi taruhan

Asma' Abu Bakr, Ali Abu Talib,
contoh mujahid mujahidah sejati
berkorban jiwa menyemarak hijrah
tebaran Islam menyuburi Madinah

Allah Tuhan Yang Esa
kalimah Tauhid bersemadi kejap dikalbu
jihad Badar menjadi saksi
kemenangan Islam mekar berputik

Allahumma solli alaik Ya Rasulallah
selawat dan salam buatmu kekasih
dikau melakar cinta di hati ini
segar berbunga harum mewangi
walau masa dan jarak jauh terpisah
potret sejarahmu mengubat rinduku

nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin


Friday, March 30, 2007

khas buatmu..

sempena hari kelahiranku (31/03/83)


duhai abah, duhai mama
dengarkan khabaran dariku
coretan tinta sayangku
istimewa buat dirimu

tibanya hari ini
izinkan batinku berbicara
melunak kata diperdu kalbu
menyatakan tulus cintaku

terima kasih buatmu
menyambutku penuh riang gembira
menatangku penuh kasih selembut sutera
mendidikku dengan sayang semaian iman

tikaku masih tidak mengerti
kulihat lelahmu tak pernah surut
jerih keringat mengalir saban hari
buat cagaran sesuap rezeki

hingga kini
masih kulihat keringat itu
menitis sepi bak gerimis senja
kering sejat segenggam tabah
menabur bakti menuai barakah

maafkan daku
kala hambur kata menghiris
menusuk pedih tangkai hatimu
menolak tingkah bicaramu

ampuni daku
tika lagakku melampauimu
meraja amarah melukaimu
membidas segala pesananmu

segunung dosaku terhadapmu
kau balasi dengan serimbun doa
agar aku tetap terpelihara
dalam pelukan cinta Yang Satu

selautan alpaku padamu
kau hadiahi dengan rindu
bersulam cinta setinggi langit
mengharap jaya penyeri hidupku

kala sepi dinihari
aku melutut bersujud
memohon padaNYA Yang Maha Mendengar
KAU ampunilah segala dosa abah dan mamaku

Ya Rabbi
KAU rahmatilah hidup abah dan mama
KAU permudahkanlah urusan mereka
KAU berkatilah usaha mereka
sepanjang kehidupan ini

dengan kemuliaanMU Ya Tuhan
jadikan aku anak yang soleh
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
setia berbakti, walau berada di puncak jaya

jika takdirMU hadir menjemput
KAU tempatkanlah abah dan mamaku
di kalangan hambaMU yang soleh
hambaMU yang KAU redhai
hambaMU yang KAU rahmati

kumemohon setulus hati Ya Ilahi
DIKAU permudahkan perhitungan
KAU permudahkan langkah mereka
tika meniti titian siratMU
agar beroleh syurgaMU yang abadi

nukilan: nor syuhadaa mohd samsuddin






untukmu teman..

-dari amalmaahad-


TeMan YanG bAIK...

Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."

Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.

Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.

Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.

Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.

Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita..

Thursday, March 29, 2007

kusyukuri..

seawal permulaan semester..hati gelisah penuh rawan..tiap hari yang dilalui dirasakan tidak keruan..terlalu banyak perkara yang perlu difikir, dihitung sedalamnya..makin diri mencari arah, makin berbaur rasa dihati..hinggakan suatu ketika, ku baru tersedar bahawa hilang sudah rasa dihati..entah mengapa, entah bagaimana..memang sukar untuk diungkapkan..tapi begitu hakikat yang terjadi..sesekali kumenyesali diri, kembali menghitung hari yang berlalu, yang sedang dan mendatang..ada ketika aku rasa ingin menjadi diriku yang lepas..entah ke mana menghilang..kurasa begitu merindui diriku yang dulu..namun tiada daya selain mengharap..lalu, sepanjang sem, kulalui dengan jiwa yang kosong, hati yang kusam..masih mengharap..dan pada penghujung sem ini..tika melalui perjuangan getir, kutahu ada rahmat yang tersembunyi..ada hikmah yang terselit dibalik tirai "kekosongan" itu..Ya Tuhan, kusyukuri segalanya..

Thursday, March 22, 2007

salam perjuangan

waktu pertempuran telah pun tiba..salam perjuangan buat para pejuang..moga langkah diorak penuh gagah..buat teman-teman yang mengenali dan dikenali...teruskan perjuangan, kerana perjuangan kita tidak terhad hanya di sini..walau di mana, walau bila..teruskan langkahmu maju ke hadapan..hidup ini sememangnya satu perjuangan!..

perjuangan untuk sem 2 06/07:

22/3/07 (thursday) 3pm

- modern islamic literature (MIL)

23/3/07 (friday) 9am

- arabic for academic purpose (AAP)

28/3/07 (wednesday) 9am&3pm

- methods of dakwah
- principal teaching of foreign language

4/4/07 (wednesday) 3pm

- language drills


moga perjuangan diberkati...


Friday, March 16, 2007

ImaN

Kala sepi sendiri
Dia hadir menemani
Bersama cahaya menerangi

Pahit mulutku
Disuapnya madu hikmah kalam
Perit luka batinku
Dirawatnya dengan ubat ketenangan

Kosong jiwa ini
Di isinya secebis rahmat
Layu hati yang kering
Dibajai, disirami titisan barakah

Diri yang hampir rebah
Kini sudah gagah berdiri
Berjalan, kembara di lembah alam
Berpimpinan tangan, seiringan

Wajah riang mempamer riak
Hilai tawa menghalau sendu
Lupalah aku pada dia
Leka mencongak hiasan dunia

Dia hilang tanpa pesan
Perginya diam tanpa bicara
gelisah aku penuh rawan
menantinya pulang kembali

sedarlah aku dari lena
aku tak mampu kehilangannya
kehadirannya sering kudambakan
nilainya tiada bandingan

Wednesday, February 21, 2007

hari itu yang telah pergi

6/2/07 (18 Muharram 1428)

Talk- Purpose of life: Dare to change??

Dialog yang mengupas tajuk berkaitan dengan hijrah oleh panel-panel yang sangat berpengalaman.

xifu:
- untuk berhijrah kita perlu tetapkan niat di dalam hati. niat bukan hanya satu tapi juga merangkumi niat-niat yang membawa diri ke arah kebaikan. Niat yang paling utama ialah al-ikhlas. Ikhlas merupakan tunjang utama dalam setiap perlakuan dan amal perbuatan kerana melalui ikhlaslah tersandarnya akidah. dan, apabila akidah telah kukuh berdiri maka setiap yang dilakukan di dunia hanyalah berpaksikan keredhaan Yang Satu.

- Allah telah berfirman: "serulah kamu ke arah kebaikan dan cegahlah kemungkaran serta berimanlah kepada ALLAH". Namun, bagaimanakah caranya untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar ini?? Allah berfirman lagi: "serulah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan kata-kata nasihat yang baik serta berbicaralah dengan sebaik-sebaik cara". Ramai insan yang ingin melakukan ibadah ini tapi caranya tidak kena. Dakwah itu luas ertinya dan banyak caranya. Gunakanlah cara yang paling baik dan berkesan bersesuaian dengan orang yang ingin didakwah. Cara cepat menuding jari mencari kesalahan insan lain sebelum kita mengetahui kebenaran hakikat itu. Maka, (fastabiqul khairat!!) berlumba-lumbalah melakukan kebaikan moga di sana ada keredhaan.

bro shah kirit:

- tujuan utama kewujudan manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri, tunduk dan patuh pada Pencipta alam sebagaimana firman ALLAH yang berbunyi: "tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU". Dan ALLAH jua telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada manusia selaku khalifah di bumiNYA. Maka tiada di antara manusia yang mampu berkata bahawa dia tidak tahu tujuannya hidup di dunia.

- saya seorang Islam. Dan saya tahu bilakah saya Islam. Soalan saya, bilakah anda benar-benar menjadi seorang Islam?? err..soalan ini membuatkan semua hadirin terpaku.. ya, bilakah aku benar-benar menjadi seorang Islam?? walaupun pada hakikatnya kita telah Islam sejak dilahirkan, tapi persoalannya...bilakah kita betul-betul tahu dan mengerti segala ajaran Islam itu dan melaksanakannya dengan segala kemampuan yang ada?? Tanya diri...selami sanubari...

ustz Hasrizal:

- tamadun..manusia akan bertamadun dan membangun jika agama menjadi dasarnya. agama memelihara umatnya dari penyakit mazmumahnya akhlak dan sifat-sifat yang membelakangi kebenaran hakikat Pencipta.

- tujuan agama itu, memberi petunjuk kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. jauh dari agama, terpesonglah tujuan hidup. penyakit sosial yang melata pada zaman ini, sebabnya kerana membuang agama dari kehidupan.




9/2/07 (21 muharram 1428)

PWTC - Criminal War Exhibiton

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk berkunjung ke pwtc melihat pameran jenayah perang bersama teman seperjuangan ( jah, tikah, shariyah, k.yati, lin dan max). Saat-saat berada dalam bilik pameran itu sangat menyentuh hati dan menginsafkan diri. Melihat kesan-kesan kekejaman yang dialami oleh penduduk Palestin, Iraq, Lubnan, Vietnam, Hiroshima dan Nagasaki, jiwa bergetar dan hati memanjatkan doa agar umat Islam di seluruh dunia dilindungi dari kekejaman insan-insan yang tiada belas bagaikan syaitan yang bertopengkan manusia.





15/2/07 (27 Muharram 1428)

exam: method of Dakwah
10 a.m - 11.30 a.m

huhuhuhu...pertamanya aku nak meraung..hmm, takleh nak buat apa dah, nasi pun dah basi..lupakanlah yang lalu..=) sebenarnya bukan xleh nak jawab, tapi salah teknik menggoreng..so, jadilah kesempitan masa dan tak sempat nak jawab kesemuanya dengan baik. Natijahnya??? Wallahu 'alam..


Iftar Jamaie dan Usrah Comrade
Masjid level !
6.30 p.m - 7.40 p.m

berkumpul ramai-ramai dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru..juga makcik. Dapat mendengar sedikit santapan untuk rohani yang sudah lama kosong. Iftar bersama makan sedulang betapa eratnya ukhwah sesama saudara. Moga kasih kita bertaut bersama ikatan cintaNYA.



16-18/2/07 (28-30 Muharram 1428)

Arabic debate Camp 07
Seri Malaysia Hotel, PD

Penyertaan yang ke-2, sangat bermakna bagiku. Banyak perkara baru yang dipelajari selain membina keyakinan diri. Dan, ukhwah itu sentiasa berbunga mekar pabila disirami kasih bersahabat. Salam ukhwah buat ahli kumpulanku yang sentiasa bersemangat jitu: ikhwan (johor) kelahiran London, Ahmad Fauzi (saudi arabia), Zakir Husain (Bangladesh), Syakirah (Kelantan) kelahiran Mesir, dan aku, anak jati Malaysia =). Mumarasah Lughah Arabiyah yang telah menjadi kecintaanku, sangat membantu semasa program. Terima kasih pada asatizah yang tidak jemu memberi kata-kata semangat padaku agar bangkit semula. Jasamu pasti kukenang hingga ke akhir hayat. Jazakumullahu khairan jaza'!!

dan, detik yang pasti takkan kulupa, saat-saat mengapungkan diri di atas hamparan laut luas terbentang. Bagaikan berbaring di atas tilam yang empuk sambil menatap langit membiru, hati tak putus mengukir zikrullah, pujian di atas kekuasan dan keagungan yang Maha Kuasa. Di situ ada kedamaian, ketenangan dan kelapangan. Kusyukuri anugerah nikmat yang DIKAU kurniakan itu. Subhanallah...ALhamdulilah....Allahu akbar.....



Tuesday, January 30, 2007

<>

pening..buntu..bingung..mungkin itulah istilah yang tepat untuk menggambarkan perihal diriku tika ini..makin hari mendekati makin tak keruan rasanya hidupku. Payah betul untuk menetapkan satu ketentuan buat diri..entah bagaimana rasanya..dan entah kenapa inilah kali pertama aku tak pandai nak buat keputusan untuk diri sendiri..buntu dan keliru mencari arah..sesekali aku rasa aku dah dapat apa yang ingin kulakukan..pada ketika lainnya pula rasa ragu dan serba salah tiba silih berganti..aku sendiri tak tahu apa yang aku nak sebenarnya..kekadang rasa seksa jua jiwa ini memikirkan...

pabila menghadap wajah para pendidik yang dikagumi..selalunya kata2 mereka menusuk tangkai hatiku..begitu mendalam rasanya..memang ada benarnya kata2 mereka itu..lantas ku buka minda..aku hayati dan perhalusi..sungguh indah mutiara2 kalam itu..sesekali membakar jiwa&semangat juangku..tp semuanya hanyalah pandangan hasil rencah masam manis kehidupan..aku jua yang berhak menentukan..ke manakah..hmm..

Friday, January 26, 2007

::renungan::

Kita mungkin tidak akan pernah dapat "Terbang".Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan maha Penyayang.

Kita memohon Kekuatan...Dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijakan... Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran.. .Dan Tuhan memberi kita Otak dan Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon Keteguhan Hati...Dan Tuhan memberi Bencana dan Bahaya untuk diatasi.

Kita memohon Cinta...Dan Tuhan memberi kitaorang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita Memohon kemurahan / kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Apakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya inginkan, bererti bahwa saya tidak mendapatkan segala yang saya impikan? Kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi yang pasti Tuhan memberikan ape yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti / mengenal,bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

:: moga ku menjadi insan yang bersyukur..tiap waktu&ketika..tiada alpa dengan dunia..makin erat dalam dakapan kasih&cintaNYA..walau badai melanda..duri mencengkam..tetap tenang&tabah hadapi segala::

Friday, January 19, 2007

SALAM HIJRAH 1428

'hijrah'..kalimah yang menyingkap perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat..membina ukhwah, menyatu ummah, mengatur langkah menuju kegemilangan ISLAM tercinta. Itulah permulaan hijrah dan makna yang terungkap disebalik 1 kalimah 'hijrah'. Hijrah kini..maknanya lebih luas..namun yang pasti..hijrah itu membawa kebaikan..hijrah dari daerah kealpaan ke desa kehambaan..seiring sedar dan insaf mengisi ruang kosong yang bernama hati..moga hijrah kita diberkati dan diredhaiNYA..aamiinn!!


::hospital::
hari ini aku ke hospital lagi..entah untuk kali yang ke berapa..setelah dikhabarkan kelas AAP tiada..terus aku,lin dan k.yati ke HKL..Wad 24, aras 5..sampai depan wad..kucari seuntai nama "tengku amizah": katil 1..kuberi salam, k.engku sedang tersenyum manis..sihat nampaknya dia. Penyakit sebenar belum dapat dikesan..doaku moga sahabat seperjuangan ini diberi ketenangan dan kedamaian hati.

kisah hospital lagi, 2 kali aku pernah ke HKL dalam waktu tengah malam..12 a.m-1a.m/2a.m.
kes pertama: aku diminta mengambil seorang kawan di wad bersalin HKL..huhuhu..1st p Hospital time macam tu..wad bersalin pulak tu..ada gak rasa seram skit sebanyak..hehe
kes kedua: Jae tiba2 jatuh sakit selepas meeting post-mortem teji&abu..aku, m.ana, jah, lin & k.yati bergegas ke HKL hampir jam 12 malam..tunggu di emergency area hampir sejam..seterusnya jae dimasukkan ke wad ortopedik jam 1 lebih..huhuhu..tak ble tengok pun time tu..balik macam tu jela..minggu tu tak ingat berapa kali aku ziarah jae..tp xdela tiap2 hari..moga jae semakin sembuh..insyaALLAH..

::ingat::
minggu ni entah kenapa aku asyik teringatkan rumah..rasa macam nak balik je walau sekejap..semalam tetiba je aku rasa nak kacau "syukur" adik bongsu aku. lalu aku pun mendail no hpnya untuk miss call..hehehe..nampaknya miss call ku berbalas..dia pulak mmg tak tahu no aku..best betul..aku biarkan aja msgnya tanpa balasan..
hari ini: bila abang ambil aku, katanya nak ambil satay di gerai biru..dan nak ke carrefour untuk beli pizza..aku pelik..untuk apa semua tu?? rupa2nya sambut birthday "syukur"..18 januari..mm, macamana aku ble terlupa..langsung tak ingat..patutla teringat sangat kat umah..hehhehe..

::DRIC::
esok program dric di kuala woh, perak..20-23/1/07..program untuk melatih ahli2 baru COMRADE cara2 deal dgn masyarakat orang asli..mengetahui nature program dan membina ukhwah yang menjadi kekuatan utama COMRADE..moga segalanya berjalan lancar..insyaALLAH..

Wednesday, January 17, 2007

pelbagai + macam-macam

alhamdulillah, puji&syukur hanya untuk DIA sang pencipta semesta..

kerana kasihNYA aku masih berkesempatan untuk mencoret rasa di entri ini setelah beberapa kali gagal due to technical problem.

aku kini berada di pertengahan semester, namun masih belum banyak yang dipelajari..lebih2 lagi madah MIL&methods of dakwah..rasanya macam tiap2 hari cuti..hehehe..tp kerja sekolah & asignment banyak juga..rasa tak habis2 kerja walaupun kelas xde..camana tu ek!

bila dah sampai mid-sem ni...paham2 jela..mid-term exam pula menjengah..huhuhuhu..belum ready lagi untuk ini..esok exam principal..tp xtau nak baca apa..notes pun xde..after mid-sem break pula exam drills..then AAP at the beginning of february..2 madah yang selalu xde kelas tu xtaula bila pulak exam..for sure ada back up class every night...huhuhuhu...kena rajinla jalan malam2..

Last friday,i went to KLCC with my beloved friends..buat apa ek kat sana..buat cerdikla..anyway kami p tengok pameran sains Islam..kagum betul lihat ciptaan para saintis muslim yang sudah maju dengan teknologi mendahului zaman..hatta pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat baginda..kini, ciptaan itu telah diciplak oleh barat dan mereka mengaburi pandangan serta pemikiran masyarakat islam bahawa merekalah perintis kepada ciptaan2 sains yang hebat..walaupun sebenarnya aku tak paham sangat bab2 sains ni..but it was a great experience..

Last Sunday, TOT = training of trainers for new board session 06/07..buat kat belakang mariam..ntah apa nama tempatnya..first time aku datang situ..dah nak habis study dah..tp banyak lagi tempat di bumi UIA ni yang masih belum dijelajah..bila la nak tawaf UIA ni ye...buat mainboard baru..teruskan perjuangan comrade agar hidup saudara kita di sana disinari cahaya HIDAYAH..insyaALLAH..

Friday, January 12, 2007

awal...akhir

awal tahun 07..akhir tahun pengajian..
yang mula itu tiba ke akhirnya..
dan pengakhiran ini
bukanlah satu noktah
tapi satu titik permulaan baru
menyusuri lembah kembara
lakaran potret kehidupan..

::Tuhan..ku pohon redhaMU..menyusuri jalan berliku..ku pohon kasihMU..menyinari ketabahan hati..ku pohon cintaMU..menuju destinasi abadi::

Thursday, January 04, 2007

Bicara Doaku

Kesekian kalinya..
Hari membilang waktu
Bulan dan tahun berganti
Lembaran baru ini
Ku kembali bersimpuh
menadah secangkir rahmat
Kudongak langit membiru
Mencari biasan cahaya
Dari selakan pintu Maghfirah
Sepi dinihari
bicara sufi bersuara
tulus, telus, mulus
Dahagakan siraman iman
membaja nurani
membunga mekar di taman hati
Dambakan mutiara cintaMU
bergemerlapan terangi jalanku
Destinasi abadi, sejati..
ALLAHUMAR ZUQNA MUTAABA'TAN NABI S.A.W AWWALAN WA AAKHIRAN WA ZOOHIRAN WA BAATINAN WA QAULAN WA FI'LAN WA 'IBAADATAN WA 'AMALAN SOOLIHAN
ya ALLAH! kurniakanlah kepada kami kemampuan mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w, samada permulaan, penghabisan, lahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadah dan amal soleh..



Monday, January 01, 2007

Lembaran Baru

Alhamdulillah..puji&syukur hanya pada Tuhan pencipta segala atas setiap kurniaan nikmatNYA yang tak terhingga.
31 Disember 2006 bersamaan 10 Zulhijjah 1427H..kehadiran eidul adha yang penuh barakah menutup tirai 2006 dengan begitu bermakna. Entah apa yang terjadi di luar sana sempena menyambut malam tahun baru,tentu ramai muda-mudi memenuhi tempat2 rekreasi&sewaktu dengannya untuk berpesta&bersuka ria..Syukur aku&family berada di kampung menyambut eidul adha bersama datuk, nenek&saudara mara..1 sejarah pada aku apabila kami sekeluarga pulang ke kampung menaiki 2 kereta..hmm, baru rasa ramainya ahli...hehehe..dan, perkara yang aku tak boleh lupa..upacara korban selepas solat raya..aku juga berniat korban 1 bahagian..alhamdulillah..
Aku melihat raut wajah&sesusuk tubuh tok ayah yang kian uzur..benar, tok ayah makin lemah..tok ayah dah tak mengingati anak2 cucunya..juga waktu solat..apatah lagi hari raya..perilakunya bagaikan seorang kanak2 kecil..namun syukur kerana tok ayah masih boleh berjalan..moga tok ayah sihat&ceria sentiasa meniti baki usia yang ada.
Pabila tiba hari raya, teringat pula pada teman2 yang sedang berkorban masa&tenaga untuk saudara seislam, orang asli kg boh, cameron. Bagaimana keadaan mereka? Moga segalanya berjalan dengan lancar..sebenarnya aku terkilan juga kerana tak dapat sertai mereka..hajat di hati memang ingin turut serta, namun memandangkan abah buat korban, aku perlu bersama keluarga, lebih2 lagi kerana sudah lama juga aku tak pulang ke kampung..
Hari raya berlalu..seiring waktu yang pergi saban kali..hingga terlupa aku telah berada di penghujung tahun 2006..tahun baru sudah menjelma..membuka sebuah lembaran baru kehidupan..aku berdoa pada Yang Maha Mendengar&Maha Mengetahui..moga DIA permudahkan segalanya..

Friday, December 22, 2006

pelik..

hidup ini pelik
penuh misteri tak terduga
tiada kayu ukur
waktu tetap berlari

gerimis gugur
kala mentari menyinar
persis wajah dunia
dalam tawa ada tangis
sukar dimengerti

naluri, hati, sanubari
bersatu diperdu kalbu
secubit sabar, tabah dan yakin
merencah rasa kehidupan
warna-warni bunga dunia


::Ya Allah Yang Maha Pengasih, kurniakan daku cahaya kasihMU..agar dapat menerangi jalanku menuju redhaMU. Ya Allah Yang Maha Penyayang, kurniakan daku lautan cintaMU..agar aku mampu mengharungi hidup penuh onak duri..Ya Allah Yang Maha Pemurah, kurniakan daku hujan rahmatMU..agar daku merasa lapang dengan nikmatMU..Ya Allah Tuhan Pemberi Petunjuk, kurniakan daku hidayahMU..agar aku tenang terdorong ke jalan yang lurus::

Wednesday, December 20, 2006

jalan itu..

Kuterkedu
melihat lorong-lorong
yang tadinya lurus terpana
bersimpang-siur di hadapanku

kudongakkan kepala
kelihatan langit membiru
seluas saujana tak mampu kucapai

kutundukkan kepala
tanah subur menghijau
membalas pandangan tak bisa berbicara

kupandang dikejauhan
sang gunung tersenyum manis
sungai yang tenang pula melambai
pepohon lembut menyapa

jalan yang lurus itu
tetap bercabang-cabang
menunggu ku dalam diam
menyembunyi garis dugaan

kucari damai
kupujuk tenang
agar kekuatan hadir
menemani semangat juang

Friday, December 15, 2006

~~DiRi~~

1) new sem had just begun for almost 2 weeks..heh, tapi hatiku masih lagi kaku&beku..entah kenapa..however, i really enjoy my 5 last subjects even i'm not pay full attention to the lectures..at least, i can see the strong spirit come through the deepest heart of my beloved lecturers, they really keep a good work and make a big effort to ensure our victory in this worldly life. kata2 semangat yang terbit dari bibir mereka sangat berkesan menusuk hatiku..tak ternilai rasanya bak mutiara di dasar lautan..setiap bicara membina diriku, membangkitkan semangat yang kian luntur di telan masa.

2) hadir kelas AAP lepas Jumaat, kelihatan kelas biasa yang kami gunakan sedang dipenuhi oleh group lain..memang patut pun, sebab bukan waktu kelas aku..actually my class starts at 11 a.m, but today we've changed the time due to some problems. so, kami ambil kelas paling hujung, dari jauh aku melihat ustaz setia menanti kedatangan anak2 didiknya..Ooppss, nampaknya aku terlambat sedikit..hehehhe..masuk kelas aje, ada kamera tersedia untuk digunakan..huhuhu..seramnya rasa..hari ni semua group kena berlakon, siap rakam lagi..group aku paling last sekali..dalam perbualan, aku memegang watak seorang ibu yang ingin mencari calon untuk anak terunanya..kikikiki..semua tergelak masa group aku tengah acting..mana taknya..aku gunakan nama ustaz, anaknya dan juga nama satu2nya brother yang wujud dalam kelas aku..heh, nasibla..kita tengok, siapa yang kena!!=)
p/s: seronok jugak berlakon ni..rasa macam nak buat sekali lagi..kui3


3) pukul 5 lebih..khusyuk menelaah novel "ayat2 cinta"..tit..tit.. 1 message received: jae
hmm..teringat plak pada jae, apa khabar dia sekarang ye, kalau tanya, mestilah jawapannya: alhamdulillah, jae dah sihat sikit..tapi kita tak tahu derita sebenarnya..moga DIA menyembuhkan jae..aaameeenn..


4) memandangkan sem ni merupakan sem terakhir bagiku, seharusnya aku punya hala tuju&matlamat yang jelas ke mana langkahku selepas ini..tapi, sayangnya aku belum lagi berbuat demikian..bukan aku tak fikir..tapi kepastian aku suatu ketika dulu lenyap tanpa dipinta..kini aku masih buntu..merenung jalan yang bersimpang-siur..masih tiada cahaya@sinar yang menerangi..memandu arah masa depanku..hhmmm...berikan aku sedikit masa..aku perlu menyelami kembali rasa hati ini..moga ku tak tersalah pilihan..

Friday, December 08, 2006

erti dan makna hakikat

IPTA lagi..26/11-1/12/06..kg teji&abu, cameron highlands..

Banyak perkara yang aku pelajari tanpa sedar sepanjang hari program..

*jalan kaki selama 10 jam - mengajar aku betapa dalam perjuangan itu perlukan pengorbanan
*family angkat- Islam mengajar kita bahawa setiap umat Islam itu bersaudara, dan Allah tidak melihat paras rupa mahupun pangkat, akan tetapi kita dinilai dari hati budi.
-aku belajar ilmu ikhlas..pabila melihat luhurnya hati mak&ayah angkat aku melayan aku dan adik-beradik angkat yang lain.
*kenal orang kampung - dapat mencedok nilai2 moral yang ada pada mereka:
1) memuliakan tetamu
2) menepati janji
3) kerjasama
4) tidak berdendam
5) sikap hormat-menghormati
##sebenarnya banyak lagi..dan aku kira masyarakat moden masa kini sudah miskin dengan nilai2 yang sebegini..mereka hanya maju dari segi teknologi&pembabangunan tetapi mundur dari sudut akhlak dan nilai yang tinggi##
*kenduri - menunjukkan aku nilai kasih sayang sesama manusia (comrade&org kg)
*fardu ain- menyedarkan aku betapa tingginya nilai ilmu..harta pabila diguna akan habis jua nanti, tetapi ilmu jika digunakan akan bertambah..
*solat hajat- menyedarkan aku bahawa manusia insan yang lemah, hanya pada ALLAH tempat meminta dan menagih simpati, kerana dunia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari bekalan demi menjamin kebahagiaan hidup akhirat.
*hidayah- betapa kerdil diri ini...syahdu rasa hati pabila melihat beberapa saudara di teji mengucap syahadah..kemenangan hanyalah untuk ALLAH..tiada siapa di dunia ini mampu memberi hidayah melainkan dengan izinNYA..
##RABBANA LAA TUZIGH KULUUBANA BA'DA IZ HADAITANA >><<>

..sesungguhnya dapat aku katakan bahawa inilah kenangan terindah bagiku..

Thursday, November 23, 2006

...kisah 3 Ahmad...

ahmad alif syakir (syakir) 11thn, ahmar arif kamil (kamil) 9thn, ahmad ahlami muzakkir (ahmad) 6thn, 3 beradik yang nakal dan bijak. istimewanya diorang ni sume keluar ikut tingkap. dari yang sulung sampai yang bongsu.

mama dan abah diorang masing-masing mengikuti kursus di tempat yang berbeza. jadi, rumah aku menjadi tempat jagaan 3 beradik ni. 3 beradik yang rapat antara satu sama lain tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza. syakir yang lebih dikenali sebagai along seorang yang kreatif...ada2 saja benda yang dilakukannya..kamil pula (angah) seorang yang talkative&aktif, memang xleh dok diam..kejap jadi ultraman, lepas tu superman, dan bermacam2 man lagila..ahmad pula (adik) seorang yang pendiam dan pemalu..kata mamanya bila aku lihat ahmad tengah main game sesorang sementara along&angah tengah khusyuk tgk cd: "ahmad ada dunianya tersendiri, dia tak campur dgn along&angah"..

kamil&ahmad paling rapat dengan aku sebab aku jaga gak diorang masa kecik..paling takleh tahan bila dua beradik tu saling menjelous tatkala melihat aku manjakan salah sorang daripada mereka..
###naik kereta dari muadzam shah ke kl###

ahmad: kak da duduk belah kiri ke kanan?
aku: mana2 pun boleh
ahmad: kak da dok belah kirilah
aku: yela

^^dalam keta^^ aku dok belah kiri sekali..sebelah aku ahmad, kamil dan syakir di kanan sekali..
tiba2 kamil mengeluh bila tengok aku duduk di sebelah ahmad.

kamil: kak da ni..asyik adik je..adik...adik..kak da tak sayang kamil pun!
aku: eh...mana ada, kak da sayang kamil la..kamil kan darling kak da..
kamil: habis tu..napa kak da dok sebelah ahmad? kak da dok la belah kamil..
aku: pulak, mehla kak da dok kat tengah..
kamil: tak nak..kak da dokla belah sini.. (dengan nada manja)

<>

###time kat rumah aku###

kamil: kak da, cepat jadi robot! (kamil memijak kaki aku dan aku memegangnya sambil berjalan dengan kakinya di atas kaki aku..kononnya macam robotla tu...hish..sapala yang ngaja ni..)
ahmad: ala..adik nak jugak..kak da..adik pulak..kamil tepila, adik nak jadi robot jugak.. (hmm...jawabnya kena jadi robot buat kesekian kalinya)


bila 3 beradik ni bergusti tambah pulak ahli baru (adik bongsu aku) habisla..riuh sekampung..rumah bagai nak roboh rasanya..time ni rasa nak keluar anak tekak suruh diorang diam..duduk diam2..baru terasa sukarnya nak asuh, didik dan besarkan anak2..hmmm...


moga aku dikurniakan kesabaran dan ketabahan sebagaimana ibuku membesarkan aku adik beradik.

Friday, November 17, 2006

**punya makna**

ALHAMDULILLAH...segala puji bagi ALLAH seagung kemuliaanNYA..
Moga kasihNYA sentiasa menghiasi perjalanan liku hidup dengan bungaan barakah...insyaALLAH..

tanpa membilang waktu, rupanya telah hampir seminggu final exam berlalu.
6 subjek yang aku pelajari sepanjang sem 1, terasa begitu bermakna sekali.
setiap madah itu punya makna tersendiri..setelah kuselami ke dasarnya..kudapati himpunan mutiara berharga..

aku telah cuba yang terbaik untuk final, tapi masih kabur natijahnya.. aku hanya berserah pada DIA yang MAHA MENGERTI..moga dikurniakan yang terbaik..

sambil melakar warkah sepi ini, aku mendengar alunan nasyid arab drpd munsyid yang sangat aku minati alunan bacaan Quran yang diperdengarkannya, SHEIKH MASYARI RASYID AL-AFASI..sungguh tak kusangka beliau juga merupakan munsyid yang mengalunkan kata2 merdu memuji ILAHI..kaset nasyidnya berjudul: QALBII AS-SAGHIIR , memuatkan 16 buah lagu..bertuah rasanya aku terjumpa lagu2 ni dalam sebuah laman arab..=)

pabila kuteliti lirik-liriknya, kebanyakan nasyid yang dilagukan ini merupakan syair..cukup lengkap dengan bahar dan qafiahnya..begitu bermakna sekali ilmu 'arudh yang aku pelajari itu..membuatkan aku lebih minat mendalami seni dan sastera arab..kata-katanya mudah dan sungguh menyentuh jiwa..banyak pengajaran yang dapat kukutip daripada lagu2 tersebut selain daripada menghiburkan..

bila kuteliti lirik-lirik lagu satu persatu..aku cuba menghayati makna dan memahami pengajaran yang terkandung di dalamnya..terasa bagai sedang belajar madah Modern Poetry Texts yang diajar oleh Dr Amany..sungguh seronok belajar madah ni..bait2 syair yang aku pelajari sangat menyentuh kalbu..terasa bagai akulah watak utama dalam setiap syair yang didendangkan..huhuhuh

madah nahu, semestinya madah penting yang membuatkan aku mudah memahami konteks dan makna ayat mengikut tatabahasa yang betul..madah inilah asas dan akar kepada bahasa arab..aku perlu lebih mendalami madah ini..nahu sangat penting..nak buat syair pun berpandukan nahu..salah nahu, pincanglah bahasa..;-)

linguistic..madah yang agak skema dengan teori yang pelbagai tetapi menarik jika difahami..melalui linguistic aku dapat melihat keunikan bahasa secara umumnya..lebih2 lagi bahasa arab..terbayang wajah us sheikhu yang lucu dan bersahaja..serta kata2nya: La ta'kulu nasi ayam, far ruuti afdhal..hhehehe...hanya insan2 tertentu je yg faham maksudnya..=0)


madah computer application in language&literature, banyak membantu dan mendorong aku memperbaik dan meningkatkan kemahiran bahasa arab melalui internet..us wejdan, insan yang bertanggungjawab membakar jiwa kami dengan kata2 semangat demi mempelajari dan mempertahan bahasa al-quran..pada mulanya aku bosan dan keliru dengan cara us wejdan mengajar kami, tapi akhirnya aku sedar, beliau punya matlamat dan harapan yang tinggi terhadap kami..serius us wejdan, akhirnya membuah senyuman=), terima kasih ustaz!

subjek revelation pula subjek yang simple tapi penting untuk dipelajari sebagai asas dalam kehidupan..topik yang aku minat adalah yang berkaitan science&knowledge in ISLAM.Topik Presentation aku : Dichotomy of science&religion in the history of modern western civilization..ganas bunyi tajuknya, isinya juga menarik untuk dikupas..=)



Tuesday, November 07, 2006

nukilan lama

bebenornya xde idea sangat..tp tangan ni rasa gatal nak menulis, melakar, mencorak dan yang sewaktu dengannya..buka email zaman 3 tahun yg lepas..maka terjumpalah nukilan usang yang dicipta tak sampai 5 minit itu..so, copy paste jela..ble gak buat tatapan..kikiki..silalah menatap dan menghalusinya..moga dapat jua pengajaran walaupun simple..=)

> ada satu cerita
>begini mulanya
>ada seorang insan
>yg sempurna ciptaan
>sifatnya..perilakunya..
>dia memiliki rasa kasih yg mendalam
>sentiasa berusaha
>memerah keringat
>membanting tulang
>demi mencari sesuap rezeki
>untuk siapakah semua ini??
>sememangnya..
>untuk insan yg istimewa
>untuk kekasih hati
>penyeri hidup
>penawar duka
>itulah dia..
>cahaya kurniaan ilahi
>anakmu ini
>oh..ayah
>terima kasih atas segala pengorbananmu
>buat anakmu ini

Saturday, November 04, 2006

ma'3n najah..

ku bermula dengan melakar kalimah basmalah..
nama TUHAN YANG MAHA AGUNG..
hanya DIA yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG..

perjuangan telah pun bermula..
2/11/06: general linguistics, juga hari bahagia kelahiran bonda tercinta..
MOGA hidup MAMA sentiasa di bawah naungan kasih dan redha ILAHI..

4/11/06: computer application in languange&literature..
sebab tu dok mengadap ni..nak apply what i've learned..heheh..
moga dipermudahkan urusan...amiin

9/11/06: revelation as source of knowlegde....hmm, baca, jangan x baca!

10/11/06: arabic syntax 4... musykil + confuse.. muqarrar dah habis ke belum ek??

11/11/06: modern poetry texts... teringat kalimah tasyji'iyyah dr amany =)
akan kulakukan yang terbaik..insyaALLAH!

13/11/06: prosody@arudh....mm, extra assignment dah siap, bait syi'r nukilan sendiri
pun dah...soalan exam plak camana ek? moga success untuk diriku..




a warm wishes to all my friends:
all the best in final exam..dont quit before you try...remember: NO PAIN, NO GAIN!
may success be ours...insyaALLAH..


and not forget my loving brother (fadhil) and sister (hidayah)...nothing much i can say...
but all the best to both of you & i hope that you can fulfill our parents' expectation..insyaALLAH..




إِنَّ أَجْمَلَ هَنْدَسَةٍ فِي العَالَمِ بِنَاءُ جِسْرٍ مِنَ الأَمَلِ

فَوْقَ نَهْرٍ مِنَ اليَأْسِ


Binaan yang paling indah di dunia ialah sebuah jambatan harapan merentasi sebuah sungai kekecewaan (putus asa)
..

Sunday, October 22, 2006

salam untuk semua

SALAM LEBARAN EIDUL FITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI..
AMPUN DIPINTA MAAF DIPOHON ANDAI ADA TERSALAH KATA, TERKASAR BAHASA SELAMA PERKENALAN KITA..
SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI BAHAGIA...


khas buat pimpinan baru COMRADE 06/07:

TAHNIAH DI ATAS PERLATIKAN KALIAN & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SERTA TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH DEDIKASI..

MOGA ALLAH MEREDHAI PERJUANGAN KALIAN!!

Thursday, October 12, 2006

kerinduan


Wednesday, October 11, 2006

alhamdulillah

alhamdulillah..segala puji dan syukur kupanjatkan pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

alhamdulillah..semua kerja tamat buat sementara waktu..assignment, exam, presentation, kerja sekolah =).

alhamdulillah..tinggal beberapa hari lagi tamat kelas untuk sem1 06/07, 'arudh, com, mpt, gl, nahu, revelation=).

alhamdulillah..ramadhan masih berbaki..kuingin yang terbaik..=)

alhamdulillah..dapat bersama family di rumah sepanjang kedatangan ramadhan=)

alhamdulillah...syukur atas segala nikmat kurniaanNYA..